
Saturday, April 30, 2011
Keinsafan Terakhir

Saturday, April 23, 2011
Kita Tidak Mahu Natijah Yang Cetek

Tuntutan yang utama dan pertama tarbiyyah keatas kita ialah penyerahan jiwa, diri dan fikiran kita sepenuhnya kepada Allah s.w.t. Dengan ujudnya tuntutan utama dan pertama ini, barulah tarbiyyah dapat berjalan dan matlamatnya dapat dicapai.
Kita telah memperkatakan bahawa tuntutan yang utama dan pertama tarbiyyah keatas kita ialah penyerahan jiwa, diri dan fikiran kita sepenuhnya kepada Allah s.w.t. Dengan ujudnya tuntutan utama dan pertama ini, barulah tarbiyyah dapat berjalan dan matlamatnya dapat dicapai, InsyaAllah. Tetapi jika kita tiada penyerahan yang total maka akan lahirlah natijah-natijah yang cetek, yang longgar dan bermusim-musim atau sekadar mengikut suasana semata-mata.
Hal ini perlu diperhatikan dengan betul-betul kerana kita tidak mahu natijah yang cetek. Jika penyerahan itu masih belum menyeluruh, masih ada bahagian-bahagian yang tertentu yang masih belum diserahkan atau enggan diserahkan, tentulah natijahnya juga tidak akan menyeluruh, tidak kekal atau sebati dengan individu itu dan sentiasa ada cacat celanya. Inilah yang kita cuba elakkan.
Amal Islami yang merupakan natijah yang lahir dari seseorang itu tertolak jika ianya tidak terbit daripada pemancarnya yang betul. Pemancar yang kita maksudkan di sini ialah Iman itu sendiri. Iman yang dibina melalui pendidikan Islam yang betul, bersumberkan kepada sumber yang sah iaitu al Quran al Karim dan as Sunnah an Nabawiyyah. Dalam sebuah hadith diceritakan bagaimana natijah yang nampak seolah-olah Islamik, tetapi sebenarnya tidak Islamik, telah ditolak oleh Allah s.w.t dan pelaku-pelakunya telah disiksa oleh Allah s.w.t. Abu Hurairah r.a telah berkata bahawa saya telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda :
" Pertama perkara yang akan diputuskan di Hari Qiamat ialah seorang yang mati syahid. Maka dihadapkan dan ditanyakan beberapa nikmat Tuhan. Setelah diakui maka di tanya : apakah perbuatanmu terhadap nikmat itu ?. Jawabnya " Saya telah berjuang untuk Mu sehinggalah mati syahid . Jawab Tuhan : Dusta engkau, tetapi engkau berjuang supaya dikenali sebagai pahlawan dan keberanianmu dan telahpun terkenal demikian. Kemudian diperintahkan supaya diseretkan ke dalam api neraka. Kedua seorang pelajar yang telah pandai membaca serta mengajar al Quran. Ketika dihadapkan ditanya tentang nikmat-nikmat Tuhan. Setelah mengakuinya, ditanya : Apakah perbuatanmu terhadap semua itu ?. Jawabnya : Saya telah mempelajari ilmu dan mengajarnya serta membaca al Quran untuk Mu. Jawab Tuhan : Dusta engkau, tetapi engkau belajar untuk dikenali sebagai orang alim dan dibaca untuk dikenali sebagai qari dan telah terkenal demikian. Kemudian disuruh diseret mukanya dan dilemparkan ke dalam neraka. Ketiga seorang hartawan yang memiliki berbagai macam kekayaan. Ketika dihadapkan ditanya berbagai nikmat Tuhan kepadanya dan ketika telah mengakuinya maka ditanya : Apakah kerja kamu dalam semua itu?. Jawabnya : Tiada suatu jalan pun yang Engkau anjurkan agar aku membelanjakannya, melainkan aku belanja semata-mata untuk Mu. Jawab Tuhan : Dusta engkau, tetapi engkau berbuat demikian untuk dikenali sebagai dermawan. Dan telah dikenali demikian. Kemudian diperintahkan supaya diseret pada mukanya dan dilemparkan ke dalam neraka. " ( Riwayat Muslim )
Kita lihat dari hadith tersebut bagaimana amalan-amalan itu dinilai dari hati atau dinilai menurut apa yang terdapat di dalam hati. Seseorang yang mati syahid itu sungguh tinggi nilaian Allah s.w.t, tetapi jika ia berjuang untuk mencari kemashyuran, maka tidaklah ia dapatinya melainkan azab Allah s.w.t di Hari Akhirat kelak. Di situlah kejayaan atau kegagalan dalam kehidupan seseorang itu ditentukan. Walaupun di dunia ia mendapat kemegahan yang dituntutnya itu, tetapi ia tidak dapat menipu Allah s.w.t dan ia akan dibalas seadil-adilnya, tanpa sedikit kezaliman pun.
Kita boleh melakukan amalan-amalan yang soleh tetapi mesti ditentukan dari dorongan mana yang mendorong kita. Kita boleh mendakwa bahawa kita berubudiyyah kepada Allah s.w.t, tetapi apa yang terdapat di dalam hati kita diketahui oleh Allah s.w.t. Apakah yang tersembunyi di dalamnya. Begitu juga orang-orang yang belajar ilmu untuk digelar sebagai orang alim atau orang yang membaca al Quran untuk dikenali sebagai al Qari, mereka ini akan tertolak. Kita takut hal ini berlaku kepada kita. Kita minta pertolongan Allah s.w.t dari bentuk penyelewengan ini. Kita risau kalau-kalau kita melakukan amalan yang besar, tetapi asasnya tidak betul dan penyerahannya juga tidak betul. Begitu juga dengan hartawan-hartawan yang mendakwa menderma di jalan Allah s.w.t, tetapi sebenarnya menderma luntuk mendapat gelaran hartawan, maka itu juga tertolak.
Penyerahan hati kepada Allah s.w.t perlu dalam segala hal, kerana kita sebagai hamba Allah s.w.t terikat dengan sistem Nya, nilaian Nya, akhlak yang dikehendaki Nya dan juga Deen Nya. Mana-mana bahagian yang masih belum diserahkan itu maka hendaklah segera diserahkan. Oleh yang demikian perlulah kita kikiskan karat-karat, daki-daki dan tinggalan-tinggalan lama jahiliyyah dan didikan yang sekian lama yang kita telah didik dengannya sebelum kita mendapat kesedaran Islam yang hakiki, dengan taufiq dan hidayah Allah s.w.t jua.
Dari hadith tersebut juga dapat juga difahami dan diketahui bahawa kita tidak boleh tertipu dan menganggap bahawa kita telah memiliki persediaan yang cukup dari berbagai segi terutamanya dari segi kejiwaan. Mereka melakukan amalan-amalan yang tinggi nilainya, tetapi lantaran jiwa belum bersedia, belum bersih, mereka terjerumus ke dalam lembah menunjuk-nunjuk, riya’ dan sebagainya.
Titik tolak mesti betul maka barulah akan lahir natijah yang betul. Sebaliknya titik tolak yang tidak betul akan melahirkan sesuatu yang tidak betul. Firman Allah s.w.t :-
Terjemahannya :" Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada Nya dalam ( menjalankan ) agama dengan lurus, dan supaya mereka mendirikan solat dan menunaikan zakat; dan yang demikian itulah agama yang lurus " (Surah al Bayyinah : 5 )
Kita tidak boleh lari dari bergerak bersama-sama sahabat kita yang lain yang sedar dan insaf, di dalam barisan yang tersusun rapi. Hanya dengan inilah baru kedapatan " Berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran ".
Disinilah kita sama-sama tegur menegur , nasihat menasihati dan lengkap melengkapi. Disinilah kita hendak membina dan membentuk keperibadian Islam dalam setiap ahli kita dan disinilah kita hendak membuang jahiliyyah dari dalam ldiri kita. Di sinilah kita hendak curahkan kemampuan, tenaga, masa dan wang ringgit kita. Di sinilah sebenarnya medan kita. Di sinilah hati-hati kita patuh berkumpul, bukannya dalam kelompok yang amat berbeza dengan kita, kelompok yang hanya bermatlamatkan dunia semata-mata atau kelompok yang tidak bermatlamatkan Allah s.w.t.
Wallah hu A’alam.
post by:HALUANtarbawi
Saturday, April 16, 2011
kesedihan Nabi Isa

kisah yang amat menyentuh perasaan di saat2 seorang anak memerlukan ibunya dan tiada teman disisi...kisah nabi Isa yang patut kita kongsi bersama dan mengambil teladan dari cerita ini dan menjadi anak yang taat pada perintah ibubapa...buat yang telah kehilangan ibu cerita ini mungkin boleh memberikan semangat kepada kita untuk terus hidup dan beru'budiyyah kepada ALLAH.
Nabi Isa adalah nabi yang dilahirkan tanpa ayah dengan izin Allah dan Maryam adalah ibu yang telah melahirkan, menjaga dan mendidik Nabi Isa dengan penuh kasih sayang. Suatu hari Nabi Isa telah bekata kepada ibunya, “Sesungguhnya dunia ini adalah kampung yang akan musnah dan sesungguhnya akhirat itu adalah kampung yang kekal, oleh itu, marilah ibu besama saya”.
Setelah berkata demikian, maka berangkatlah mereka menuju ke gunung Lebnon. Apabila sampai di gunung tersebut, maka Nabi Isa dan ibunya berpuasa di siang hari dan mendirikan solat di malam hari. Makanan mereka terdiri daripada pohon kayu dan meminum air hujan sahaja.
Setelah sekian lama Nabi Isa dan ibunya tinggal di gunung tersebut, maka suatu hari Nabi Isa turun dari gunung tersebut untuk mencari daun kayu untuk mereka berdua berbuka puasa. Setelah Nabi Isa turun ke bawah, datanglah malaikat menghampiri Maryam dan berkata, “Assalamualaiki ya Maryam, orang yang sangat patuh mengerjakan puasa pada siang hari dan mengerjakan solat pada malam hari”.
Sebaik saja Maryam melihat orang yang memberi salam itu, maka Maryam berkata, “Siapakah kamu ini? Badan dan seluruh anggotaku menggeletar dan berasa takut mendengar suaramu”. Malaikat tersebut menjawab, “Aku adalah malaikat yang tidak mempunyai belas kasihan kepada sesiapa pun baik anak kecil, orang tua atau sebagainya sebab aku adalah malaikat pencabut nyawa (Izrail)”.
Mendengar penjelasan malaikat maut, maka Maryam bertanya, “Wahai malaikat maut, apakah tujuan kamu ke sini? Adakah kamu mahu menziarahi aku atau pun mencabut nyawaku?” Izrail menjawab, “Wahai Maryam, kedatanganku adalah untuk mencabut rohmu”. Maryam yang mengetahui ajalnya sudah hampir berkata lagi, “Wahai malaikat maut, apakah kamu tidak mahu memberikan peluang sehingga anakku yang menjadi penawar mengubati kerisauan hatiku?”
Malaikat maut memperjelaskan perintah Allah yang memerintahkannya untuk menjemput roh Maryam dan beliau tak dapat mengsia-siakan walau satu saat. mendengar penjelasan Izrail, dengan hati yang ikhlas, Maryam berkata, “Wahai malaikat maut, kamu telah menerima perintah Allah, oleh itu laksanakanlah perintah itu dengan segera.” Izrail segera mendekati Maryam dan mencabut rohnya.
Selesai waktu Isyak yang akhir, Nabi Isa pulang dengan mendaki gunung tersebut dan membawa bekalan berbuka puasa. Beliau melihat ibunya sedang berada di tempat solat dan menyangka bahawa ibunya sedang sembahyang. Beliau meletakkan bekalan makanan untuk berbuka puasa dekat dengan ibunya lalu beliau berdiri menghadap kiblat. Setelah sekian lama, beliau memanggil ibunya untuk berbuka puasa dan mengerjakan ibadah tanda syukur kepada Allah, namun beliau melihat tak sedikit pun makanan terusik oleh ibunya walau dua pertiga malam telah berlalu.
Nabi Isa memanggil lagi ibunya, “Assalamualaiki ya Ummaahu”. Oleh kerana fajar telah menjelma dan ibunya tidak lagi bangun, maka beliau menghampiri ibunya dan meletakkan pipinya pada pipi ibunya lalu menciumnya sambil menangis dan berkata, “Assalamualaiki ya Ummaahu. Malam telah berlalu dan fajar telah menjelma, ini adalah masa untuk menunaikan fardhu yang telah diwajibkan oleh Allah”.
Setelah Nabi Isa berkata demikian, maka menangislah para malaikat dan para jin yang berada di sekitarnya dan bergoncanglah gunung di bawahnya. Kemudian Allah mewahyukan kepada para malaikat, “Apakah yang menyebabkan kamu semua menangis?” Para malaikat berkata, “Tuhan kami, Engkau Maha Mengetahui”. Setelah itu tiba-tiba kedengaran satu suara berbunyi, “Wahai Isa, angkatlah kepalamu itu, sesungguhnya ibumu telah meninggal dunia dan Allah telah melipatgandakan pahalamu”.
Sebaik sahaja Nabi Isa mendengar suara tersebut, maka beliau sambil menangis berkata, “Siapakah yang akan menjadi temanku tatkala aku sunyi dan di kala aku menangis? Siapakah yang dapat aku ajak berkata-kata dan siapakah yang dapat membantu aku dalam ibadahku?” Kemudian Allah mewahyukan kepada gunung yang bermaksud, “Wahai gunung, nasihatilah Ruh-Ku (Isa A.S.)”.
Nabi Isa dengan perasaan hampa naik kembali ke gunung dan beliau melihat dua orang pemuda yang sangat kacak rupa parasnya lalu beliau memberi salam dan meminta pertolongan mereka untuk memakamkan jenazah ibunya. Lalu berkata salah seorang dari pemuda itu, “Aku ini sebenarnya adalah malaikat Mikail dan sahabatku ini adalah malaikat Jibril. Aku ada membawa ubat tubuh dan kain kafan dari Tuhanmu dan para bidadari jelita sekarang sedang turun dari syurga untuk memandikan dan mengkafankan ibumu”.
Setelah itu, malaikat Jibril pun menggali kubur di atas gunung. Selesai sahaja kerja memandi dan mengkafankan dilakukan oleh para bidadari syurga, mereka menyembahyangkan jenazah Maryam dan mengebumikannya. Lalu Nabi Isa berdoa kepada Allah, “Ya Allah, sesungguhnya Engkau mengetahui tempatku dan Engkau mendengar kata-kataku dan tidak sedikit pun urusanku yang tersembunyi dariMu. Ibuku telah meninggal dunia sedang aku tidak menyaksikannya sewaktu dia wafat. Oleh itu izinkanlah dia berkata sesuatu kepadaku”.
Kemudian Allah mewahyukan kepada Nabi Isa, “Sesungguhnya aku telah memberi izin kepadanya”. Nabi Isa lalu pergi ke kubur ibunya dan berkata, “Assalamualaiki ya ibu, bagaimanakah dengan tempat pembaringanmu dan tempat kembalimu dan bagaimanakah pula kedatangan Tuhanmu?” Dengan izin Allah Maryam berkata, “Tempat pembaringanku dan tempat kembaliku adalah sebaik-baik tempat, sedang aku mengadap kepada Tuhanku, aku tahu bahawa Dia telah menerimaku dengan rela”.
Berkata Nabi Isa lagi, “Wahai ibu, bagaimanakah rasa sakitnya mati?” Ibunya menjawab, “Demi Allah yang telah mengutuskanmu sebagai nabi dengan sebenar-benarnya, belum hilang lagi rasa pedihnya mati, demikian juga dengan rupa malaikat maut yang belum hilang dari pandangan mataku. Alaikas salam wahai kasih sayangku sampai hari kiamat“.
tajuk pesat(usrah) kitorang baru2 ni kisah Usamah bin Zaid

Kita sekarang kembali ke Mekah tahun ketujuh sebelum hijrah. Ketika itu Rasulullah saw. sedang susah krn tindakan kaum Qurasy yg menyakiti beliau dan para sahabat. Kesulitan dan kesusahan berdakwah menyebabkan beliau senantiasa harus bersabar. Dalam suasana seperti itu tiba-tiba seberkas cahaya memancar memberikan hiburan yg menggembirakan. Seorang pembawa berita mengabarkan kepada beliau “Ummu Aiman melahirkan seorang bayi laki-laki.” Wajah Rasulullah berseri-seri krn gembira menyambut berita tersebut. Siapakah bayi itu? Sehingga kelahirannya dapat mengobati hati Rasulullah yg sedang duka berubah menjadi gembira ? Itulah dia Usamah bin Zaid. Para sahabat tidak merasa aneh bila Rasulullah bersuka-cita dgn kelahiran bayi yg baru itu. Karena mereka mengetahui kedudukan kedua orang tuanya di sisi Rasulullah. Ibu bayi tersebut seorang wanita Habsyi yg diberkati terkenal dgn panggilan “Ummu Aiman”. Sesungguhnya Ummu Aiman adl bekas sahaya ibunda Rasulullah Aminah binti Wahab. Dialah yg mengasuh Rasulullah waktu kecil selagi ibundanya masih hidup. Dia pulalah yg merawat sesudah ibunda wafat. Karena itu dalam kehidupan Rasulullah beliau hampir tidak mengenal ibunda yg mulia selain Ummu Aiman. Rasulullah menyayangi Ummu Aiman sebagaimana layaknya sayangnya seroang anak kepada ibunya. Beliau sering berucap “Ummu Aiman adl ibuku satu-satunya sesudah ibunda yg mulia wafat dan satu-satunya keluargaku yg masih ada.” Itulah ibu bayi yg beruntung ini. Adapun bapaknya adl kesayangan Rasulullah Zaid bin Haritsah. Rasulullah pernah mengangkat Zaid sebagai anak angkatnya sebelum ia memeluk Islam. Dia menjadi sahabat beliau dan tempat mempercayakan segala rahasia. Dia menjadi salah seorang anggota keluarga dalam rumah tangga beliau dan orang yg sangat dikasihi dalam Islam. Kaum muslimin turut bergembira dgn kelahiran Usamah bin Zaid melebihi kegembiraan meraka atas kelahiran bayi-bayi lainnya. Hal itu bisa terjadi krn tiap-tiap sesuatu yg disukai Rasulullah juga mereka sukai. Bila beliau bergembira mereka pun turut bergembira. Bayi yg sangat beruntung itu mereka panggil “Al-Hibb wa Ibnil Hibb” . Kaum muslimin tidak berlebih-lebihan memanggil Usamah yg masih bayi itu dengap panggilan tersebut. Karena Rasulullah memang sangat menyayangi Usamah sehingga dunia seluruhnya agaknya iri hati. Usamah sebaya dgn cucu Rasulullah Hasan bin Fatimah az-Zahra. Hasan berkulit putih tampan bagaikan bunga yg mengagumkan. Dia sangat mirip dgn kakeknya Rasulullah saw.
Usamah kulitnya hitam hidungnya pesek sangat mirip dgn ibunya wanita Habsyi. Namun kasih sayang Rasulullah kepada keduanya tiada berbeda. Beliau sering mengambil Usamah lalu meletakkan di salah satu pahanya. Kemudian diambilnya pula Hasan dan diletakkannya di paha yg satunya lagi. Kemudian kedua anak itu dirangkul bersama-sama ke dadanya seraya berkata “Wahai Allah saya menyayangi kedua anak ini maka sayangi pulalah mereka!” Begitu sayangnya Rasulullah kepada Usamah pada suatu kali Usamah tersandung pintu sehingga keningnya luka dan berdarah. Rasulullah menyuruh Aisyah membersihkan darah dari luka Usamah tetapi tidak mampu melakukannya. Karena itu beliau berdiri mendapatkan Usamah lalu beliau isap darah yg keluar dari lukanya dan ludahkan. Sesudah itu beliau bujuk Usamah dgn kata-kata manis yg menyenangkan hingga hatinya merasa tenteram kembali. Sebagaimana Rasulullah menyayangi Usamah waktu kecil tatkala sudah besar beliau juga tetap menyayanginya. Hakim bin Hazam seorang pemimpin Qurasy pernah menghadiahkan pakaian mahal kepada Rasulullah. Hakam membeli pakaian itu di Yaman dgn harga lima puluh dinar emas dari Yazan seorang pembesar Yaman. Rasulullah enggan menerima hadiah dari Hakam sebab ketika itu dia masih musyrik. Lalu pakaian itu dibeli oleh beliau dan hanya dipakainya sekali ketika hari Jumat. Pakaian itu kemudian diberikan kepada Usamah. Usamah senantiasa memakainya pagi dan petang di tengah-tengah para pemuda Muhajirin dan Anshar sebayanya. Sejak Usamah meningkat remaja sifat-sifat dan pekerti yg mulia sudah kelihatan pada dirinya yg memang pantas menjadikannya sebagai kesayangan Rasulullah. Dia cerdik dan pintar bijaksana dan pandai takwa dan wara. Ia senantiasa menjauhkan diri dari perbuatan tercela. Waktu terjadi Perang Uhud Usamah bin Zaid datang ke hadapan Rasulullah saw. beserta serombongan anak-anak sebayanya putra-putra para sahabat.
Mereka ingin turut jihad fi sabilillah. Sebagian mereka diterima Rasulullah dan sebagian lagi ditolak krn usianya masih sangat muda. Usamah bin Zaid teramasuk kelompok anak-anak yg tidak diterima. Karena itu Usama pulang sambil menangis. Dia sangat sedih krn tidak diperkenankan turut berperang di bawah bendera Rasulullah. Dalam Perang Khandaq Usamah bin Zaid datang pula bersama kawan-kawan remaja putra para sahabat. Usamah berdiri tegap di hadapan Rasulullah supaya kelihatan lbh tinggi agar beliau memperkenankannya turut berperang. Rasulullah kasihan melihat Usamah yg keras hati ingin turut berperang. Karena itu beliau mengizinkannya Usamah pergi berperang menyandang pedang jihad fi sabilillah. Ketika itu dia baru berusia lima belas tahun. Ketika terjadi Perang Hunain tentara muslimin terdesak sehingga barisannya menjadi kacau balau. Tetapi Usamah bin Zaid tetap bertahan bersama-sama denga ‘Abbas Sufyan bin Harits dan enam orang lainnya dari para sahabat yg mulia. Dengah kelompok kecil ini Rasulullah berhasil mengembalikan kekalahan para sahabatnya menjadi kemenangan. Beliau berhasil menyelematkan kaum muslimin yg lari dari kejaran kaum musyrikin. Dalam Perang Mu’tah Usamah turut berperang di bawah komando ayahnya Zaid bin Haritsah. Ketika itu umurnya kira-kira delapan belas tahun. Usamah menyaksikan dgn mata kepala sendiri tatkala ayahnya tewas di medan tempur sebagai syuhada. Tetapi Usamah tidak takut dan tidak pula mundur. Bahkan dia terus bertempur dgn gigih di bawah komando Ja’far bin Abi Thalib hingga Ja’far syahid di hadapan matanya pula. Usamah menyerbu di bawah komando Abdullah bin Rawahah hingga pahlawan ini gugur pula menyusul kedua sahabatnya yg telah syahid. Kemudian komando dipegang oleh Khalid bin Walid.
Usamah bertempur di bawah komando Khalid. Dengan jumlah tentara yg tinggal sedikit kaum muslimin akhirnya melepaskan diri dari cengkeraman tentara Rum. Seusai peperangan Usamah kembali ke Madinah dgn menyerahkan kematian ayahnya kepada Allah SWT. Jasad ayahnya ditinggalkan di bumi Syam dgn mengenang segala kebaikan almarhum. Pada tahun kesebelas hijriah Rasulullah menurunkan perintah agar menyiapkan bala tentara utk memerangi pasukan Rum. Dalam pasukan itu terdapat antara lain Abu Bakar Shidiq Umar bin Khattab Sa’ad bin ABi Waqqas Abu Ubaidah bin Jarrah dan lain-lain sahabat yg tua-tua. Rasulullah mengangkat Usamah bin Zaid yg muda remaja menjadi panglima seluruh pasukan yg akan diberangkatkan. Ketika itu usia Usamah belum melebihi dua puluh tahun. Beliau memerintahkan Usamah supaya berhenti di Balqa’ dan Qal’atut Daarum dekat Gazzah termasuk wilayah kekuasaan Rum. Ketika bala tentara sedang bersiap-siap menunggu perintah berangkat Rasulullah saw. sakit dan kian hari sakitnya makin keras. Karena itu keberangkatan pasukan ditangguhkan menunggu keadaan Rasulullah membaik. Kata Usamah “Tatkala sakit Rasulullah bertambah berat saya datang menghadap beliau diikuti orang banyak setelah saya masuk saya dapati beliau sedang diam tidak berkata-kata krn kerasnya sakit beliau. Tiba-tiba beliau mengangkat tangan dan meletakkannya ke tubuh saya. Saya tahu beliau memanggilku.” Tidak berapa lama kemudian Rasulullah pulang ke rahmatullah. Abu Bakar Shidiq terpilih dan dilantik menjadi khalifah. Khalifah Abu Bakar meneruskan pengiriman tentara di bawah pimpinan Usamah bin Zaid sesuai dgn rencana yg telah digariskan Rasulullah. Tetapi sekelompok kaum Anshar menghendaki supaya menangguhkan pemberangkatan pasukan. Mereka meminta Umar bin Khattab membicarakannya dgn Khalifah Abu Bakar. Kata mereka “Jika khalifah tetap berkeras hendak meneruskan pengiriman pasukan sebagaimana dikehendakinya kami mengusulkan panglima pasukan yg masih muda remaja ditukar dgn tokoh yg lbh tua dan berpengalaman.” Mendengar ucapan Umar yg menyampaikan usul dari kaum Anshar itu Abu Bakar bangun menghampiri Umar seraya berkata dgn marah “Hai putra Khattab! Rasulullah telah mengangkat Usamah. Engkau tahu itu. Kini engkau menyuruhku membatalkan putusan Rasululllah. Demi Allah tidak ada cara begitu!” Tatkal Umar kembali kepada orang banyak mereka menanyakan bagaimana hasil pembicaraannya dgn khalifah tentang usulnya. Kata Umar “Setelah saya sampaikan usul kalian kepada Khalifah belaiu menolak dan malahan saya kena marah. Saya dikatakan sok berani membatalkan keputusan Rasulullah. Maka pasukan tentara muslimin berangkat di bawah pimpinan panglima yg masih muda remaja Usamah bin Zaid.
Khalifah Abu Bakar turut mengantarkannya berjalan kaki sedangkan Usamah menunggang kendaraan. Kata Usamah “Wahai Khalifah Rasulullah! Silakan Anda naik kendaraan. Biarlah saya turun dan berjalan kaki. ” Jawab Abu Bakar “Demi Allah! jangan turun! Demi Allah! saya tidak hendak naik kendaraan! Biarlah kaki saya kotor sementara mengantar engkau berjuang fisabilillah! Saya titipkan engkau agama engkau kesetiaan engkau dan kesudahan perjuangan engkau kepada Allah. Saya berwasiat kepada engkau laksanakan sebaik-baiknya segala perintah Rasulullah kepadamu!” Kemudian Khalifah Abu Bakar lbh mendekat kepada Usamah. Katanya “JIka engkau setuju biarlah Umar tinggal bersama saya. Izinkanlah dia tinggal utk membantu saya. Usamah kemudian mengizinkannya. Usamah terus maju membawa pasukan tentara yg dipimpinnya. Segala perintah Rasulullah kepadanya dilaksanakan sebaik-baiknya. Tiba di Balqa’ dan Qal’atud Daarum termasuk daerah Palestina Usamah berhenti dan memerintahkan tentaranya berkemah. Kehebatan Rum dapat dihapuskannya dari hati kaum muslimin. Lalu dibentangkannya jalan raya di hadapan mereka bagi penaklukan Syam dan Mesir. Usamah berhasil kembali dari medan perang dgn kemenangan gemilang. Mereka membawa harta rampasan yg banyak melebihi perkiraan yg diduga orang. Sehingga orang mengatakan “Belum pernah terjadi suatu pasukan bertempur kembali dari medan tempur dgn selamat dan utuh dan berhasil membawa harta rampasan sebanyak yg dibawa pasukan Usamah bin Zaid.” Usamah bin Zaid sepanjang hidupnya berada di tempat terhormat dan dicintai kaum muslimin. Karena dia senantiasa mengikuti sunah Rasulullah dgn sempurna dan memuliakan pribadi Rasul. Khalifah Umar bin Khattab pernah diprotes oleh putranya Abdullah bin Umar krn melebihkan jatah Usamah dari jatah Abdullah sebagai putra Khalifah. Kata Abdullah bin Umar “Wahai Bapak! Bapak menjatahkan utk Usamah empat ribu sedangkan kepada saya hanya tiga ribu. Padahal jasa bapaknya agaknya tidak akan lbh banyak daripada jasa Bapak sendiri. Begitu pula pribadi Usamah agaknya tidak ada keistimewaannya daripada saya. Jawab Khalifah Umar “Wah?! jauh sekali?! Bapaknya lbh disayangi Rasulullah daripada bapak kamu. Dan pribadi Usamah lbh disayangi Rasulullah daripada dirimu.” Mendengar keterangan ayahnya Abdullah bin Umar rela jatah Usamah lbh banyak daripada jatah yg diterimanya. Apabila bertemu dgn Usamah Umar menyapa dgn ucapan “Marhaban bi amiri!” . Jika ada orang yg heran dgn sapaan tersebut Umar menjelaskan “Rasulullah pernah mengangkat Usamah menjadi komandan saya.” Semoga Allah senantiasa melimpahkan rahmat-Nya kepada para sahabat yg memiliki jiwa dan kepribadian agung seperti mereka ini. Wallahu a’lam. SumberShuwar min Hayaatis Shahabah Dr. Abdur Rahman Ra’fat Basya Al-Islam - Pusat Informasi dan Komunikasi Islam Indonesia
Friday, April 15, 2011
Sejarah Empayar Khazar (Yajuj Majuj)
PENDAHULUAN
“…Dan mustahil kepada penduduk sesebuah negeri yang Kami binasakan, bahawa mereka tidak akan kembali hingga apabila terbuka tembok yang menyekat Ya’juj & Ma’juj, serta mereka meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi...”; al-Anbiyaa’: 95-96
“…Maka mereka… tidak dapat menebuknya…” ; al-Kahfi: 97
“Telah mulai terbuka hari ini dari dinding Ya`juj dan Ma`juj sebesar (lubang) ini.” Rasulullah membuat lingkaran dengan dua jarinya, ibu jari dan jari telunjuk. (HR. Al-Bukhari dari Zainab bintu Jahsyin radhiyallahu ‘anha).
Dewasa ini mereka banyak yang berkuasa di Rusia, Yahudi Khazar masih ingin mendirikan kembali kekuasaannya dan sudah satu dekad mereka berupaya secara terus-menerus untuk melakukan hal tersebut.
Pada tahun 1917, Yahudi Khazar melewati satu 'batu loncatan' ke arah penubuhan negara mereka di Palestin.
Pada tahun yang sama mereka juga telah mencipta Revolusi Bolshevik di Rusia, melalui ideologi Komunisme, diikuti dengan peristiwa Holocaust (kononnya satu pembunuhan beramai-ramai terhadap orang Yahudi tetapi hakikatnya, pembunuhan Yahudi anti-Zionisme), kejadian seperti itu tidak pernah diketahui oleh dunia. Yahudi Khazar sekali lagi mengawal Rusia setelah lebih dari 900 tahun, dan kemudian mereka merancang untuk menghancurkan orang-orang Kristian Rusia. Dengan itu, lebih daripada 100 juta orang Kristian dibunuh, pada waktu yang sama lebih dari 20 juta orang yang beragama Yahudi (anti-Zionis) juga mati ditangan Yahudi Khazar.
Ini adalah apa yang ditentang oleh orang-orang Kristian Rusia dalam perjuangannya selama 60 tahun untuk menggulingkan rejim atheis Bolshewik, namun pada akhirnya mereka berjaya merobohkan aktivitinya dan kini setelah 1000 tahun, peperangan antara Kristian Rusia dengan Yahudi Khazar, makin menghampiri klimaksnya.
"Dia adalah seorang pemimpin semua orang Yahudi dimana saja yang tidak perlu dipersoalkan lagi, yang tidak terjangkiti fahaman Zionis"
"Dengan keberaniannya yang sangat jarang pada masa kini, dia menyebut negara Zionis 'sebuah karya Syaitan', sebuah penyekutuan (menyekutu) dan penghinaan kepada Tuhan.' Menurutnya, menumpahkan darah untuk kepentingan negara Zionis adalah menjijikan."
Friday, April 8, 2011
SEJARAH PERANG SALIB
Monday, April 4, 2011
Kisah Luqman dan tiga org pelacur
Kisah Luqman yang bijaksana ada termaktub dalam surah al-Luqman dalam al-Quran. Pengarang kitab Al-Kasyaf menjelaskan, dia adalah Luqman bin Baa'ura'. Hidup selama 1000 tahun, sehingga berjumpa dengan Daud a.s belajar ilmu dan pengetahuan daripadanya. Ibnu Abbas berkata bahawa Luqman bukan Nabi, juga bukan Raja, namun seorang penggembala, berkulit hitam, yang kemudian diberi kurnia kemerdekaan dan ilmu pengetahuan.
Diriwayatkan oleh Sai'id bin Amir, ia berkata: " Telah bercerita kepada kami, Abu Ja'far, 'Luqman Al-Habasy' adalah seorang budak milik seorang lelaki. Suatu ketika dia dibawa ke pasar untuk di jual kepada seorang lelaki yang hendak membelinya, Luqman berkata:"Apa yang akan kamu lakukan terhadap diriku (setelah kamu beli nanti)?" Jawab lelaki itu, "Kamu akan ku suruh melakukan ini dan itu." "Aku mohon kepadamu agar mengurungkan niatmu untuk membeliku!" pinta Luqman. Sikap ini selalu diperlihatkan oleh Luqman kepada para calon pembelinya hingga datanglah calon pembeli lainnya. "Apa yang hendak kamu lakukan terhadap diriku (setelah kamu membeliku nanti)?" kata Luqman. "Kamu akan kuberi tugas sebagai penjaga rumahku," jawab lelaki calon pembelinya itu. "Jika demikian, aku mahu kamu beli!" kata Luqman.
Laki-laki tersebut kemudian membayar dan mengajak Luqman pulang ke rumahnya. Majikan Luqman mempunyai tiga orang anak gadis yang menjadi pelacur di desa itu. Pada suatu ketika majikannya ingin pergi ke kebunnya. Sebelum berangkat dia berpesan kepada Luqman: "Aku telah menyiapkan makanan dan semua keperluan mereka di dalam bilik. Sepeninggalanku, kuncilah pintu ini dan kamu harus berjaga di sini pula. Dan janganlah sekali-kali kamu membuka pintunya sebelum aku kembali ke rumah!"
Sejenak kemudian ketiga-tiga puteri majikannya datang dan berkata kepada Luqman, "Bukalah pintu ini!" Kerana telah menerima pesan dari majikan dan diamanahi untuk tidak membuka pintu dan namanya amanah akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah kelak, maka Luqman pun menolak untuk membukanya. Akhirnya ketiga-tiga gadis itu marah dan mencederainya. Luqman kemudian membersihkan darah yang membasahi tubuhnya dan kembali berjaga di depan pintu. Ketika majikan pulang dia tetap merahsiakan perilaku ketiga puteri majikan terhadapnya.
Pada hari berikutnya majikannya sekali pergi ke kebunnya. Sebagaimana sebelumnya dia berpesan kepada Luqman: "Aku telah menyiapkan makanan dan semua keperluan. Oleh kerana itu jangan membolehkan mereka membuka pintu ini!" Demikianlah, selepas pemergian ayahnya, ketiga puteri majikannya itu bergegas menemui Luqman dan berkata kepadanya: "Bukalah pintu ini!" Sementara itu Luqman masih tetap memegang amanah yang dibebankan kepadanya tetap tidak bersedia membukakannya sebagaimana pesan dari majikannya. Akan tetapi, ketiga gadis itu kembali menyerang dan melukai Luqman yang tetap duduk di tempatnya. Si majikan telah pulang ke rumah, Luqman sekali lagi tidak mahu menceritakan perihal perilaku ketiga puterinya.
Melihat keteguhan hati Luqman, puteri tertua majikannya kemudian rasa simpatinya datang dan berkata: "Mengapa budak Habasyi ini lebih mengutamakan ketaatan kepada Allah S.W.T berbanding aku? Demi Allah, aku akan bertaubat!" Dan puteri sulung majikan Luqman itu pun bertaubat kepada Allah S.W.T. Si bungsu berkata, "Mengapa budak Habasyi dan kakak sulungku lebih mengutamakan taat kepada Allah S.W.T? Demi Allah, aku juga akan bertaubat." Demikianlah si bongsu akhirnya mengikuti jejak kakak sulung dan keduanya dengan bertaubat. Setelah mengetahui bahawa kakak mahupun adiknya telah bertaubat, puteri kedua majikannya berkata "Mengapa dua orang saudaraku dan budak Habasyi ini lebih mengutamakan taat kepada Allah S.W.T berbanding aku? Demi aku, aku akan bertaubat juga!" Akhirnya dia pun bertaubat.
Setelah ketiga puterinya yang berkerja sebagai wanita penghibur itu bertaubat, maka rakan yang sama bekerja denganya di desa berkata,"Mengapa budak Habsyi dan ketiga gadis itu lebih mengutamakan taat kepada Allah S.W.T berbanding kami?" Hal tersebut mendorong mereka untuk bertaubat sebagaimana ketiga-tiga rakannya sehingga jadilah mereka sebagai orang yang beribadat di desa itu.
Demikianlah bahawa hidayah datangnya bukan lewat, dakwah bukanlah berupa ucapan sahaja tapi juga tindakan, atau amalan yang ditunjukkan oleh Luqman al-Hakim dalam memegang teguh amanah yang sudah menjadi tugasnya. Sehingga fitrah seorang manusia untuk selalu beribadah kepadaNya menjadi terpukul tatkala melihat seorang yang mampu menjalankan ibadah itu dengan baik.








