Friday, January 21, 2011

kisah Rasulullah sebagai pengajaran

Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur.

Sayidatina 'Aisyah menceritakan "Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga. Jika mendengar azan, beliau cepat- cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang."

Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda amat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, "Belum ada sarapan ya Khumaira?" (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan') Aisyah menjawab dengan agak serba salah, "Belum ada apa-apa wahai Rasulullah." Rasulullah lantas berkata, "Jika begitu aku puasa saja hari ini." tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya.

Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami memukul isterinya. Rasulullah menegur, "Mengapa engkau memukul isterimu?" Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, "Isteriku sangat keras kepala. Sudah diberi nasihat dia tetap degil, jadi aku pukul dia." "Aku tidak bertanya alasanmu," sahut Nabi s. a. w. "Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?"

Pernah baginda bersabda, "sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya." Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.

Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat, pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang, "Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?" "Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar." "Ya Rasulullah... mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit..." desak Umar penuh cemas. Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda. "Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan, kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?" Lalu baginda menjawab dengan lembut, "Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?" "Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak."

Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang penuh kudis, miskin dan kotor. Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ketuanan. Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan. Ketika pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak. Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi. Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, "Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?" Jawab baginda dengan lunak, "Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur."

Tuesday, January 18, 2011

LeLaKi MeNcArI sYuRgA siri 2

Raja Rom merenung wajah Syeikh Ibnu Saqa’ yang duduk di hadapan baginda.Dalam hatinya berkata,wajarlah lelaki itu diutuskan oleh khalifah kerajaan Islam untuk menemuinya bagi merapatkan hubungan antara kedua-dua kerajaan.

“Ilmunya tinggi,kefasihan dalam hukum-hakam dan kearifannya dengan isi al-Quran tak berupaya dicabar,”kata Raja Rom sendirian.

Baginda kagum kerana walaupun disoal bertalu-talu dengan pelbagai muslihat oleh pegawai istana dan pendeta Nasrani,Ibnu Saqa’ menjawabnya dengan mudah.Malah jawapannya bersandarkan hadis dan firman itu tidak mampu dipatahkan semula.

“Imannya bagaikan tembok besi,”Raja Rom berkata-kata di dalam hati.Dalam diam,baginda memikirkan sesuatu.

Ibnu Saqa’ kemudiannya diberikan tempat tinggal yang mewah dan Raja Rom menugaskan puterinya menggoda Ibnu Saqa’.Katanya,iman Ibnu Saqa’ mesti dirobohkan.

Dengan kecantikan paras rupanya,mudah sahaja puteri tersebut mencairkan jiwa Ibnu Saqa’.Digodanya lelaki tersebut habis-habisan hingga imannya mencair selapis demi selapis.

Kian hari,gelora hati Ibnu Saqa’ tambah menggegar.Tubuh puteri yang menggiurkan,senyuman manis,mata galak serta kulitnya yang putih bersih membuatkan Ibnu Saqa’ tidak tentu arah.

Rindu dendamnya terhadap sang puteri akhirnya tidak terbendung lagi.Lantas beliau menemui Raja Rom dan menyampaikan hasrat untuk memperisterikan puteri baginda.

“Boleh,tapi dengan satu syarat,”kata Raja Rom.

“Katakanlah,saya sedia menunaikannya.”Ibnu Saqa’ pantas membalas.

“Tinggalkanlah agamamu dan masuklah Nasrani.”

Di kala itu Ibnu Saqa’ terdiam.Seluruh tubuhnya menggeletar,jantungnya bagai direntap.Akal fikiran Ibnu Saqa’terasa melayang dan pandangannya gelap seketika.

Dalam keadaan serba salah,Ibnu Saqa’ terkenangkan segala ilmu yang dipelajarinya bersama ulama-ulama terbilang.Begitu juga dengan sahabat karibnya,Syeikh Abdul Qadir Jailani dan Syeikh Abu Sa’id Abdullah Abi Asrun.Malah masih terasa kemanisan ketika mereka bertiga bermusafir ke segenap rantau untuk belajar dengan alim ulama.

Ibnu Saqa’ menghela nafas.Setiap ayat suci al-Quran,yang semua dihafalinya,berlegar di fikiran.Amal ibadah yang tekun ditunaikannya siang dan malam bagai mengikat mindanya supaya mengatakan ‘tidak’.Kalau dituruti kehendak Raja Rom itu bermakna sia-sialah ilmu yang dipelajarinya selama ini.

“Macam mana Ibnu Saqa’?”soal Raja Rom mengejutkan lamunan Ibnu Saqa’.

“Baiklah tuanku,”jawab Ibnu Saqa’.”Saya akan tinggalkan Islam dan memeluk Nasrani.”

Raja Rom tersenyum lebar.Rancangannya sudah berjaya.Ibnu Saqa’ kemudiannya dikahwinkan dengan puteri Raja Rom.Tertunailah impian Syeikh Ibnu Saqa’ untuk beristerikan puteri Raja Rom.

Beberapa tahun kemudian,beberapa orang rakan Ibnu Saqa’ pergi ke pasar kota Rom.Kalau dulu mereka terkejut dengan berita lelaki itu keluar dari Islam,kali ini mereka terkejut pula kerana terserempak dengan Ibnu Saqa’ dalam keadaan daif di tengah pasar.Bajunya compang-camping,hapak dan koyak rabak.badannya hamis dan kurus kering.

Apabila ditanya,Syeikh Ibnu Saqa’ memberitahu,Raja Rom membuangnya ke situ sebaik sahaja beliau sakit dan tidak berdaya.

“Saya terpaksa cari rezeki,makan dan minum sendiri,”kata Ibnu Saqa’ dengan lemah.

“Adakah awak masih hafal al-Quran?”seorang kenalannya bertanya.

“Tidak…”jawab Ibnu Saqa’.

“Tidak??!!”soal kenalan itu seolah-olah tidak percaya.

Kian hari keadaan Ibnu Saqa’ tambah tenat dan ketika hayatnya semakin sampai ke penghujung,rakan-rakan memalingkan muka Ibnu Saqa’ ke arah kiblat.Namun lelaki itu pantas mengalih mukanya ke arah lain.Sampailah Izrail dating mencabut nyawanya,Ibnu Saqa’ tetap tidak mahu memandang ke arah kiblat.

Akhirnya,kembalilah seorang ilmuan Islam yang dulunya hafiz al-Quran dan dihormati alim ulama,sebagai seorang kufur.Dia ditewaskan oleh seorang wanita..

KESIMPULANNYA KEDUA2 SIRI

Mati itu benar,syurga dan neraka itu juga benar.Di mana seseorang itu akan ditempatkan kelak,ia adalah urusan Allah.Biarpun demikian,orang yang hidupnya gemar melakukan perbuatan keji dan maksiat tidak boleh sama sekali dikatakan bakal menghuni neraka.Samalah keadaannya,orang yang tidak lekang daripada melakukan amal makruf belum tentu akan ditempatkan di syurga.Amalan semasa hayat bukan jaminannya

Monday, January 17, 2011

LeLaKi MeNcArI sYuRgA siri 1


Kehangatan cahaya matahari pijar membakar kulit.Nabi Musa duduk di bawah sebatang pokok dan meneguk air buat penghilang dahaga.Kakinya terasa lenguh selepas menempuh satu perjalanan yang amat jauh.

Sambil mengelap titis-titis peluh yang bermanik di dahi,Nabi Musa memandang warga kampung yang lalu-lalang di hadapannya.Seketika kemudian dia bangun menghampiri seorang tua.

“Saudara,”Nabi Musa menyapa,”Betulkah ada seorang lelaki meninggal dunia di sini dalam sehari dua ini?”

“Betul…adakah dia ahli keluarga kamu?”tanya lelaki tua itu.

“Oh…tidak,tidak.Tapi betulkah mayat itu tak disempurnakan,tapi dicampakkan ke dalam sampah dan kotoran?”

“Betul,”jawab penduduk kampung itu.”Itulah tempat yang paling layak untuknya.”

Nabi Musa terperanjat mendengar kata-kata lelaki tersebut.”Tapi kenapa?”

“Sebab hidupnya keji,”balas lelaki tua dengan mencebikkan muka.

Tambah lelaki tua itu,si mati semasa hidupnya tidak lekang daripada maksiat.Arak,judi dan merompak sudah menjadi darah dagingnya.Kalau nampak wanita,dia akan mencari jalan untuk merosakkannya hingga berjaya.

Akibat sifat kejinya itu,lelaki tersebut dibenci oleh seluruh penduduk kampung.Maka apabila dia meninggal dunia,penduduk kampung tidak mahu menguruskan mayatnya.Malah mereka mengheret,kemudian menghumbannya ke dalam longgokan sampah dan kotoran.

Atas permintaan Nabi Musa,beliau dibawa ke kawasan timbunan sampah dan kotoran,tempat mayat lelaki berkenaan terbongkang seperti bangkai.Sebaik melihat keadaan mayat yang telah kejang,busuk dan bersempudal kotoran jijik,Nabi Musa termenung.

Nabi Musa bermunajat kepada Allah dan bertanya,mengapa beliau diperintahkan supaya menyembahyang dan mengebumikan mayat lelaki itu

sedangkan kawan dan jiran-jiran semuanya mengatakan dia adalah sejahat-jahat manusia.Mengapakah Allah memandang lelaki itu begitu istimewa?

Tatkala itu turunlah wahyu daripada Allah bagi menjawab pertanyaan Nabi Musa;”Wahai Musa,memang benar apa yang dikatakan oleh orang itu.Tetapi sewaktu hampir saat kematian lelaki ini,dia meminta syafaat dari-Ku dan tiga perkara lain.Ketahuilah wahai Musa,andai kata semua orang yang berbuat dosa tersebut turut memohon syafaat tiga perkara itu kepada-Ku,Aku pasti akan memenuhinya.Bagaimana Aku tidak simpati sedangkan dia memohon kepada-Ku dengan sepenuh hati.”

“Ya Allah,apakah tiga perkara itu?,”tanya Nabi Musa.

Pertama,kata Allah,dia insaf dan memohon supaya dosanya diampuni.Menurut lelaki itu,walaupun saban hari melakukan kejahatan,namun sebenarnya di dalam hati,dia amat benci kepada maksiat.

Bagaimanapun,dia tidak dapat berhenti daripada melakukan perbuatan keji kerana di dalam dirinya terdapat tiga perkara yang amat dibencinya.Tetapi tiga perkara itulah yang mendorong beliau terus melakukan maksiat.Tiga perkara itu adalah nafsu,kawan-kawan yang jahat serta iblis.

Tambah lelaki tersebut,biarpun melakukan perbuatan mungkar,dia sebetulnya lebih sayangkan para solihin.Malah dia lebih suka menerima kunjungan para solihin dan menjadikan kediamannya sebagai tempat berkumpul alim ulama hinggakan jika ada orang-orang soleh memerlukan bantuannya,lelaki itu mendahulukan mereka berbanding kawan-kawannya yang berperangai keji.

Seterusnya lelaki itu merayu di hujung hayatnya,”Ya Allah,andai kata Engkau mengampuni segala dosaku,maka akan bergembiralah para kekasih dan nabi-nabi-Mu,dan susah hatilah syaitan yang menjadi musuh-Mu.Jika Engkau menyeksa aku kerana banyaknya dosa,maka syaitan dan iblis bergembira sedangkan para nabi dan wali-Mu berasa sedih dan kecewa.

“Sesungguhnya aku tahu bahawa gembiranya para wali lebih Engkau senangi daripada gembiranya syaitan dan sahabatnya.Aku berharap semoga Engkau mengampuniku.Berilah kasih sayang-Mu kepadaku.”

Justeru kerana keikhlasan lelaki itu mengakui segala kesilapannya,Allah mengampunkan dosa-dosanya.Lantas Allah memerintahkan Nabi Musa supaya melakukan apa yang telah diperintahkan kepadanya.Malah atas kemuliaan lelaki tersebut,Allah mengampunkan dosa orang-orang yang menyembahyang dan mengebumikan jenazahnya.

“Sesungguhnya lelaki itu adalah wali dan kekasih-Ku,”kata Allah.


Friday, January 14, 2011

bicara akan datang...^_^

lama dah cari penulisan ni kat laptop...bru jumpa semalam..
hihihi....sesuai untuk yang telah ada pasangan hidup....salam santai...

ADA APA DENGAN CINTA?


Perasaan cinta, kasih dan sayang ada dalam hati setiap
orang, tetapi cara mempamerkan cinta tidak sama antara
seorang dengan seorang yang lain.Dan berbeza juga antara
satubangsa dengan satu bangsa yang lain. Namun
sesuatu yang pasti-perasaan cinta dan sayang
selalunya terpamer melalui sikap dan kata-kata.

Sebuah syair arab
mengungkapkan," Tanda-tanda cinta tidak dapat
disembunyikan olehseseorang laksana pembawa kasturi
tidak dapat menyembunyikankeharumannya" Rasa sayang
seorang suami terhadap isteri akan terpamer pada sikap
dan kata-kata yang natural bersahaja.Begitu juga sebaliknya.

Inibermakna, pasangan suami isteri tidak perlu berlakon di
depan ramai untuk memperlihatkan perasaan saling menyayangi.
Mereka tidak perlu berjalan berpimpin tangan, berpelukan, atau
berkucupan di khalayak ramai untuk memberitahu orang bahawa
mereka adalah pasangan bahagia dan saling mencintai.
Cara itu bukan sahaja tidak sesuai dengan akhlak Islam,
malah menyalahi etika budaya timur.

Biarpun begitu, perasaan cinta suami isteri perlu
disuburkan. Demikianjuga perasaan sayang ibu bapa dan
anak-anak. Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya

“Sesiapa yang tidak menyayangi tidak akan disayangi"

Perasaan sayang letaknya di hati, tetapi ia boleh
disuburkan melalui tindakan zahir dan kata-kata.
Senyuman mesra isteri menyambut kepulangan
suami sudah cukupmengambarkan perasaan cinta dan
sayang yang tidak berbelah bahagi.Jika dijadikan amalan
harian,nescaya cinta akan subur seperti tanaman
yang disiram baja secara berterusan mengikut aturan.

Kucupan suami pada dahi isteri yang mengiringinya
ke pintu sebelum sisuami melangkah keluar ke tempat
kerja sudah memadai untuk mencerminkanrasa hormat dan
cinta yang bersemi dihati. Dan rasa hormat dan
cinta itu akan subur sekiranya dibajai selalu.

Ini bukti bahawa cinta itu terlalu seni. Tidak ada
perlakuan dankata-kata yang tepat untuk mengungkapkan
seluruh perasaan cinta seseorangterhadap orang yang
dicintainya.Lain orang lain caraungkapan dan
luahan rasa cintanya.

Walaupun ungkapan " Aku mencintaimu" ( I LOVE YOU )
selaludiungkapkan oleh pasangan kekasih atau suami
isteri di layar perak namun dalam realiti kehidupan,
pelbagai bentuk sikap dan ungkapan lain digunakan
untuk membawa maksud yang sama. Perhatikan
ungkapan-ungkapanini sekadar contoh:-

" Cantik Mas tengok abang pakai baju ni"

" Abang memang minat laksa, tapi kalau Ayu yang masak,
lagilah abang berseleramakan"

" Nah, abang bawa buah tangan ni untuk Mira

dan anak-anak"

" Hati-hati memandu ya, bang...."


Demikian antara ungkapan-ungkapan indirect yang mencerminkan
rasa kasih dan sayang antara suami isteri. Namun begitu,
jika mengungkapkan rasa cintasecara langsung dan
terus terang sudah menjadi budaya atau kemestian bagi
sesuatu bangsa, maka tidak salah ungkapan
"Aku mencintaimu:" menjadi basahan
bibir suami isteri. Dari mata turun ke hati.
Ini merupakanungkapan yang mengambarkan peranan
mata untuk jalinan cinta.

Justeru, jangan harapkan cinta akan subur jika
pasangan suami isteri selalu mengelak untuk
bertentang mata bila berbicara. Antara bukti cinta
ialah adanya ingatan pada orang yang dicinta. Dan tanda
seseorang itu ingat akan sesuatu atau seseorang
lain ialah dia selalu menyebut-nyebutnya.

Wednesday, January 12, 2011

hidayah


assalamualaikum pembaca laman INSAN...
lagi dan lagi marilah kita satukan hati-hati kita untuk berfikir sejenak,santai bersama laman INSAN dan menikmati halwa telingan pilihan laman INSAN insyaALLAH sedap didengar
bukan sahaja sedap di dengar tapi boleh meresap kedalam hati-hati kita untuk membuang segala kotoran dalam hati kita bersama...na itu yang penting....

mari kita panjatkan kesyukuran kpd tuhan sang pencipta segala yang ada dimuka bumi ini dan seisi-isinya serta seluruh cakrawala ini ALLAH s.w.t dan selawat dan salam atas junjungan besar nabi kita iaitu Rasulullah s.a.w....

entry kali ini ingin mengupas sedikit tentang hidayah ALLAH s.w.t....
yakinlah bahawa hidayah ada dimana sahaja walaupun negara itu bukan negara islam dan ALLAH berhak memberikan kepada siapa sahaja yang di kehendakiNYA tak kira bangsa,keturunan dan warna kulit...sedar tak sedar islam kini tersebar luar di seluruh pelusuk alam insyaALLAH...

europah kini menunjukkan peningkatan yang mendadak...usaha mereka disana kuat untuk menegakkan islam.....kenal yusuf islam?dulu dikenali sebagai cat stevens yang merupakan penyanyi popolar masyarakat barat yang dahulu terkenal dengan keunikan lagunya.setelah memeluk islam beliau mengubah lagunya kearah lagu islamic dan penuh dengan pengajaran disamping berdakwah dengan lagu yang beliau cipta...
kini telah ramai artis2,pelakon hollywood dan ahli sukan ternama barat telah memeluk islam...
pelakon-pelakon hollywood yang kita lihat di kaca televisyen ramai dah menerima hidayah
contohnya pelakon terkenal di bawah ni...

ha sapa yang tidak kenal pelakon ni...pelakon hollywood yang penuh dengan watak jenakanya apabila tampil dalam movie2 barat...kini beliau telah mendapat hidayah dan menunaikan haji lagi tu pada 2008 yang lalu...alhamdulillah....

pelakon bawah ni pun sama...sapa yang tidak kenal selalu sahaja muncul dalam movie2 hollywood yang baru...ice cube sekarang pun dah muslim...

bukan sekadar hollywood,ahli sukan barat pun ramai jugak yang mendapat hidayah contohnya hanry pemain bola,ribery,nicolas anelka dan ramai lagi...termasuk yang bawah ni...ha mike tyson peninju terkenal....juga telah memeluk islam.....

nampaknya sampai sini sahaja coretan yang mampu di buat pada kali ini...sekiranya ada pandangan tentang tajuk pada kali ini bolehlah komen....sambil bersantai sambil kongsi pandangan....insyaALLAH...
jumpa di entry yang akan datang....

Monday, January 10, 2011

koleksi lagu2 best

*sila off lagu tema laman INSAN(kat bawah)

satu hati-la khauf

ini langkah ku-shoutul harokah







doa senjata mu'min


Tidak kira sama ada doa itu dalam keadaan terdesak atau semata-mata menunaikan kewajipan, setiap doa pasti Allah beri perhatian. Allah berfirman yang bermaksud: “Berdoalah kepada-Ku nescaya aku (Allah) akan perkenankan.” (Surah Ghafir : 60 )

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Tuhanmu yang Maha Suci lagi Maha Tinggi itu pemalu lagi mulia. Dia malu terhadap hamba-hamba-Nya yang mengangkat tangan berdoa, tiba-tiba tidak diberi oleh-Nya akan permintaan itu.” (Riwayat al-Tirmizi no. 3556 dan Abu Daud no. 1448)

Lihat betapa hebatnya sifat Pemurah dan Pengasih Allah, Dia bukan sahaja memerintahkan kita berdoa, malah Dia mengajar apa yang patut kita doakan dan bagaimanakah caranya kita harus berdoa. Tidak cukup sekadar itu, Allah berjanji untuk mempertimbangkan doa-doa itu. Sebuah syair mengungkapkan hakikat ini dengan begitu indah sekali:
“Allah s.w.t. murka jika engkau tidak memohon kepada-Nya. Sebaliknya manusia murka apabila kau sering minta kepadanya.”

Berdoa itu satu langkah yang produktif. Bahkan menurut pandangan ulama tasawuf, apabila Allah telah ringankan lidah seseorang hamba-Nya untuk berdoa, itu petanda Allah telah memberi lampu hijau untuk memperkenankan doa itu. Kata Imam Ibn Ataillah: “Tatkala Allah membukakan mulut anda dengan bermohon kepada-Nya maka ketahuilah, sesungguhnya Allah berkehendakkan doa anda diperkenankan.”

Yakinlah bahawa apabila Allah mengilhamkan kepada hati kita untuk berdoa, maka sudah tentu Allah akan memperkenankan doa kita itu. Tetapi jika Allah tidak berkehendak memperkenankan sesuatu doa, maka sudah tentu Dia tidak mengilhamkan kepada hati kita ke arah itu.

Bukan mudah bagi seorang hamba Allah mengerakkan hati dan lidahnya untuk berdoa jika tidak kerana taufik dan hidayah Allah. Apabila hati dilembutkan untuk berdoa, bererti seseorang itu telah berasa kefakirannya di hadapan Allah. Apabila kita sudah benar-benar berhajat kepada-Nya, maka Allah pasti tidak akan mengecewakan hajat kita itu.

Sebenarnya doa itu sendiri merupakan satu kurnia daripada Allah. Malah doa itu adalah modal asas yang memungkinkan seseorang itu menerima kurnia-kurnia Allah selanjutnya. Malangnya, orang yang mengetahui hakikat ini tidak ramai dalam kalangan kita. Firman Allah yang bermaksud:
“Apakah ada siapakah yang memperkenankan doa orang yang dalam kesulitan apabila dia berdoa, dan menghilangkan keburukan dan menjadikan kamu sebagai khalifah di bumi? Apakah ada di samping Allah tuhan yang lain? Terlalu amat sedikit apa yang dapat kamu mengingati.” (Surah al-Naml 27: 62)

Hamba Allah yang benar-benar mengenal Allah (arif billah) dapat rasakan apabila seseorang itu diizinkan Allah untuk mengucapkan doa (ada sesetengah orang dikelukan lidah lalu tidak boleh berdoa) adalah lebih berharga daripada termakbulnya doa itu. Hal ini kerana seorang yang berdoa itu hakikatnya sedang berdialog dengan Allah. Bagi mereka, ini adalah satu anugerah Allah yang lebih bernilai berbanding apa yang diperoleh daripada doanya. Bukankah Pemberi hadiah itu lebih patut kita hormati dan kasihi daripada hadiah yang diberikan-Nya?

Mungkin ada yang bertanya apakah benar Allah akan memperkenankan setiap doa hamba-hamba-Nya? Jawabnya, ya jika apa yang kita ajukan itu doa yang benar dan elok. Dalam hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa antara kamu yang dibukakan pintu hatinya supaya berdoa, nescaya Allah bukakan padanya pintu-pintu rahmat. Dan tidak ada doa yang dipohon itu yang lebih disukai Allah selain daripada memohon kemaafan (keselamatan di dunia dan akhirat).” (Riwayat al-Tarmizi no 3548)

Jelas di sini, doa yang dimaksudkan itu mempunyai ciri-cirinya. Antara ciri-ciri doa yang baik ialah isinya mestilah ke arah memohon kemaafan dosa dan kesalahan terhadap Allah. Rentetan daripada itu mereka pasti berdoa akan keselamatan diri dan orang lain, bukan permusuhan dan kekacauan). Dan yang paling penting, berdoa dalam keadaan merendah diri dan penuh harapan.

Oleh sebab itu, janganlah berdoa dalam keadaan terlalu mendesak dan memaksa Allah. Itu bukan sifat seorang hamba yang baik. Untuk mengatasi sikap ini tanamkanlah ke dalam jiwa satu keyakinan bahawa nikmat yang telah Allah berikan adalah lebih banyak dan lebih bernilai daripada apa yang sedang kita minta dalam doa kita itu.





Saturday, January 8, 2011

indahnya tarbiyah ^_^

asslamualaikum penjenguk laman INSAN
marilah kita satukan hati-hati kita agar sentiasa bersyukur apa yang telah di kurniakan olehNYA
kepada penjenguk laman INSAN elakkanlah daripada bersifat hasad dengki kepada orang lain kerana tiada guna semua itu...terimalah tengan redha apa yang telah dikurniakan kepada kita dan sentiasalah berusaha bukannya menanam racun pada hati yang boleh membuatkan ummat islam berada dalam porak peranda...
bukankan ALLAH telah berfirman dalam kitabNYA,lebih kurang maksudnya iaitu:
'ALLAH tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melaikan mereka mengubahnya'

DIA telah memilih hati ini untuk duduk dalam suasana tarbiyah yang mula-mulanya hati ini menolak...terlalu lama duduk dalam keadaan jahiliyah sehinggakan untuk menerimanya agak terlalu payah,ianya membuatkan hati ini berkotak-katik..memberontak bagaikan cacing kepanasan...akhirnya membentuk satu dimensi keburukan dalam fikiran.
seringkali aq menyesali kedatanganku kemari,aq datang untuk belajar sahaja..untuk mendapat segulung diploma
tapi....
hati mana yang tidak tersentuh apabila seringkali diberikan kata-kata yang manis,lemah lembut dan penuh sopan...seringkali memberontak tapi dilontarkan dengan senyuman dan kata2 semangat....setelah 2 minggu berada disini,alhamdulilah aq dapat mengikutnya bahkan amat seronok duduk dalam pesat(halakah)

PESAT(pembangunan sahsiah terpuji) merupakanm program wajib kepada penuntut disini selama 3 tahun belajar disini....diadakan setiap hari ahad dan rabu selepas solat maghrib setiap minggu...pada hari ahad pesat umum iaitu semua siswa dan siswi akan berkumpul di kolej kediaman masing2 untuk mendengar kuliah yang disampaikan oleh penyarah ataupun pakcik2 HALUAN...
pada hari rabu pula, pesat khas yang mana kami duduk mengikut kumpulan yang telah di aturkan iaitu dalam kumpulam siswa atau siswi ada dalam 10 purata gitulah...dan ada 1 pembimbing dari kalangan pensyarah atau pakcik2 HALUAN(ayah @ ibu angkat) untuk 1 kumpulan...pada hari itu program lebih kurang perkongsian,nasihat secara berdepan dan bimbingan dalam kumpulan

nak tau ayah angkat kami sorg pakar bedah jantung...beliau selalu ceritakan kepada kami tentang pengalan beliau...yang paling bestnya klu pesat khas ni tempat boleh dibincang antara kumpulan,apa lagi slalulah ayah angkat kami bawa g kedai makan...pesat kat sana...duduk makan sambil cita2 agama...best kan...kekadang ada kumpulan pesat yang len g main futsal lps tu pesat kat tengah2 gelanggang...main bowling,kat tepi pantai.dan ada yg g uma kluarga angkat tersebut....di sini nak katakan bahawa nak amal islam itu harus di mana sahaja....amat menyeronokkan....

betapa beruntungnya diri ini telah di pilih untuk duduk dalam 1 proses tarbiyah...amat menyeronokkan
halaqah
pesat umum(gabungan kolej kediaman dan rumah sewa)



Wednesday, January 5, 2011

PEMERGIAN MU

2010 masihi telah melabuhkan tirai
tanpa di sedari ianya pergi begitu sahaja
ingin aku manahannya supaya jangan pergi dahulu
tapi apakan daya,aku tidak mampu berbuat demikian
dan agak mustahil bagi diri ku yang bergelar seoarang hamba ALLAH di muka bumi ini

telahku katakan padanya
banyak benda lagi aku belum selesaikan
banyak benda lagi yang aku belum laksanakan
janganlah pergi dahulu
tapi aku tidak mampu
ia pergi tanpa menoleh sedikit pun ke arahku

mungkin ini silapku
aku telah abaikanmu dan tidak menghiraukan kedatangan mu
tapi aku telah cuba untuk memenuhinya
walaupun tidak semua yang ku buat

2011
engkau baru dalam hidupku
suka aku peringatkan diri ku
sentiasalah muhasabah diri
kuatkanlah azam barumu
ambillah kesilapan itu sebagai kekuatan untuk mu berdiri semula
hargailah ia

kini ku mengorak langkah mencari inspirasi
bukan sekadar ilusi
untuk menjadi INSAN yang disayangi





Monday, January 3, 2011

ISLAM KEMBALI DAGANG



Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah saw,
"Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan
kembali asing pula. Maka beruntunglah orang-orang yang asing".
(Riwayat Muslim)




Keterangan:
tersebar di Mekkah dengan keadaan yang sangat asing
Islam mulaidan dagang. Sangat sedikit penganut dan pendukungnya
kalau dibandingkan dengan penentangnya.
Kemudian setelah itu Islam tersebar ke seluruh
pelusuk dunia sehingga dianuti oleh dua pertiga penduduk dunia.
Kemudian Islam kembali asing dan dirasa ganjil dari pandangan
dunia, bahkan pada pandangan orang Islam sendiri. Sebahagian daripada
orang Islam merasa ganjil dan pelik bila melihat orang Islam yang
iltizam (komitmen) dengan Islam dan cuba mengamalkan tuntutan Islam
yang sebenar. Seorang yang iltizam dengan Islam dipandang sepi oleh
masyarakat dan terlalu susah untuk diterima sebagai individu yang
sihat. Contohnya, kalau ada sesuatu program kemasyarakatan kemudian
masuk waktu sembahyang, tiba-tiba ada seorang yang meminta diri untuk
menunaikan sembahyang,maka tindakan ini dianggap tidak sopan dan kurang
wajar. Sedangkan orang yang tidak bersembahyang sambil bersenda-senda
ketika orang lain bersembahyang tidak dianggap sebagai perbuatan yang
salah dan terkutuk.
Begitulah seterusnya nasib lslam di akhir zaman.
Ia akan terasing dan tersisih darimasyarakat, bahkan tersisih
dari pandangan orang Islam sendiri yang mengaku sebagai
umat Islam dan marah apabila dikatakan yang dia bukan orang Islam