Tuesday, November 9, 2010

Batas2 Pergaulan




Lelaki dan perempuan memang diberikan nafsu oleh Allah. Jika seorang lelaki melihat seorang perempuan, lazimnya ia diiringi kecenderungan ke arah seks. Atas sebab itulah Islam memperkenalkan konsep aurat, menundukkan pandangan, melarang wanita berhias secara keterlaluan kerana ia boleh

menarik nafsu lelaki kepada perempuan. Oleh itu, jika ada lelaki yang
mengatakan bahawa dia berkawan dengan seseorang perempuan tanpa perasaan cinta, yang sebenarnya ia adalah kes yang jarang dan tidak termasuk dalam kes-kes biasa. Walaupun hubungan persahabatan ini lazimnya didakwa terjalin bukan atas dasar cinta atau seks, namun ia masih tertakluk kepada hukum yang sama, iaitu lelaki dan perempuan tidak boleh mempunyai hubungan yang akrab atau dengan kata lain bergaul bebas tanpa batasan. Kerana itu ada hadis menyebut, dan Amir bin Rabiah, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:

“Janganlah sesekali seorang lelaki menyendiri dengan perempuan yang tidak halal baginya, kerana yang ketiganya adalah syaitan, kecuali kalau ada mahramnya.”
(Riwayat Ahmad)

Yang sebenarnya tidak salah bercinta, tetapi cinta itu mestilah didasarkan di atas perjalanan syariat. Kita boleh lihat kebanyakan muda mudi hari ini, sebelum mendirikan rumahtangga akan bersumpah setia yang disaksikan oleh bulan dan bintang untuk sehidup semati atau pun kasih tidak akan bertukar ganti. Betulkah cara tersebut boleh diketagorikan sebagai sebuah cinta suci yang patut wujud di dalam rumahtangga Islam. Cinta suci di dalam istilah ialah cinta lelaki tidak boleh berbelah bagi kepada wanita yang dicintainya dan begitu juga sebaliknya. Rasa-rasanya bentuk cinta yang sedemikan adalah hipokrit. Wujud atas dasar kasih tidak mahu dibelah bagi. Kemungkinan jua cara kita menilai cinta banyak dipengaruhi filem-filem Hindustan yang begitu popular masa kini.. Atau pun kita menilai cinta banyak dipengaruhi oleh kisah cinta Romeo dan Juliet yang sanggup mati bersama.
Agaknya inilah bentuk cinta yang tinggi nilainya.

0 comments: