Drpd Berita Harian Online, 20 April 2008. Tajuk: Ulul Albab: Meratapi Andalus Demi Merapatkan Umat, oleh Abdurrahman Haqqi. Permusuhan, kesenangan serta kecintaan terhadap dunia faktor keruntuhan kerajaan Islam di Sepanyol.
“MENANGISLAH anakku bak kaum wanita menangis ke atas kerajaanmu yg hilang krn kamu tidak dapat memeliharanya seperti kaum lelaki.” Begitulah ucapan seorang bonda Raja dlm sejarah Islam di Andalus, Sepanyol. Ia diucapkan oleh Aisyah kpd anaknya Abu Abdullah drpd puak Bani al-Ahmar, Raja terakhir kerajaan Islam Granada pd 21 Muharram 897 Hijrah (H) yg memeterai perjanjian penyerahan kerajaannya kpd Raja Kristian Sepanyol, Ferdinand dan Isabella. Dgn itu, berakhirlah era kerajaan Islam di bumi Eropah yg berkuasa selama 800 tahun.
Bani al-Ahmar adalah puak yg menguasai wilayah Islam terakhir di Sepanyol iaitu ....Granada.... drpd 620 H hingga 897 H, pd tahun di mana perjanjian di atas dimeterai. Perjanjian yg membabitkan 67 perkara itu termasuk jaminan keselamatan orang Islam di Sepanyol yg pd akhirnya tidak pernah direalisasikan bahkan selepas 300 tahun kemudian, Islam dan tanda-tandanya terhakis di bumi Sepanyol, seolah-olah Islam dan tamadunnya tidak pernah wujud di negara itu walaupun ia pernah menyinari dan menerajuinya selama 800 tahun. Perjanjian ini akhirnya dimeterai krn menerima banyak tekanan drpd orang Kristian Sepanyol termasuk kejadian paling memilukan dlm sejarah Islam pd 892 H. Pd masa itu ribuan umat Islam yg dijanjikan boleh menyelamatkan diri dgn berlayar ke Afrika dibunuh beramai-ramai secara kejam dan tidak berperikemanusiaan.
Dlm kejadian itu, ribuan umat Islam mati bergelimpangan bermandi darah selepas tentera Kristian membunuh mereka. Sebelum itu, ketika mereka bersembunyi di dlm rumah, dgn lantang tentera Kristian membuat pengumuman bahawa orang Muslim Granada boleh keluar dr rumah mereka dgn aman bagi membolehkan mereka menaiki kapal utk berlayar keluar dr Sepanyol dgn membawa barang keperluan masing-masing. Tentera Kristian turut memaklumkan keselamatan orang Islam yg ingin meninggalkan Sepanyol terjamin. Ramai umat Islam yg meragui tawaran tentera Kristian itu. Bagaimanapun, selepas umat Islam melihat sendiri kapal yg akan membawa mereka berlabuh di pelabuhan, mereka kemudian mengambil keputusan menerima tawaran itu.
Keesokan harinya, ribuan penduduk Muslim Granada keluar beramai-ramai membawa seluruh barang keperluan mereka pergi ke pelabuhan itu. Bagaimanapun, ada umat Islam yg tidak mempercayai tawaran tentera Salib itu terus bertahan dan bersembunyi di rumah masing-masing. Selepas ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dgn pantas tentera Kristian menggeledah rumah yg ditinggalkan mereka sebelum membakarnya. Ribuan umat Islam yg berada di pelabuhan pula tergamam apabila tentera Kristian membakar kapal yg dikatakan akan mengangkut mereka keluar dr Sepanyol. Kapal itu kemudian tenggelam dan umat Islam tidak dapat berbuat apa-apa krn mereka tidak bersenjata. Kebanyakan mereka adalah wanita dan kanak-kanak, sedangkan tentera Kristian mengepung mereka dgn pedang terhunus.
Selepas menerima arahan pemimpin, ribuan tentera Kristian itu kemudian membunuh umat Islam Sepanyol tanpa perasaan belas kasihan. Jerit tangis dan takbir terdengar tetapi dgn buas tentera Kristian terus membunuh warga awam yg sama sekali tidak berdaya. Seluruh Muslim Sepanyol di pelabuhan itu habis dibunuh dgn kejam. Darah bergenang di mana-mana. Laut yg biru berubah menjadi merah kehitam-hitaman. Itulah kisah menyedihkan dalam sejarah umat Islam yg tidak boleh dilupakan. Banyak cerita yang menyayat hati seperti ini dibukukan seperti al-Ihatah fi Akhbar Gharnatah (Berita Menyeluruh Mengenai Granada) dan al-Muqtabas min Akhbar al-Andalus (Sekelumit Sejarah Andalus), malah seorang ulama terkenal seperti Ibn Hazam menceritakannya dlm kitab mashurnya al-Fisal fi al-Milal wa al-Nihal.
Selepas kejadian itu dan memerintah Sepanyol selama 300 tahun, tidak ada tanda atau simbol Islam yg kekal di negara itu. Umat Islam juga diugut dan diseksa oleh tentera Kristian Sepanyol dgn pelbagai ugutan dan seksaan yg sangat kejam, mengerikan dan menakutkan dan tidak ada belas kasihan. Orang Kristian di Sepanyol tidak mahu Islam wujud lagi. Oleh itu kita dapati umat Islam sangat tersepit sehingga ada yg mengaku Kristian padahal mereka seorang Muslim krn terlalu perit dugaan yg dialami mereka.
Islam mula masuk ke Sepanyol pada 92 H di bawah kepemimpinan panglima Tariq bin Ziyad, Musa bin Nusair dan Abdul Aziz bin Musa. Selepas kemasukan mereka melalui Jabal Tariq (Gibral Tar) pd tahun itu, Sepanyol beransur-ansur muncul menjadi sebuah negeri yg makmur. Pasukan Islam tidak saja berhenti di Sepanyol, malah terus meluaskan empayar di negeri sekitar seperti Perancis. Kota Carcassone, ..Nimes.., ..Bordeaux.., Lyon, Poitou, ....Tours.... dan sebagainya jatuh ke tangan umat Islam. Walaupun pasukan Islam sangat kuat dan memiliki kekuasaan yg luas, mereka masih tetap memberikan toleransi kepada suku Goth dan Navaro di daerah sebelah Barat yg juga kawasan pergunungan.
Islam sudah menerangi Sepanyol dan oleh krn sikap penguasa Islam begitu baik dan rendah hati, maka ramai orang Sepanyol yg tulus dan ikhlas memeluk Islam. Mereka bukan hanya beragama Islam, namun mereka sungguh-sungguh mempraktikkan kehidupan secara Islam. Mereka tidak hanya membaca al-Quran malah bertingkah laku berdasarkan al-Quran. Keadaan tenteram seperti itu berlangsung hampir 6 abad lamanya.
Penguasa dan pemimpin Islam pd masa itu sangat berwibawa dan digeruni. Abdul Rahman al-Dakhil, sebagai contoh, adalah orang yg mendirikan Khilafah Bani Umayyah di Andalus. Ketika dijemput pemimpin Kristian yg dibantunya dalam memerangi musuh mereka, beliau dipelawa minum arak, tetapi beliau menolak secara diplomasi dgn katanya: “Aku memerlukan tambahan utk otakku bukan utk mengurangkannya.”
Bagaimanapun, selama Islam berada di Andalus berabad-abad lamanya itu, mereka tetap di keliling orang kafir Sepanyol yg sedia menanti utk menghapuskan Islam di negara itu, namun mereka selalu gagal. Beberapa kali dicuba tapi selalu tidak berhasil. Mereka kemudian menghantar perisik utk mengkaji kelemahan umat Islam di Sepanyol. Akhirnya perisik itu menemui cara utk menakluki Islam di Sepanyol, iaitu melemahkan iman mereka dgn serangan pemikiran dan budaya.
Mereka secara senyap menghantar arak dan rokok secara percuma ke wilayah Sepanyol. Muzik diperdengarkan utk memujuk kaum mudanya agar lebih suka menyanyi dan menari drpd membaca al-Quran. Mereka juga mengirim sejumlah ulama palsu yg kerjanya meniupkan perpecahan di kalangan umat Islam Sepanyol. Akhirnya usaha mereka membuahkan hasil apabila satu persatu daerah di Sepanyol jatuh.
Di samping itu, antara punca lain yg membuat Andalus hilang drpd peta sejarah umat Islam adalah perbalahan dan permusuhan sesama sendiri antara mereka sehingga menjadi lebih daripada 20 puak yg mempunyai negeri sendiri. Antaranya Bani Jahur, Bani ‘Ibad, Bani al-Aftas, Bani Nun dan lain-lain. Dgn wujudnya ramai puak ini, mudahlah musuh Islam di Andalus merebut kembali tanah mereka krn mereka mengetahui kelemahan umat Islam. Apa yg menyedihkan ada umat Islam yg menjual agama dan negara demi kepentingan peribadinya.
Sebagai contoh, Abu Zaid, gabenor daerah Balansiah ketika rakyatnya memberontak dia membuat perjanjian dgn Raja Kristian Choinawi utk membantu memadamkan pemberontakan itu. Sebagai habuannya, Abu Zaid akan memberikan beberapa kawasan kpd Choinawi dan membayar ‘jizyah’ tahunan kpdnya. Jizyah dlm Islam mesti dibayar bukan Islam kpd pemerintah Islam, tetapi apa yg dilakukan Abu Zaid yg beragama Islam adalah terbalik apabila berjanji membayar jizyah kpd Choinawi yg beragama Kristian.
800 tahun bukan masa yg singkat. Selepas umat Islam ‘menghidupkan’ Sepanyol dan menjadikannya bangsa yg bertamadun, berbanding bangsa lain di Eropah, akhirnya ia seolah-olah tidak pernah wujud di negara itu? Peristiwa ini amat menyedihkan bagi umat Islam sepanjang zaman. Sepanyol sekarang bukan Sepanyol dahulu. Sepanyol hari ini bukanlah Andalus pd satu masa dulu. Sepanyol sekarang adalah Sepanyol yg mempunyai seorang menteri pertahanan wanita, Carme Chacon yg boleh memeriksa barisan tentera negaranya walaupun dlm keadaan hamil seperti dilaporkan akhbar pd 14 April lalu.
Sebenarnya musuh Islam dan umatnya tetap satu. Dari dulu hingga sekarang musuh Islam tetap ada, cuma ia berbeza orang dan jenteranya. Mereka tetap ingin melenyapkan Islam sedapat mungkin dga apa juga cara. Dgn mengambil contoh Andalus yg hilang dan mencari sebab kehilangannya termasuk kelemahan akidah dan terlepas drpd jalur yg lurus, permusuhan sesama sendiri, berpihak kpd bukan Islam, kesenangan yg tidak terkawal dan kecintaan terhadap dunia, tidak mustahil ia juga akan berlaku di mana-mana. Dan ketika itu ucapan bonda Aisyah pd permulaan tulisan ini akan terdengarnya kembali.
1 comments:
subhanallah...hnya Dye yg mngetahui ape yg akn trjadi...kte mrncng..Dye yg tntukn...
Post a Comment