AQIDAH ISLAM ASAS KEMENANGAN
Salahuddin Al-Ayyubi Sebagai Teladan Kemenangan dari sudut
kacamata Islam bukanlah dengan terdapatnya suara majoriti
yang menjadi penyokong di kalangan rakyat. Tidak juga dengan
memiliki teknologi pembangunan yang pesat atau ekonomi yang
kukuh mahupun kekuasaan yang padu di dalam jentera pentadbiran
negara. Namun pada hakikatnya kejayaan atau kemenangan di
dalam Islam ialah kemenangan aqidah Islamiyyah ke atas sistem
jahiliyyah.Ia merupakan proses penukaran sistem jahiliyyah
kepada sistem Islam keseluruhannya dalam melaksanakan syariat
Allah sehinggalah wujud daulah Islamiyyah. Umat Islam mencapai
kegemilangannya di bawah pimpinan Rasulullah s.a.w. sehinggalah
di zaman khulafa? ur Rashidin dan empayar-empayar Islam selepasnya.
Umat Islam dahulu menang kerana mereka adalah merupakan terjemahan
amali kepada agama suci ini yang bergerak di atas muka bumi.
Apabila umat Islam mula engenepikan agamanya dan
meninggalkan ajarannya, mereka telah diserbu oleh berbagai
umat lain, mereka telah bertukar menjadi seperti buih di
dalam arus. Umat Islam telah ditinggikan oleh Allah dengan
Islam dan tidak akan mencapai ketinggian selain dari Islam.
Tumbangnya Empayar Othmaniyyah pada tahun 1924 membuka ruang
kepada Israel menakluki bandar suci Al-Quds pada bulan Jun 1967
di mana dalam masa tidak sampai enam hari umat Islam ditewaskan.
Kekalahan yang amat memalukan bagi semua umat Islam.
Sehingga sekarang umat Islam masih lagi gagal membebaskan bumi
Palestin dari cengkaman Zionis.
Sejarah Islam membuktikan bahawa hanya pemimpin yang kuat
berpegang teguh pada agama Islam dan merupakan teladan-teladan
peribadi dan beramal soleh yang mampu mencipta kejayaan dan mampu
menyekat kemaraan musuh yang terdiri dari Yahudi dan Nasrani,
musuh utama umat Islam. Salahuddin al-Ayyubi umpamanya seorang
pemimpin yang kuat berpegang pada agamanya, berperibadi mulia
dan seorang yang beramal soleh telah berjaya membebaskan al-Quds
pada hari Jumaat 27 rejab 583 hijrah. Peperangan ?Hutain? yang
dipimpin oleh Salahuddin al-Ayubbi telah membuka ruang kepada
pembebasan bandar al-Quds. Jumlah tentera Islam ialah 12 000 orang
sementara tentera salib 50 000 orang. Jumlah tentera Islam dalam
pembebasan Baitul Maqdis pula tidak sampai 12 000 orang sementara
pihak tentera salib 60 000 orang. Kumpulan kecil telah menang ke
atas kumpulan besar dengan izin Allah. Sebab-sebab kemenangan di
situ adalah banyak. Yang utama ialah kepimpinan Salahuddin al-Ayyubi
sendiri kerana beliau mempersembahkan keseluruhan hidupnya untuk
jihad di jalan Allah. Aqidah Islam telah memenuhi keseluruhan
jiwanya,perasaannya bernyala-nyala dengan aqidah Islam dan tidak
beriman dengan yang lain selain dari Allah. Beliau seorang yang
amat toleransi, amat merendah diri, sederhana pakaian dan makanan,
membelanjakan setiap sen yang sampai ke tangannya untuk jihad
dan lain-lain kepentingan umat Islam, tidak memberi perhatian
pada mata benda dunia sama ada harta,istana atau lain-lainnya
sehinggah apabila beliau wafat tidak eninggalkan sebarang harta.
Tidak ada emas atau perak di dalam simpanannya kecuali
satu Dinar empat puluh tujuh Dirham sahaja.
Semasa berjihad Salahuddin al-Ayyubi selalu membawa sebuah
peti tertutup yang amat dijaganya. Orang terdekat menyangka
terdapat berbagai batu permata dan benda berharga tersembunyi
di dalamnya. Tetapi selepas wafatnya apabila peti dibuka maka
yang ditemui hanyalah sehelai surat wasiat dan kain kafan yang
dibeli dari titik peluhnya sendiri dan sedikit tanah.
Apabila surat itu dibuka tertulis " Kafankanlah aku dengan kain
kafan yang pernah dibasahi air zam-zam ini, yang pernah
mengunjungikaabah yang mulia dan makam Rasulullah s.a.w. Tanah
ini ialah sisa-sisamasa perang, buatkanlah darinya ketulan untuk
alas kepalaku di dalam kubur" Dari tanah tersebut dapat dibuat
12 ketulan tanah yang hari ini terletak di bawah kepala Salahuddin
al-Ayyubi. Setiap kali Salahuddin al-Ayyubi kembali dari berperang
yang dimasuki bertujuan berjihad kepada Allah, beliau akan berusaha
mengumpulkan tanah-tanah yang melekat pada muka dan pakaiannya dan
meletakkannya di dalam peti rahsia itu.
Beliau telah berjaya mengumpulkan tanah yang boleh dibuat 12 ketulan,
kiralah berapa banyak pertempuran yang dihadapinya kerana berjihad bagi
menegakkan kalimah Allah!! Salahuddin al-Ayyubi meninggal dunia pada
7 Safar 589 hijrah, kira-kira dua tahun selepas berlakunya peperangan
Hutain yang berjaya membebaskan Baitil Maqdis.
Umurnya ketika itu 56 tahun
0 comments:
Post a Comment