Sunday, November 4, 2012

Ketersediaan Menerima Hakikat



Menjadi seorang muslim bukanlah sesuatu  perkara yang mudah kerana banyak perkara yang perlu dihadapi demi membawa seruan agamaNya. Dengan itu, kita sebagai khalifah tidak terus menghirup udara di bumi ini kerana dengan pastinya ayat yang turun dari surah Al-Mukminun :

“Dan (Allah) berfirman, ‘Berapa tahunkah lamanya kamu tinggal di bumi?’(112) Mereka menjawab , ‘Kami tinggal di bumi sehari atau setengah hari, maka tanyakanlah kepada mereka yang menghitung.’ (113) Dia (Allah) berfirman ‘Kamu tinggal (di bumi) hanya sebentar saja jika kamu benar-benar mengetahui.’ (114)”
Surah Al-Mukminun ayat 112-114 

Tuntas dan nyatanya perkara tersebut pasti berlaku pada setiap mukmin dan mukminah tanpa tinggal seorangpun yang akan terlepas darinya.
Sebagai seorang hamba yang sentiasa percaya dengan qadak dan qadar yang telah ditentukan olehnya perlu menerima segala ujian dengan hati yang tabah.



KADANG-KADANG DIRI INI SANGAT LEMAH UNTUK BANGKIT MENERIMA SEGALA DUGAAN.


YA ALLAH… hidupku kini hanya bergantung kepadamu, setiap langkahku hanya keranamu, setiap denyutan nadiku juga adalah keranamu. Aku hidup demi mencapai redhamu Ya Allah. Berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi segala ujian dan dugaan yang telah engkau caturkan kepadaku. Agar aku sentiasa menjadi hamba yang tidak ingkar kepadamu. Ya Allah, andai daku terlena dengan godaan dunia ini sedarkanlah daku dengan secepatnya agar tiada azab yang kau timpakan kepadaku kelak. Ku pohon agar diriku sentiasa hidup dalam rahmatmu dan redhamu ya Allah. Hingga akhirnya tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah S.W.T.,

0 comments: