Friday, January 14, 2011

bicara akan datang...^_^

lama dah cari penulisan ni kat laptop...bru jumpa semalam..
hihihi....sesuai untuk yang telah ada pasangan hidup....salam santai...

ADA APA DENGAN CINTA?


Perasaan cinta, kasih dan sayang ada dalam hati setiap
orang, tetapi cara mempamerkan cinta tidak sama antara
seorang dengan seorang yang lain.Dan berbeza juga antara
satubangsa dengan satu bangsa yang lain. Namun
sesuatu yang pasti-perasaan cinta dan sayang
selalunya terpamer melalui sikap dan kata-kata.

Sebuah syair arab
mengungkapkan," Tanda-tanda cinta tidak dapat
disembunyikan olehseseorang laksana pembawa kasturi
tidak dapat menyembunyikankeharumannya" Rasa sayang
seorang suami terhadap isteri akan terpamer pada sikap
dan kata-kata yang natural bersahaja.Begitu juga sebaliknya.

Inibermakna, pasangan suami isteri tidak perlu berlakon di
depan ramai untuk memperlihatkan perasaan saling menyayangi.
Mereka tidak perlu berjalan berpimpin tangan, berpelukan, atau
berkucupan di khalayak ramai untuk memberitahu orang bahawa
mereka adalah pasangan bahagia dan saling mencintai.
Cara itu bukan sahaja tidak sesuai dengan akhlak Islam,
malah menyalahi etika budaya timur.

Biarpun begitu, perasaan cinta suami isteri perlu
disuburkan. Demikianjuga perasaan sayang ibu bapa dan
anak-anak. Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya

“Sesiapa yang tidak menyayangi tidak akan disayangi"

Perasaan sayang letaknya di hati, tetapi ia boleh
disuburkan melalui tindakan zahir dan kata-kata.
Senyuman mesra isteri menyambut kepulangan
suami sudah cukupmengambarkan perasaan cinta dan
sayang yang tidak berbelah bahagi.Jika dijadikan amalan
harian,nescaya cinta akan subur seperti tanaman
yang disiram baja secara berterusan mengikut aturan.

Kucupan suami pada dahi isteri yang mengiringinya
ke pintu sebelum sisuami melangkah keluar ke tempat
kerja sudah memadai untuk mencerminkanrasa hormat dan
cinta yang bersemi dihati. Dan rasa hormat dan
cinta itu akan subur sekiranya dibajai selalu.

Ini bukti bahawa cinta itu terlalu seni. Tidak ada
perlakuan dankata-kata yang tepat untuk mengungkapkan
seluruh perasaan cinta seseorangterhadap orang yang
dicintainya.Lain orang lain caraungkapan dan
luahan rasa cintanya.

Walaupun ungkapan " Aku mencintaimu" ( I LOVE YOU )
selaludiungkapkan oleh pasangan kekasih atau suami
isteri di layar perak namun dalam realiti kehidupan,
pelbagai bentuk sikap dan ungkapan lain digunakan
untuk membawa maksud yang sama. Perhatikan
ungkapan-ungkapanini sekadar contoh:-

" Cantik Mas tengok abang pakai baju ni"

" Abang memang minat laksa, tapi kalau Ayu yang masak,
lagilah abang berseleramakan"

" Nah, abang bawa buah tangan ni untuk Mira

dan anak-anak"

" Hati-hati memandu ya, bang...."


Demikian antara ungkapan-ungkapan indirect yang mencerminkan
rasa kasih dan sayang antara suami isteri. Namun begitu,
jika mengungkapkan rasa cintasecara langsung dan
terus terang sudah menjadi budaya atau kemestian bagi
sesuatu bangsa, maka tidak salah ungkapan
"Aku mencintaimu:" menjadi basahan
bibir suami isteri. Dari mata turun ke hati.
Ini merupakanungkapan yang mengambarkan peranan
mata untuk jalinan cinta.

Justeru, jangan harapkan cinta akan subur jika
pasangan suami isteri selalu mengelak untuk
bertentang mata bila berbicara. Antara bukti cinta
ialah adanya ingatan pada orang yang dicinta. Dan tanda
seseorang itu ingat akan sesuatu atau seseorang
lain ialah dia selalu menyebut-nyebutnya.

2 comments:

Iman said...

win...great p0st...mau c0py paste blh...?hehe...

Erwin Arif said...

boleh...ambil je...