lama dah cari penulisan ni kat laptop...bru jumpa semalam..
hihihi....sesuai untuk yang telah ada pasangan hidup....salam santai...
ADA APA DENGAN CINTA?
Perasaan cinta, kasih dan sayang ada dalam hati setiap orang, tetapi cara mempamerkan cinta tidak sama antara seorang dengan seorang yang lain.Dan berbeza juga antara satubangsa dengan satu bangsa yang lain. Namun sesuatu yang pasti-perasaan cinta dan sayang selalunya terpamer melalui sikap dan kata-kata.Sebuah syair arabmengungkapkan," Tanda-tanda cinta tidak dapat disembunyikan olehseseorang laksana pembawa kasturi tidak dapat menyembunyikankeharumannya" Rasa sayang seorang suami terhadap isteri akan terpamer pada sikap dan kata-kata yang natural bersahaja.Begitu juga sebaliknya.
Inibermakna, pasangan suami isteri tidak perlu berlakon di depan ramai untuk memperlihatkan perasaan saling menyayangi. Mereka tidak perlu berjalan berpimpin tangan, berpelukan, atauberkucupan di khalayak ramai untuk memberitahu orang bahawamereka adalah pasangan bahagia dan saling mencintai. Cara itu bukan sahaja tidak sesuai dengan akhlak Islam,malah menyalahi etika budaya timur.
Biarpun begitu, perasaan cinta suami isteri perlu disuburkan. Demikianjuga perasaan sayang ibu bapa dan anak-anak. Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya“Sesiapa yang tidak menyayangi tidak akan disayangi"
Perasaan sayang letaknya di hati, tetapi ia boleh disuburkan melalui tindakan zahir dan kata-kata. Senyuman mesra isteri menyambut kepulangan suami sudah cukupmengambarkan perasaan cinta dan sayang yang tidak berbelah bahagi.Jika dijadikan amalan harian,nescaya cinta akan subur seperti tanaman yang disiram baja secara berterusan mengikut aturan.
Kucupan suami pada dahi isteri yang mengiringinya ke pintu sebelum sisuami melangkah keluar ke tempat kerja sudah memadai untuk mencerminkanrasa hormat dan cinta yang bersemi dihati. Dan rasa hormat dan cinta itu akan subur sekiranya dibajai selalu.
Ini bukti bahawa cinta itu terlalu seni. Tidak ada perlakuan dankata-kata yang tepat untuk mengungkapkan seluruh perasaan cinta seseorangterhadap orang yang dicintainya.Lain orang lain caraungkapan dan luahan rasa cintanya.
Walaupun ungkapan " Aku mencintaimu" ( I LOVE YOU ) selaludiungkapkan oleh pasangan kekasih atau suami isteri di layar perak namun dalam realiti kehidupan,pelbagai bentuk sikap dan ungkapan lain digunakan untuk membawa maksud yang sama. Perhatikan ungkapan-ungkapanini sekadar contoh:-
" Cantik Mas tengok abang pakai baju ni"
" Abang memang minat laksa, tapi kalau Ayu yang masak, lagilah abang berseleramakan" " Nah, abang bawa buah tangan ni untuk Mira dan anak-anak"
" Hati-hati memandu ya, bang...."
Demikian antara ungkapan-ungkapan indirect yang mencerminkan rasa kasih dan sayang antara suami isteri. Namun begitu, jika mengungkapkan rasa cintasecara langsung dan terus terang sudah menjadi budaya atau kemestian bagi sesuatu bangsa, maka tidak salah ungkapan "Aku mencintaimu:" menjadi basahanbibir suami isteri. Dari mata turun ke hati. Ini merupakanungkapan yang mengambarkan peranan mata untuk jalinan cinta.
Justeru, jangan harapkan cinta akan subur jika pasangan suami isteri selalu mengelak untuk bertentang mata bila berbicara. Antara bukti cinta ialah adanya ingatan pada orang yang dicinta. Dan tandaseseorang itu ingat akan sesuatu atau seseorang lain ialah dia selalu menyebut-nyebutnya.
2 comments:
win...great p0st...mau c0py paste blh...?hehe...
boleh...ambil je...
Post a Comment