DIDIK HIBUR
Pengenalan.
Didik hibur
adalah pendekatan pengajaran dan
pembelajaran yang menyeronokkan murid-murid.
Walaupun murid seronok tetapi objektif pengajaran dan pembelajaran masih dapat
dicapai seperti yang ditetapkan. Oleh itu, guru perlu merancang pengajaran dan
pembelajaran agar isi kandungan mata pelajaran dapat disampaikan dengan
berkesan.
Latar Belakang Didik Hibur
Cadangan pelaksanaan
penyerapan pendekatan didik
hibur dalam pengajaran
bermula apabila keputusan kabinet pada 8 Julai
2009 yang memutuskan bahawa PPSMI dimansuhkan dengan mata pelajaran Sains dan Matematik akan
kembali diajar dalam Bahasa Malaysia
di sekolah kebangsaan,
manakala bahasa ibunda
di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil menjelang tahun 2012.
Kerajaan
berhasrat memperkenalkan pendekatan didik hibur di sekolah rendah untuk merealisasikan hasrat
transformasi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Adalah
diharapkan pendekatan didik hibur dalam bilik darjah akan menjadikan proses
pengajaran dan pembelajaran lebih interaktif serta berpusatkan murid.
Justeru pengajaran guru akan lebih mudah dihayati dan
difahami oleh murid.
Definisi
Didik
Hibur bemaksud mendidik sambil menghibur. Kamus Dewan (2000) mentakrifkan didik
sebagai pelihara, jaga dengan hati-hati dan ajar, manakala hibur bermaksud
menyenangkan atau menggirangkan hati.
Rumusannya
didik hibur merupakan satu pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang
bersifat santai dan berhibur seperti permainan, nyanyian, bercerita, lakonan dan puisi secara sistematik dan terancang.
Ciri-Ciri Didik Hibur
Antara
ciri-ciri didik hibur dalam pengajaran adalah seperti berikut:
(i)
Sesi
pembelajaran yang menyeronokkan kerana terkandung unsur kelakar, kecindan, ada
unsur estetik, permainan muzik, lakonan dan sebagainya.
(ii)
Mengurangkan
tahap kebimbangan dan ketakutan murid kepada guru. Seperti yang dijelaskan
sebelum ini didik hibur berkonsepkan santai dan berhibur.
(iii)
murid-murid
sentiasa berada dalam keadaan pembelajaran yang positif, gembira dan
tertunggu-tunggu untuk melalui sesi pembelajaran pada hari berikutnya.
(iv)
Sesi
pembelajaran yang penuh dengan pelbagai aktiviti yang menarik dan pelbagai. Menerusi aktiviti nyanyian dan
lakonan umpamanya, murid-murid boleh main peranan dengan menyertai aktiviti
tersebut sambil berhibur. Yang penting, arahan guru perlu jelas dan ringkas di
samping penggunaan ICT dan BBM untuk menarik penglibatan murid
terhadap pengajaran dan pembelajaran.
(v)
Objektif
aktiviti cenderung kepada pelbagai cara
penyelesaian masalah dan kepelbagaian cara persembahan yang tiada unsur kalah
atau menang, tiada ganjaran atau dendaan serta latihan dan
penggunaannya menjurus kepada aktiviti p&p.
(vi)
Salah
atau tidak bukan matlamat aktiviti didik hibur, tetapi yang penting berjaya melibatkan
seramai mungkin murid dan aktivitinya bersahaja dan santai.
(vii)
Aktiviti
yang dipilih lebih menjurus kepada aktiviti berkumpulan atau berpasangan supaya
wujud semangat kerja berpasukan, kerjasama dan toleransi.
(viii)
Murid
bebas bersuara, mengeluarkan pendapat dan idea secara logik dalam keadaan terkawal
untuk memberikan satu persembahan yang menarik.
(ix)
Murid
bebas untuk bergerak, berlakon, menyanyi dan sebagainya dalam keadaan terkawal.
(x)
Aktiviti
didik hibur banyak menggunakan komunikasi melalui bahasa tubuh.
Faktor Yang Mempengaruhi Pelaksanaan Didik Hibur.
Guru:
Kejayaan sesuatu sesi pengajaran dan
pembelajaran itu adalah terletak kepada kebijaksanaan guru sebagai pengurus dan
perancang pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Sebagai
guru, beberapa perkara berikut perlu dipatuhi, iaitu:
( i ) Perwatakan
guru yang menarik, kecindan, tidak menakut atau menggerunkan murid
( ii ) Bahasa
yang digunakan sesuai dengan tahap murid.
(iii) Guru tidak
menjatuhkan air muka atau memalukan murid di khalayak.
(iv) Guru seorang
pengurus atau penganjur aktiviti yang baik.
(v) Sepatutnya
guru boleh melakonkan pelbagai watak dalam pelbagai aktiviti.
(vi) Guru boleh membuat pelbagai suara.
(vii)
Boleh memberi arahan dengan tepat dan menarik.
(viii)Seorang
yang prihatin dan peka serta tajam daya pemerhatian.
(ix)Guru berkebolehan menukar atau melakukan penyesuaian
mendadak
(x)Guru atau fasilitator seorang yang
fleksibel
Aktiviti
Kejayaan
didik hibur secara kerkesan bergantung kepada aktiviti yang dirancang. Walau bagaimanapun
terdapat beberapa ciri yang perlu diambil kira oleh guru semasa merancang aktiviti
didik hibur dalam bilik darjah, iaitu:
Aktiviti perlu disesuaikan dengan tahap murid yang
hendak diajar.
( ii )Jalankan aktiviti yang murid-murid sedia
ketahui berdasarkan silang budaya yang sama.
( iii )Penyerapan didik hibur memerlukan tempoh
pelaksanaan dan peruntukan masa
pembelajaran
yang sesuai atau waktu yang fleksibel.
( iv )Aktiviti didik hibur boleh dilaksana, dijalan
dan diselesaikan bersama murid-murid
tanpa
ada banyak masalah atau halangan.
( v )Aktiviti yang dipilih tidak menjurus ke arah
permusuhan atau konflik antara murid.
( vi )Sediakan peraturan yang jelas, senang, mudah
difahami atau diikuti oleh murid.
(
vii ) Aktiviti didik hibur yang
dirancang juga perlu memberikan kepuasan kepada mereka
yang menyertainya, serta boleh disertai seramai mungkin murid.
Penutup
Pada dasarnya
amalan penyerapan didik
hibur bukanlah perkara
yang baru dalam
siri
pendidikan negara. Untuk tujuan penegasan istilah didik hibur digunakan secara jelas sebagai
komitmen yang bersungguh-sungguh kerajaan untuk mengaplikasikan pendekatan ini yang
diadaptasikan menerusi pendekatan ‘Fun Learning’ yang digunakan secara meluas dalam
pengajaran dan pembelajaran
pendidikan negara. Untuk tujuan penegasan istilah didik hibur digunakan secara jelas sebagai
komitmen yang bersungguh-sungguh kerajaan untuk mengaplikasikan pendekatan ini yang
diadaptasikan menerusi pendekatan ‘Fun Learning’ yang digunakan secara meluas dalam
pengajaran dan pembelajaran
BAHAGIAN II- KEMAHIRAN MENAAKUL
Pengenalan
Pemahaman dan
penguasaan kemahiran kritis, kemahiran kreatif dan strategi berfikir akan
menjadi lebih mudah sekirannya seseorang individu berkebolehan membuat
penaakulan secara induktif dan deduktif. Melalui penaakulan secara induktif
seseorang boleh membuat satu kesimpulan atau pengitlakan, manakala penaakulan
secara deduktif seseorang boleh membuat pertimbangan dari satu situasi umum ke
beberapa contoh atau situasi yang spesifik. Kemahiran menaakul ini bertindak
sebagai pelincir semasa menggunakan kemahiran kritis, kreatif dan startegi
berfikir.
Definisi Membuat Penaakulan
Kemahiran membuat
pertimbangan secara logic, rasional, adil dan saksama.
Kemahiran digunakan
untuk Meningkatkan keberkesanan:
(i)
Membuat interpretasi,
analisis, sintesis, penilaian, pengitlakan dan kesimpulan.
(ii)
Membuat keputusan dan
menyelesaikan masalah.
Penaakulan Induktif
Langkah Penggunaan:
(i)
Teliti beberapa contoh
atau situasi yang spesifik
(ii)
Perhatikan cirri yang
sepunya
(iii)
Buat satu kesimpulan
atau pengitlakan
Penaakulan secara Deduktif
Langkah Penggunaan:
(i)
Teliti situasi umum
(ii)
Daripada situasi umum
dapatkan contoh atau situasi yang spesifik
0 comments:
Post a Comment