Saturday, October 16, 2010

DUNIA IBARAT PADANG PERMAINAN




Dunia diibarat padang permainan yang dipenuhi dengan pelbagai keseronokan
 dan kegembiraan . Firman Allah SWT, “Sebenarnya , kehidupan dunia itu adalah
 permainan , kegembiraan , senda gurau , perhiasan , bermegah-megahan di antara
 kamu dan berbanyak-banyak dalam harta kekayaan dan anak-pinak.”

( Surah al-Hadid : 20 )

Bagaimanapun , Allah SWT menegaskan bahawa kegembiraan tersebut adalah
 ujian untuk menduga kekuatan dan keimanan manusia . Oleh itu , bersederhanalah
 dalam tindakan dan amalan .

Hal ini diperingatkan melalui firman-Nya :
“Sesungguhnya Kami telah menjadikan apa-apa yang ada di atas muka
 bumi sebagai perhiasan , untuk Kami menguji mereka , siapakah di antara
 mereka itu yang baik amalannya .”

( Surah al-Kahfi :7 )

Thursday, October 14, 2010

ZIARAH BABY PN. UMMUL

hari:jumaat
tarikh:15 oktober 2010
kami pelajar pelajar DDW/3 dan DDG/5 dibawah kendalian pn.ummul
dalam subjek undang2 perniagaan telah berkunjung kerumah keluarga pn.
sempena majlis yang diadakan oleh keluarga  untuk baby pn ummul.....










Wednesday, October 13, 2010

HALAQAH.....

Halaqah bersama pakcik Roshdi
Ketua pegawai Hal Ehwal Pelajar KTD

Assalamualaikum w.t.w
kemarin, PERKEMASS telah mengadakan halaqah bersama
 pakcik Roshdi dan ianya akan berlangsung setiap minggu pada hari 
selasa petang....
Halaqah dimulakan dengan sesi takruf antara kami dan parjalanan 
hidup pakcik Roshdi dan perjalanan dakwah beliau.....
Seseorang datang ke dunia dakwah atas pilihan ALLAH swt...
begitulah juga kedatangan pelajar-pelajar ke KTD adalah pilihan 
ALLAH swt tetapi dengan perantaraan mengisi borong dan sebagainya....
Halaqah pada kali ini, pakcik Roshdi memberikan atau menghuraikan 
mengenai ciri-ciri mukmin.


Ciri-ciri mukmin yang pertama ialah akidah yang sejahtera..
Rasulullah s.a.w menjelaskan bahawa mentauhidkan ALLAH swt 
ialah tidak mensyirikkan ALLAH swt....yang mana dengan tauhidlah 
kita akan masuk syurga ALLAH swt.tetapi sebaliknya bagi orang 
yang syirik kepada ALLAH swt. Akan ditempatkan di neraka
 jahannam buat selama-lamanya...(tanpa akhir=infinity)


Kenapa hari ini tiada orang yang tumbang mendengarkannya??
Ini kerana hati yang keras......


Halaqah menyeru agar hidupkan semula hati2 ini kerana hati ini
 yang akan dibawa balik menghadap ALLAH swt...
hati yang sejahtera tidak akan syirik kepada ALLAH swt...
sekaligus merialisasikan tauhid dalam kehidupan kita.......
Nak meletakkan iman dalam hati perlu mujahadah...ALLAH swt
 akan beli iman dalam kelangan orang beriman....

*      JUAL DIRI KEPADA ALLAH SWT

                                I.            Duduk dalam tarbiyah walaupun jemu
Tarbiah merupakan pintu untuk menjadi seorang mu’min....
bina dan tanam tauhid supaya tidak mudah tanggal....

Pakcik Roshdi berkata,”RAIHLAH SEBANYAK-BANYAKNYA KEBAIKAN”
Kisah..:ada seorang ni Nampak macam ahli syurga tetapi di penghujung 
hidupnya...
                Hati orang macam ni di sudut hatinya ada yang tidak di proses 
untuk di tarbiah....dan inilah antara orang-orang yang rugi dalam hidupnya....
susut yang kecil itu apabila diuji sedikit demi sedikit ia akan retak akhirnya 
terbelah dan hilanglah iman....terutama sekali hati itu ada kekufuran....

begitulah juga sebaliknya,.ada seorang ni Nampak semacam ahli neraka
 tetapi di penghujung hidupnya mendapat syurga ALLAH swt...jangan kita jadi 
pentakdir seseorang itu...walaupun dia Nampak tidak ada tarbiah,orang
 kafir tetapi hidayah terletak di tangan ALLAH swt.....kita sesama islam 
adalah saudara dan menghormati orang bukan seagama dengan 
kita dan sentiasa mendoakannya,.....









dalam tarbiyah(hati)



Proses mengosongkan                                                                             
Ø  keluarkan yg mencemar iman                                               
Ø  keluarkan rawasit-rawasit jahiliah


   proses mengisi

  •       isi dengan tarbiyah,iman

TARBIAH MENEROPONG KEDALAM HATI.......
Bersambung.........

                                                                                     

Tuesday, October 12, 2010

Antara Bidadari dan Penghuni Syurga

renungilah....
hayatilah.....
moga dapat menyentuh hati-hati kita....
menjadikan ia sebagai makanan rohani kita.....

Monday, October 11, 2010

DUA LELAKI MENCARI SYURGA



KISAH PERTAMA

 Kehangatan cahaya matahari pijar membakar kulit.Nabi Musa duduk di bawah sebatang pokok dan meneguk air buat penghilang dahaga.Kakinya terasa lenguh selepas menempuh satu perjalanan yang amat jauh.
Sambil mengelap titis-titis peluh yang bermanik di dahi,Nabi Musa memandang warga kampung yang lalu-lalang di hadapannya.Seketika kemudian dia bangun menghampiri seorang tua.
“Saudara,”Nabi Musa menyapa,”Betulkah ada seorang lelaki meninggal dunia di sini dalam sehari dua ini?”
“Betul…adakah dia ahli keluarga kamu?”tanya lelaki tua itu.
“Oh…tidak,tidak.Tapi betulkah mayat itu tak disempurnakan,tapi dicampakkan ke dalam sampah dan kotoran?”
“Betul,”jawab penduduk kampung itu.”Itulah tempat yang paling layak untuknya.”
Nabi Musa terperanjat mendengar kata-kata lelaki tersebut.”Tapi kenapa?”
“Sebab hidupnya keji,”balas lelaki tua dengan mencebikkan muka.
Tambah lelaki tua itu,si mati semasa hidupnya tidak lekang daripada maksiat.Arak,judi dan merompak sudah menjadi darah dagingnya.Kalau nampak wanita,dia akan mencari jalan untuk merosakkannya hingga berjaya.
Akibat sifat kejinya itu,lelaki tersebut dibenci oleh seluruh penduduk kampung.Maka apabila dia meninggal dunia,penduduk kampung tidak mahu menguruskan mayatnya.Malah mereka mengheret,kemudian menghumbannya ke dalam longgokan sampah dan kotoran.
Atas permintaan Nabi Musa,beliau dibawa ke kawasan timbunan sampah dan kotoran,tempat mayat lelaki berkenaan terbongkang seperti bangkai.Sebaik melihat keadaan mayat yang telah kejang,busuk dan bersempudal kotoran jijik,Nabi Musa termenung.
Nabi Musa bermunajat kepada Allah dan bertanya,mengapa beliau diperintahkan supaya menyembahyang dan mengebumikan mayat lelaki itu
sedangkan kawan dan jiran-jiran semuanya mengatakan dia adalah sejahat-jahat manusia.Mengapakah Allah memandang lelaki itu begitu istimewa?
Tatkala itu turunlah wahyu daripada Allah bagi menjawab pertanyaan Nabi Musa;”Wahai Musa,memang benar apa yang dikatakan oleh orang itu.Tetapi sewaktu hampir saat kematian lelaki ini,dia meminta syafaat dari-Ku dan tiga perkara lain.Ketahuilah wahai Musa,andai kata semua orang yang berbuat dosa tersebut turut memohon syafaat tiga perkara itu kepada-Ku,Aku pasti akan memenuhinya.Bagaimana Aku tidak simpati sedangkan dia memohon kepada-Ku dengan sepenuh hati.”
“Ya Allah,apakah tiga perkara itu?,”tanya Nabi Musa.
Pertama,kata Allah,dia insaf dan memohon supaya dosanya diampuni.Menurut lelaki itu,walaupun saban hari melakukan kejahatan,namun sebenarnya di dalam hati,dia amat benci kepada maksiat.
Bagaimanapun,dia tidak dapat berhenti daripada melakukan perbuatan keji kerana di dalam dirinya terdapat tiga perkara yang amat dibencinya.Tetapi tiga perkara itulah yang mendorong beliau terus melakukan maksiat.Tiga perkara itu adalah nafsu,kawan-kawan yang jahat serta iblis.
Tambah lelaki tersebut,biarpun melakukan perbuatan mungkar,dia sebetulnya lebih sayangkan para solihin.Malah dia lebih suka menerima kunjungan para solihin dan menjadikan kediamannya sebagai tempat berkumpul alim ulama hinggakan jika ada orang-orang soleh memerlukan bantuannya,lelaki itu mendahulukan mereka berbanding kawan-kawannya yang berperangai keji.
Seterusnya lelaki itu merayu di hujung hayatnya,”Ya Allah,andai kata Engkau mengampuni segala dosaku,maka akan bergembiralah para kekasih dan nabi-nabi-Mu,dan susah hatilah syaitan yang menjadi musuh-Mu.Jika Engkau menyeksa aku kerana banyaknya dosa,maka syaitan dan iblis bergembira sedangkan para nabi dan wali-Mu berasa sedih dan kecewa.
“Sesungguhnya aku tahu bahawa gembiranya para wali lebih Engkau senangi daripada gembiranya syaitan dan sahabatnya.Aku berharap semoga Engkau mengampuniku.Berilah kasih sayang-Mu kepadaku.”
Justeru kerana keikhlasan lelaki itu mengakui segala kesilapannya,Allah mengampunkan dosa-dosanya.Lantas Allah memerintahkan Nabi Musa supaya melakukan apa yang telah diperintahkan kepadanya.Malah atas kemuliaan lelaki tersebut,Allah mengampunkan dosa orang-orang yang menyembahyang dan mengebumikan jenazahnya.
“Sesungguhnya lelaki itu adalah wali dan kekasih-Ku,”kata Allah.


KISAH KEDUA

Raja Rom merenung wajah Syeikh Ibnu Saqa’ yang duduk di hadapan baginda.Dalam hatinya berkata,wajarlah lelaki itu diutuskan oleh khalifah kerajaan Islam untuk menemuinya bagi merapatkan hubungan antara kedua-dua kerajaan.

“Ilmunya tinggi,kefasihan dalam hukum-hakam dan kearifannya dengan isi al-Quran tak berupaya dicabar,”kata Raja Rom sendirian.
Baginda kagum kerana walaupun disoal bertalu-talu dengan pelbagai muslihat oleh pegawai istana dan pendeta Nasrani,Ibnu Saqa’ menjawabnya dengan mudah.Malah jawapannya bersandarkan hadis dan firman itu tidak mampu dipatahkan semula.
“Imannya bagaikan tembok besi,”Raja Rom berkata-kata di dalam hati.Dalam diam,baginda memikirkan sesuatu.
Ibnu Saqa’ kemudiannya diberikan tempat tinggal yang mewah dan Raja Rom menugaskan puterinya menggoda Ibnu Saqa’.Katanya,iman Ibnu Saqa’ mesti dirobohkan.
Dengan kecantikan paras rupanya,mudah sahaja puteri tersebut mencairkan jiwa Ibnu Saqa’.Digodanya lelaki tersebut habis-habisan hingga imannya mencair selapis demi selapis.
Kian hari,gelora hati Ibnu Saqa’ tambah menggegar.Tubuh puteri yang menggiurkan,senyuman manis,mata galak serta kulitnya yang putih bersih membuatkan Ibnu Saqa’  tidak tentu arah.
Rindu dendamnya terhadap sang puteri akhirnya tidak terbendung lagi.Lantas beliau menemui Raja Rom dan menyampaikan hasrat untuk memperisterikan puteri baginda.
“Boleh,tapi dengan satu syarat,”kata Raja Rom.
“Katakanlah,saya sedia menunaikannya.”Ibnu Saqa’ pantas membalas.
“Tinggalkanlah agamamu dan masuklah Nasrani.”
Di kala itu Ibnu Saqa’ terdiam.Seluruh tubuhnya menggeletar,jantungnya bagai direntap.Akal fikiran Ibnu Saqa’terasa melayang dan pandangannya gelap seketika.
Dalam keadaan serba salah,Ibnu Saqa’ terkenangkan segala ilmu yang dipelajarinya bersama ulama-ulama terbilang.Begitu juga dengan sahabat karibnya,Syeikh Abdul Qadir Jailani dan Syeikh Abu Sa’id Abdullah Abi Asrun.Malah masih terasa kemanisan ketika mereka bertiga bermusafir ke segenap rantau untuk belajar dengan alim ulama.
Ibnu Saqa’ menghela nafas.Setiap ayat suci al-Quran,yang semua dihafalinya,berlegar di fikiran.Amal ibadah yang tekun ditunaikannya siang dan malam bagai mengikat mindanya supaya mengatakan ‘tidak’.Kalau dituruti kehendak Raja Rom itu bermakna sia-sialah ilmu yang dipelajarinya selama ini.
“Macam mana Ibnu Saqa’?”soal Raja Rom mengejutkan lamunan Ibnu Saqa’.
“Baiklah tuanku,”jawab Ibnu Saqa’.”Saya akan tinggalkan Islam dan memeluk Nasrani.”
Raja Rom tersenyum lebar.Rancangannya sudah berjaya.Ibnu Saqa’ kemudiannya dikahwinkan dengan puteri Raja Rom.Tertunailah impian Syeikh Ibnu Saqa’ untuk beristerikan puteri Raja Rom.
Beberapa tahun kemudian,beberapa orang rakan Ibnu Saqa’ pergi ke pasar kota Rom.Kalau dulu mereka terkejut dengan berita lelaki itu keluar dari Islam,kali ini mereka terkejut pula kerana terserempak dengan Ibnu Saqa’ dalam keadaan daif di tengah pasar.Bajunya compang-camping,hapak dan koyak rabak.badannya hamis dan kurus kering.
Apabila ditanya,Syeikh Ibnu Saqa’ memberitahu,Raja Rom membuangnya ke situ sebaik sahaja beliau sakit dan tidak berdaya.
“Saya terpaksa cari rezeki,makan dan minum sendiri,”kata Ibnu Saqa’ dengan lemah.
“Adakah awak masih hafal al-Quran?”seorang kenalannya bertanya.
“Tidak…”jawab Ibnu Saqa’.
“Tidak??!!”soal kenalan itu seolah-olah tidak percaya.
Kian hari keadaan Ibnu Saqa’ tambah tenat dan ketika hayatnya semakin sampai ke penghujung,rakan-rakan memalingkan muka Ibnu Saqa’ ke arah kiblat.Namun lelaki itu pantas mengalih mukanya ke arah lain.Sampailah Izrail dating mencabut nyawanya,Ibnu Saqa’ tetap tidak mahu memandang ke arah kiblat.
Akhirnya,kembalilah seorang ilmuan Islam yang dulunya hafiz al-Quran dan dihormati alim ulama,sebagai seorang kufur.Dia ditewaskan oleh seorang wanita..

KESIMPULANNYA

Mati itu benar,syurga dan neraka itu juga benar.Di mana seseorang itu akan ditempatkan kelak,ia adalah urusan Allah.Biarpun demikian,orang yang hidupnya gemar melakukan perbuatan keji dan maksiat tidak boleh sama sekali dikatakan bakal menghuni neraka.Samalah keadaannya,orang yang tidak lekang daripada melakukan amal makruf belum tentu akan ditempatkan di syurga.Amalan semasa hayat bukan jaminannya…..


SUMBER:- 1)Kisah-Kisah Teladan

                     2)Majalah Mastika (Mac 2002) 

Sunday, October 10, 2010

FITRAH MENJADI FITNAH




Hati remaja selalu berkata, apakah salah kami bercinta?

Rasa cinta memang tidak salah.Ia adalah fitrah semulajadi (instinct) yang
ALLAH swt kurniaan kepada setiap manusia. Ingin bercinta dan
dicintai adalah instinct. Jiwa manusia memerlukan cinta seperti 
jasad perlukan makanan. Oleh kerana cinta adalah fitrah, maka 
tentulah tidak salah merasainya. Namun ALLAH tidak kurniakan cinta 
secara polos begitu saja. Dia juga pencipta peraturan cinta demi 
menjaga kemurniaannya. Peraturan inilah yang kerap dilanggar. Rasa 
cinta tidak salah tetapi kesalahan selalu berlaku sewaktu menjalin 
hubungan cinta. Di sinilah selalunya remaja terjebak. Cinta 
terlarang adalah cinta yang menafikan peraturan yang telah 
ditetapkan oleh ALLAH swt. Ketika itulah FITRAH telah menjadi 
FITNAH. Bila kehendak semulajadi tidak disalurkan atau diisi 
mengikut peraturan maka akan berlakulah kekalutan dan kemusnahan. 
 
Mengapakah perlu ada peraturan cinta? 
 
Jawabnya kerana ALLAH swt mencintai manusia hambaNYA. Allah 
inginkan keselamatan dan kesejahteraan buat manusia 
melaksanakan keinginan fitrah semulajadinya. Keinginan tanpa 
peraturan akan menyebabkan banyak kemusnahan. Begitulah hubungan 
cinta yang terlarang akan membawa banyak implikasi negatif dalam 
kehidupan. Pengalaman sudah pun mengajar kita bahawa jangan 
sesekali bermain cinta, nanti terbakar diri. 
Sudah banyak tragedi yang berlaku akibat hubungan cinta yg 
membelakangkan Tuhan! Hubungan cinta jangan dicemari oleh sebarang tindakan 
menyalahi syariat. Lebih banyak perlanggaran hukum berlaku, lebih tinggilah risiko
 kemusnahan yang akan berlaku. Jangan kuat tertipu dengan pesona cinta yang
 dihiasi dengan pelbagai janji dan sumpah setia. Jangan kita mabuk dengan rindu 
dan asyik yang membuai dan melenakan. Seteguk kita minum dari kendi cinta
 terlarang, racunnya akan 
meresap membunuh akal, jiwa dan perasaan. Pada ketika itulah cinta 
dikatakan buta. Maka butalah mata hati dan mata kepala 
sehingga seseorang akan menjadi hamba kepada sesiapa yang 
dicintainya. Ketika itu hati tidak nampak yang lain kecuali apa yang 
dicintainya. Lupalah diri pada pencipta cinta kerana terlalu asyik 
dengan cinta yang dikurniakaNya. Bagaimanakah pula perasaan kita 
agaknya jika seseorang itu begitu leka dengan hadiah yang 
diberikan hingga terlupa bersalaman dan berterima kasih dengan 
pemberinya? 
 
Allah swt kerap dipinggirkan dalam hubungan cinta terlarang. 
Seolah-olah cinta dan pencipta cinta itu sudah tidak ada kaitan 
antaranya. Hukum ALLAH dilanggar bukan dengan rasa bersalah tetapi 
dengan rasa manis dan megah. 
 
Tangan kekasih dipegang walaupun jelas ALLAH mengharamkan sentuhan 
antara lelaki dan perempauan yang bukan muhrim. 
 
Tergamak berdua-duaan di tempat sunyi walaupun sudah diperingatkan 
Nabi bahawa dalam keadaan itu syaitan adalah pihak ketiga. Lebih dari itu pun 
banyak berlaku. 
 
Semuanyanya seolah-olah halal kerana cinta. Racun-racun berbisa yang
 memusnahkan cinta telah dianggap sebagai baja. Akhirnya pohon 
cinta terlarang pun berbuah. Buah yang pahit, masam dan memabukkan.
 Buah yang muncul dengan pelbagai jenama yang aneh dan menjijikkan - zina,
 sumbang mahram, bohsia, bohjan, buang bayi dll lagi. 
 
Ketika itu indahkah cinta? 
 
Peraturan cinta bagai tanda-tanda dan lampu isyarat di atas jalan 
raya. Kereta diciptakan dengan kuasa untuk bergerak tetapi 
pergerakkannya perlu diatur dan dikawal. Jika tidak, dengan kuasa 
itu akan berlakulah perlanggaran dan pertembungan. Begitulah 
cinta, ia adalah kuasa tetapi kuasa itu perlukan peraturan dan 
kawalan. 
 
Apakah peraturan-peraturan dalam hubungan cinta? 
 
Hendaklah cinta kita itu didasarkan kepada cinta ALLAH. 
Ertinya cinta yang kita berikan kepadanya semata-mata kerana 
mengharapkan keredhaan ALLAH. 
ALLAH memberikan kita fitrah itu lalu niatkan dengan fitrah itu 
boleh menghampirkan diri kita kepada ALLAH swt. 
Cintailah sesiapa pun, tetapi pastikan cinta itu dapat 
memudahkan kita mencintai ALLAH. 
Sehubungan dengan itu, cinta antara lelaki dan perempuan mestilah 
diniatkan untuk ALLAH!. 
 
Soalnya bagaimana? 
 
Iringilah dengan niat untuk berkahwin kerana berkahwin itu lebih 
memudahkan seorang lelaki atau seorang perempuan menyempurnakan 
agamanya. 
 
Sabda Rasulullah saw, 
"Apabila seseorang itu berkahwin, sempurnalah separuh agamanya, 
tinggal lagi separuh untuk disempurnakannya" . 
 
 
Semoga perkahwinan yang dibina adalah semata-mata kerana ALLAH, 
dgn tujuan untuk membina rumahtangga muslim, melahirkan keturunan 
soleh dan solehah, keluarga yang sanggup memikul amanah & dapat 
melaksanakan segala hukum dan perintah ALLAH swt. Semoga dengan 
perkahwinan itu juga akan dapat menjaga pandangannya, kehormatan 
dirinya serta hati dan juga perasaannya supaya sentiasa tunduk dan takut 
pada ALLAH swt, di samping dapat beribadat dan bertaqwa kepada ALLAH SWT. 
Oleh itu, usahlah bercinta sekadar untuk bersuka-suka. Lebih buruk 
lagi janganlah ada niat-niat yang jahat dalam bercinta sekadar 
untuk bersuka-suka. Lebih buruk lagi janganlah ada niat-niat yang jahat 
dalam bercinta sama ada didorong oleh hasutan nafsu atau bujukan 
syaitan. Jika tidak ada niat untuk berkahwin, cinta sudah pasti 
bukan kerana ALLAH. Hakikatnya cinta itu adalah cinta terlarang yang akan 
membawa kemusnahan pada sebelah pihak atau kedua-duanya sekali. 
Cinta jenis ini seburuk namanya - Cinta Monyet! 
 
Hendaklah dipastikan semasa menjalin hubungan cinta tidak ada 
hukum ALLAH yang dilanggar. 
 
Antaranya, tidak ada pergaulan bebas, tidak ada pendedahan aurat, 
tidak ada pengabaian perkara asas seperti meninggalkan sembahyang, 
puasa dan lain-lain. 
 
Hubungan cinta jangan sampai terjerumus dalam perkara yang 
melalaikan dan merugikan. 
 
Maka, remaja tidak seharusnya mengeluh, 
 
" Cinta apa namanya ini jika tiada dating, tiada perbualan telefon 
maraton..atau bahasa remajanya 'bergayut', tiada surat cinta, 
tiada sentuhan tangan, tanpa kerlingan dan senyuman? 
 
Yakinlah, tidak ada keindahan dengan melanggar peraturan Tuhan. 
Putus cinta dan kecewa bercinta yang begitu dominan dalam 
kehidupan remaja adalah disebabkan racun-racun cinta yang disangka 
baja ini. Justeru banyaklah cinta yang gagal disambung di alam perkahwinan dan
 lebih banyak yang putus tanpa sempat menempuh perkahwinan. Allah swt Maha 
Mengetahui dan Maha Menyayangi. Segala peraturanNya buat dengan rasa cinta
 terhadap hambaNYA. 
 
Cinta suci mampu tumbuh tanpa semua itu. Dan cinta itu pasti 
akan membawa ke gerbang perkahwinan untuk bercinta lagi dengan 
seribu keindahannya. Bahkan jika diizinkan oleh takdirNya, cinta 
itu akan terus bersambung ke alam akhirat. Suami yang soleh dan 
isteri yang solehah akan bercinta lagi di syurga tempat pertama 
yang melahirkan cinta! 
 
 
Ketika itulah FITRAH akan menjadi anugerah