Friday, December 7, 2012

KSSR-DIDIK HIBUR

DIDIK HIBUR
Pengenalan.
Didik  hibur  adalah pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan murid-murid. Walaupun murid seronok tetapi objektif pengajaran dan pembelajaran masih dapat dicapai seperti yang ditetapkan. Oleh itu, guru perlu merancang pengajaran dan pembelajaran agar isi kandungan mata pelajaran dapat disampaikan dengan berkesan.
Latar Belakang Didik Hibur

Cadangan  pelaksanaan  penyerapan  pendekatan  didik  hibur  dalam  pengajaran  bermula apabila keputusan kabinet pada 8 Julai 2009 yang memutuskan bahawa PPSMI dimansuhkan dengan mata pelajaran Sains dan Matematik akan kembali diajar dalam Bahasa  Malaysia  di  sekolah  kebangsaan,  manakala  bahasa  ibunda  di  Sekolah  Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil menjelang tahun 2012.
Kerajaan berhasrat memperkenalkan pendekatan didik hibur di sekolah rendah untuk    merealisasikan   hasrat   transformasi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Adalah diharapkan pendekatan didik hibur dalam bilik darjah akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih interaktif serta berpusatkan murid. Justeru pengajaran guru akan lebih mudah dihayati dan difahami oleh murid.
Definisi
Didik Hibur bemaksud mendidik sambil menghibur. Kamus Dewan (2000) mentakrifkan didik sebagai pelihara, jaga dengan hati-hati dan ajar, manakala hibur bermaksud menyenangkan atau menggirangkan hati.
Rumusannya didik hibur merupakan satu pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang bersifat santai dan berhibur seperti permainan, nyanyian, bercerita, lakonan dan puisi secara sistematik dan terancang.

Ciri-Ciri Didik Hibur
Antara ciri-ciri didik hibur dalam pengajaran adalah seperti berikut:

(i)             Sesi pembelajaran yang menyeronokkan kerana terkandung unsur kelakar, kecindan, ada unsur estetik, permainan muzik, lakonan dan sebagainya.

(ii)            Mengurangkan tahap kebimbangan dan ketakutan murid kepada guru. Seperti yang dijelaskan sebelum ini didik hibur berkonsepkan santai dan berhibur.

(iii)           murid-murid sentiasa berada dalam keadaan pembelajaran yang positif, gembira dan tertunggu-tunggu untuk melalui sesi pembelajaran pada hari berikutnya.

(iv)           Sesi pembelajaran yang penuh dengan pelbagai aktiviti yang menarik dan  pelbagai. Menerusi aktiviti nyanyian dan lakonan umpamanya, murid-murid boleh main peranan dengan menyertai aktiviti tersebut sambil berhibur. Yang penting, arahan guru perlu jelas dan ringkas di samping penggunaan ICT dan BBM untuk menarik penglibatan murid terhadap pengajaran dan pembelajaran.

(v)            Objektif aktiviti cenderung kepada  pelbagai cara penyelesaian masalah dan kepelbagaian cara persembahan yang tiada unsur kalah atau menang, tiada ganjaran atau dendaan serta latihan dan penggunaannya menjurus kepada aktiviti p&p.

(vi)           Salah atau tidak bukan matlamat aktiviti didik hibur, tetapi yang penting berjaya melibatkan seramai mungkin murid dan aktivitinya bersahaja dan santai.

(vii)          Aktiviti yang dipilih lebih menjurus kepada aktiviti berkumpulan atau berpasangan supaya wujud semangat kerja berpasukan, kerjasama dan toleransi.

(viii)         Murid bebas bersuara, mengeluarkan pendapat dan idea secara logik  dalam keadaan terkawal untuk memberikan satu persembahan yang menarik.

(ix)           Murid bebas untuk bergerak, berlakon, menyanyi dan sebagainya dalam keadaan terkawal.

(x)            Aktiviti didik hibur banyak menggunakan komunikasi melalui bahasa tubuh.
Faktor Yang Mempengaruhi Pelaksanaan Didik Hibur.

Guru:
Kejayaan sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran itu adalah terletak kepada kebijaksanaan guru sebagai pengurus dan perancang pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Sebagai guru, beberapa perkara berikut perlu dipatuhi, iaitu:

( i )   Perwatakan guru yang menarik, kecindan, tidak menakut atau menggerunkan murid

( ii )  Bahasa yang digunakan sesuai dengan tahap murid.

(iii)   Guru tidak menjatuhkan air muka atau memalukan murid di khalayak.

(iv)  Guru seorang pengurus atau penganjur aktiviti yang baik.

(v)  Sepatutnya guru boleh melakonkan pelbagai watak dalam pelbagai aktiviti.

(vi) Guru boleh membuat pelbagai suara.

(vii) Boleh memberi arahan dengan tepat dan menarik.

(viii)Seorang yang prihatin dan peka serta tajam daya pemerhatian.

(ix)Guru berkebolehan menukar atau melakukan penyesuaian mendadak

(x)Guru atau fasilitator seorang yang fleksibel



Aktiviti

Kejayaan didik hibur secara kerkesan bergantung kepada aktiviti yang dirancang. Walau bagaimanapun terdapat beberapa ciri yang perlu diambil kira oleh guru semasa merancang aktiviti didik hibur dalam bilik darjah, iaitu:
Aktiviti perlu disesuaikan dengan tahap murid yang hendak diajar.

( ii )Jalankan aktiviti yang murid-murid sedia ketahui berdasarkan silang budaya yang sama.

( iii )Penyerapan didik hibur memerlukan tempoh pelaksanaan dan peruntukan masa
pembelajaran yang sesuai atau waktu yang fleksibel.

( iv )Aktiviti didik hibur boleh dilaksana, dijalan dan diselesaikan bersama murid-murid
tanpa ada banyak masalah atau halangan.

( v )Aktiviti yang dipilih tidak menjurus ke arah permusuhan atau konflik antara murid.

( vi )Sediakan peraturan yang jelas, senang, mudah difahami atau diikuti oleh murid.

( vii )   Aktiviti didik hibur yang dirancang juga perlu memberikan kepuasan kepada mereka yang menyertainya, serta boleh disertai seramai mungkin murid.



Penutup
Pada  dasarnya  amalan  penyerapan  didik  hibur  bukanlah  perkara  yang  baru  dalam  siri
pendidikan negara. Untuk tujuan penegasan istilah didik hibur digunakan secara jelas sebagai
komitmen yang bersungguh-sungguh kerajaan untuk mengaplikasikan pendekatan ini yang
diadaptasikan menerusi pendekatan
‘Fun Learning’ yang digunakan secara meluas dalam
pengajaran dan pembelajaran

BAHAGIAN II- KEMAHIRAN MENAAKUL
Pengenalan
Pemahaman dan penguasaan kemahiran kritis, kemahiran kreatif dan strategi berfikir akan menjadi lebih mudah sekirannya seseorang individu berkebolehan membuat penaakulan secara induktif dan deduktif. Melalui penaakulan secara induktif seseorang boleh membuat satu kesimpulan atau pengitlakan, manakala penaakulan secara deduktif seseorang boleh membuat pertimbangan dari satu situasi umum ke beberapa contoh atau situasi yang spesifik. Kemahiran menaakul ini bertindak sebagai pelincir semasa menggunakan kemahiran kritis, kreatif dan startegi berfikir.
Definisi Membuat Penaakulan
Kemahiran membuat pertimbangan secara logic, rasional, adil dan saksama.
Kemahiran digunakan untuk Meningkatkan keberkesanan:
(i)             Membuat interpretasi, analisis, sintesis, penilaian, pengitlakan dan kesimpulan.
(ii)            Membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.
Penaakulan Induktif
Langkah Penggunaan:
(i)             Teliti beberapa contoh atau situasi yang spesifik
(ii)            Perhatikan cirri yang sepunya
(iii)           Buat satu kesimpulan atau pengitlakan
Penaakulan secara Deduktif
Langkah Penggunaan:
(i)             Teliti situasi umum
(ii)                 Daripada situasi umum dapatkan contoh atau situasi yang spesifik


 -kursus guru ppd kluang
DISEDIAKAN OLEH Dr . ZAILAH ZAINUDIN                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                               

Tuesday, December 4, 2012



I hear the flower’s kinda crying loud
The breeze’s sound in sad
Oh no
Tell me when did we become,
So cold and empty inside
Lost a way long time ago
Did we really turn out blind
We don’t see that we keep hurting each other no
All we do is just fight


Now we share the same bright sun,

The same round moon
Why don’t we share the same love
Tell me why not
Life is shorter than most have thought



Hold My Hand

There are many ways to do it right
Hold My Hand
Turn around and see what we have left behind
Hold My Hand my friend
We can save the good spirit of me and you
For another chance
And let’s pray for a beautiful world
A beautiful world I share with you



Children seem like they’ve lost their smile

On the new blooded playgrounds
Oh no
How could we ignore , heartbreaking crying sounds
And we’re still going on
Like nobody really cares
And we just stopped feeling all the pain because
Like it’s a daily basic affair



Now we share the same bright sun,

The same round moon
Why don’t we share the same love
Tell me why not
Life is shorter than most have thought



Hold My Hand

There are many ways to do it right
Hold My Hand
Turn around and see what we have left behind
Hold My Hand my friend
We can save the good spirit of me and you
For another chance
And let’s pray for a beautiful world
A beautiful world I share with you



No matter how far I might be

I’m always gonne be your neighbor
There’s only one small planet where to be
So I’m always gonna be your neighbor
We cannot hide, we can’t deny
That we’re always gonna be neighbors
You’re neighbor, my neighbor
We’re neighbors



So Hold My Hand

There are many ways to do it right
Hold My Hand



Turn around and see what have left behind



So Hold My Hand

There are many ways to do it right
Hold My Hand
Turn around and see what have left behind
Hold My Hand my friend
We can save the good spirit of me and you
For another chance
And let’s pray for a beautiful world
A beautiful world I share with you

tersusun dalam urusannya

wahai pemuda sibukkan dirimu dengan aktiviti yang berfaedah kerana apabila kamu merasa kosong pasti akan timbul aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah.
saidina Ali pernah berkata lebih kurang maksudnya 
"orang islam yang tidak tersusun akan disusun oleh jahiliah yang tersusun".
merujuk kepada 10 muwasafat tarbiyah iaitu tersusun dalam urusannya.


Merujuk kepada prospek pekerjaan,kerja-kerja yang teratur pasti membuahkan hasil yang memuaskan.
Rasulullah s.a.w dalam setiap peperangan pasti merancang dengan teliti dan penuh strategik bagi menghasilkan kemenangan untuk kaum muslimin pada ketika itu.Begitu juga dengan pemerintahan Baginda yang tersusun di setiap jabatan pada ketika itu sehinggalah dapat membina empayar keagungan Islam.Ianya berterusan dan disambung oleh para khalifah dan pemimpin-peminpin islam yang seterusnya.
Sehinggalah berlakunya kejatuhan islam akibat pemerintahan yang lemah dan kedengkian musuh-musuh islam yang menginginkan kejatuhannya.



Sunday, November 4, 2012

Sunat Ab'Ad dan Sunat Hai'ah

Perkongsian ilmu ini diambil dari buku Pendidikan Islam... Anda boleh rujuk buku Masteri Memori Melalui Peta Minda Tahun 4,5 dan 6.


SUNAT AB’AD DAN SUNAT HAI’AH
DEFINISI
AB’AD
HAI’AH
Amalan sunat dalam solat, jika ditinggalkan secara sengaja atau tidak, tidak disunatkan sujud SAHWI.
Amalan sunat yang sangat dituntut dalam solat, jika ditinggalkan sengaja atau tidak, disunatkan sujud SAHWI.
CONTOH
  •          Duduk tahiyat awal
  •          Membaca tahiyat awal
  •          Berselawat ke atas nabi Muhammad dalam tahiyat awal 
  •          Membaca doa qunut
  •       Berdiri semasa qunut
  •       Berselawat ke atas Nabi Muhammad dalam qunut
  •       Berselawat ke atas keluarga Nabi Muhammad dalam tahiyat akhir
  •       Mengangkat kedua tangan ketika takbiratul ihram, ruku’, iktidal dan bangun selepas tahiyat awal
  •       Meletakkan tangan kanan di atas bahagian belakang tangan kiri ketika berdiri
  •        Membaca doa iftitah
  •       Membaca isti’azah sebelum membaca al-fatihah dan membaca amin selepas al-fatihah
  •        Membaca surah selepas al-fatihah pada rakaat pertama dan rakaat kedua
  •       Menyaringkan bacaan al-fatihah dan surah dalam solat Jumaat, Subuh, Isyak dan Maghrib pada rakaat pertama dan kedua
  •       Membaca (…) ketika bangkit dari rukuk
  •        Membaca takbir ‘al-intiqalat’ mengiringi setiap pergerakan dalam solat
  •        Membaca tasbih tiga kali ketika rukuk dan sujud
  •        Duduk iftirasy
  •        Duduk taurak pada tahiyat akhir
  •       Membaca duduk antara dua sujud
  •       Memberi salam yang kedua
  •       Berpaling ke kanan dan ke kiri ketika memberi salam
SUJUD SAHWI
Sujud sahwi ialah dua kali sujud selepas membaca tahiyat akhir dan sebelum salam.