Sunday, November 4, 2012

Langkah-langkah Penuaian Kelapa Sawit

Langkah – langkah Penuaian

LANGKAH-LANGKAH
PENERANGAN
Pekerja menombak perlu memastikan buah yang hendak ditombak mesti masak. Anggaran biji yang jatuh adalah 10 ke atas bagi tandan masak yang boleh dituai. Buah boleh diambil dengan curi atau memangkas pelepah terlebih dahulu. Buah curi diertikan dengan mengambil buah tanpa memangkas pelepah. Pelepah tidak boleh dituai terlalu dekat dengan buah.
 
Tandan diangkat dan dimasukkan ke dalam beg sedia khas bagi memudahkan proses pemindahan buah. Biji buah lerai dipungut keseluruhannya.
Ini adalah stamp ramp buah yang telah disediakan supaya buah boleh diletakkan diatasnya bagi mengelakkan buah kotor.
Pekerja akan menulis buah yang telah mereka tombak. Nombor 33 merupakan nombor penombak berserta lot kawasan mereka dan nombor 4 merupakan bilangan buah yang mereka tombak.
Kawasan lot bagi ladang telah dibahagikan mengikut pegawai ladang supaya pengurusan penuaian lebih efisien. Lot 33 ini adalah contoh bagi pekerja bernombor 33. Jadi sekiranya ada masalah yang berlaku di lot tersebut pekerja nombor lot akan dicari.
Bagi pemangkasan, pelepah, pelepah tersebut mestilah disusun dengan rapi. Kawasan yang bersih dengan pelepah yang disusun akan dibayar gaji ‘prunning’.
Pokok ini merupakan salah satu contoh pokok yang terbaik kerana mempunyai buah yang banyak dan berselang dua. Pemangkasannya juga teratur. Bagi pokok kelapa sawit berumur 5tahun ke bawah mempunyai 58 pelepah. Pengurusan pemangkasan amat penting bagi menentukan bentuk pokok.
Setelah buah kelapa sawit diletakkan di flat form, pemungut buah (loader) akan mengangkat buah masuk ke traktor ladang (KUFT).

Traktor ladang akan menghantar buah kelapa sawit ke ‘ramp’ sebelum dihantar ke kilang.

Pemungut buah di ramp akan menolak semua buah masuk ke dalam lori.
Lori buah akan menghantar buah kelapa sawit ke kilang.

Standard biji lerai pada tandan buah kelapa sawit berbeza mengikut syarikat.. Bagi Pengusaha persendirian kelapa sawit, boleh menggunakan standard yang digunakan oleh MPOB..

0 comments: