Monday, October 25, 2010

KISAH UMAR AL-KHATTAB DENGAN PEMBAWA ARAK

Pada suatu hari , sahabat Rasulullah s.a.w iaitu Umar Al-Khattab r.a telah melalui salah satu jalan dari jalan-jalan di Madinah . Sewaktu Umar r.a dalam perjalanan itu , dia telah terlihat seorang pemuda sedang membawa botol di dalam bajunya .
            Setelah menghampiri pemuda itu , lalu Umar A-Khattab r.a pun bertanya ,  “Wahai pemuda , apakah yang sedang kamu bawa di dalam baju kamu itu ?”
Setelah mendengar pertanyaan Umar r.a itu , maka pemuda itupun merasa takut kerana barang yang disembunyikan di dalam bajunya itu , adalah botol-botol yang mengandungi arak .
            Oleh kerana pemuda itu merasa amat takut untuk mengatakan bahawa barang itu adalah botol arak. Maka , ia pun berkata di dalam hatinya , “Ya Tuhanku , tolonglah aku . Janganlah Engkau memalukan aku di hadapan Umar dan aku berjanji tidak akan meminum arak lagi buat selama-lamanya .”
            Lalu berkata pemuda itu kepada Umar r.a “Ya Amirul Mu’minin , sebenarnya barangan yang aku bawa di dalam baju adalah botol-botol yang mengandungi madu .”
            Mendengar jawapan pemuda itu , maka berkata Umar r.a , “Cuba kamu keluarkannya , aku hendak melihatnya .”
            Dengan perasaan yang amat takut dan terketar-ketar , pemuda itupun mengeluarkan sebotol arak itu dan memberikan kepada Umar r.a . Maka dengan kehendak Allah SWT , arak tadi bertukar menjadi madu dan Umar pun mengembalikan botol itu kepada pemuda tersebut .
            Pengajaran daripada kisah ini ialah , betapa hati seseorang itu , hanya Allah SWT sahaja Yang Maha Mengetahui . Oleh itu , dalam segala hal , kita hendaklah meminta atau berdoa kepada Allah SWT . Apabila kita inginkan sesuatu perkara , maka mintalah kepada Allah SWT kerana dengan kehendaknya sajalah sesuatu perkara itu boleh berlaku.
            Sebagai hamba Allah , kita dilarang sama sekali mengharap kepada makhluk-makhluk lain kerana makhluk itu tidak berkuasa . Sekiranya Allah SWT hendak mengubahnya , nescaya ianya akan berlaku dan tidak ada siapa yang dapat menghalangnya .

Sunday, October 24, 2010

ERTI PERSAHABATAN

hari ini sy ingin kongsikan 1 artikel mengenai sahabat
org yg paling rapat dengan kita selepas ibubapa kita
......nukilan Drpd : Nur




Dalam dunia ini, kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri..
 tetapi dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai
 seorang sahabat yang memahami kita.

Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran
 seorang sahabat,begitu juga dia. Tetapi kita sering terlupa
 akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan
 perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati
 janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang 
keadaannya.

Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela
 diri.Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti....
kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan
, 'memaksa'dia menerima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah 
kita tentang perasaannya??? Seperti kita, dia juga tahu rasa 
kecewa....tetapi kita sering terlupa.Untungnya mempunyai 
seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita 
memerlukan dia.

Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan
 ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, dia memberi jalan 
sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik
 bercerita tentang diri kita hingga kadang-kadang terlupa kawan
 kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang
 rasa bimbangnya, rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan
 dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita? Ikhlaskah kita
 mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah
 kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup
 semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?

Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh
 dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, 
agar tidak rebah? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia
 sandarkan harapan? Sesekali jadilah kawan yang mendengar 
dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami 
hati dan perasaan kawan, kerana dia juga seorang manusia;
 dia juga ada rasa takut, ada rasa...bimbang, sedih dan kecewa.

Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai
 kekuatan. Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa
, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka. 
Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang
 ingin diluahkan,disebalik kesenangannya,mungkin tersimpan 
seribu kekalutan, kita tidak tahu.. tetapi jika kita cuba jadi sahabat
 seperti dia, mungkin kita akan tahu.

Renungilah... terima kasih padamu sahabatku..maafkanlah diriku
 kerana selalu silap tafsir terhadap dirimu..