Saturday, November 13, 2010

Kisah si Penjual Tempe

Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Di situ ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari …. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.

Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba-tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi. Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi.

Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagiNya tiada yang mustahil. Lalu diapun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa, “Ya Allah, aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe …. Amin”

Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe. Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya.

Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Allah. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi. “Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantu lah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe, Amin”

Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu !!!! Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul. Walaubagaimanapun kerana keyakinannya yg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak.

Dia berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa. “Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin”. Lalu dia pun berangkat. Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya.

Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada.

Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi !!!! Dia pun kaget seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan.

Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe. Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi. Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang.

Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe, tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh di sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Allah, pasti Allah akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir, “Ya Allah, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini.”

Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita.

“Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi.” Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe, tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya “Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin”. Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Allah. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu.

Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, “Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?” Wanita itu menerangkan bahawa anaknya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa.. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England, si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap.

Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Tuhan…
Moral:
Pertama: Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Tuhan sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Tuhan lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita.

Kedua:. Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang dipinta. Percayalah bahawa Tuhan akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.

Ketiga : Tiada yang mustahil bagi Tuhan.

Keempat : Kita sering ingin Allah memenuhi hak kita sedang kita tidak pernah mahu memenuhi hak Allah seperti menjaga SEMBAHYANG 5 WAKTU , menyegerakan solat, berkata-kata perkara yang berfaedah dan berpesan ke arah kebaikan..

Oleh itu, hantarlah kepada sahabat yang lain agar kebaikan boleh sama dikongsi. Mudah-mudahan Allah suka dengan apa yang kita buat.

Friday, November 12, 2010

Rahsia Hari dan Bulan Masyarakat Barat


Kelicikan masyarakat Yahudi Kuno yang dipimpin Dajjal laknatullah yang hidup lama itu berjaya mempengaruhi seluruh kehidupan masyarakat dunia dengan dakyahdakyah sesatnya. Masyarakat dunia khususnya orang Islam dibentuk secara halus untuk memuja tuhan-tuhan berhala Yahudi dan Nasrani.Kita tidak menyedari bahawa kita hari ini khususnya anak-anak kita sejak berumur 4 tahun lagi sudah mempelajari nama-nama dewa berhala di sekolah. Pengaruh ini tidak disedari oleh masyarakat dunia. Bahasa Inggeris yang kita agung-agungkan adalah bahasa yang cukup simbolik untuk menyemai unsur-unsur berhala. Kerja-kerja Dajjal amat berhasil apabila berjaya menjadikan Bahasa Inggeris bahasa pengatar utama dunia melalui dua konsep iaitu “Penjajahan” dan “Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu”. Apa yang dinyatakan di bawah ini sudah banyak diketahui umum, cuma ingin meletakkan sekali lagi sebagai peringatan sekelian mukmin.

Pengertian Bulan-Bulan Masehi
·
1.Januari - berasal dari perkataan ‘Janus‘, iaitu tuhan berhala orang Romawi yang berwajah dua. Sebelah muka melihat ke depan dan sebelah muka melihat ke
belakang.
· 2. Februari - berasal dari bahasa Latin iaitu ‘Februo‘ yang bermaksud ‘kesucian’. Biasanya dalam bulan ini bangsa Romawi mengadakan upacara penyucian jiwa mereka di kuil-kuil seperti mana penganut Hindu membaling tempurung kelapa dalam suatu majlis untuk menghilangkan dosa.
3. Mac - berasal dari perkataan ‘Mars‘, iaitu salah satutuhan berhala Romawi.
· 4. April - berasal dari bahasa latin iaitu ‘Aperto‘ yang bererti ‘terbuka’ atau ‘berkembang’. Dalam bulan ini biasanya bunga-bunga akan berkembang mekar. Orang Saxon* menggelar bulan ini sebagai Easter* keran menghormati tuhan musim panas (summer).
· 5. Mei - berasal dari perkataan ‘Maia’ iaitu nama puteri dari dewa bangsa Romawi bernama ‘Atlas’.
· 6. Jun - berasal dari perkataan ‘Juno‘, salah satu tuhan orang Romawi.
· 7. Julai - berasal dari bahasa latin iaitu nama pemerintah ‘Julius Caesar’ yang kemudiannya diubah menjadi bulan ke tujuh.
8. Ogos - berasal dari nama pemimpin Rom iaitu ‘Caeser Augustus’ bermakna bulan ke lapan zaman Rom. Sebelum itu ia bernama ‘Sextilitis‘ (bulan ke enam) mengikut kalendar bangsa Romulus.
· 9. September - berasal dari perkataan ‘Septem‘ yang bererti tujuh. Pada asalnya ia adalah bulan ke tujuh tetapi kemudiaanya telah diubah menjadi bulan ke sembilan.
· 10. Oktober - berasal dari perkataan ‘Octo‘ yang bererti lapan tetapi telah diubah menjadi bulan yang ke sepuluh.
· 11. November - berasal dari bahasa latin iaitu ‘Novem‘ yang bererti sembilan. Tetapi ianya telah diubah menjadi bulan ke sebelas.
· 12. Disember - berasal dari bahasa latin ‘Decem‘ yang bererti ‘sepuluh’ tetapi kemudiannya telah diubah menjadi bulan yang kedua belas.


Nama Asal Hari-Hari Masehi
· 1. Sunday - berasal dari perkataan ‘Sun’s Day’ ertinya matahari.
· 2. Monday - berasal dari perkataan ‘Moon’s Day’ bererti hari bulan.
· 3. Tuesday - berasal dari perkataan ‘Day of Tyr’ sempena hari dewa perang masyarakat Rom bernama‘Tyr’.
· 4. Wednesday - berasal dari perkataan ‘Woden’ nama salah satu dewa suci Rom.
· 5. Thursday berasal dari perkataan ‘Day of Thor’ sempena nama dewa Rom iaitu ‘Thor’ yang bermakna ‘Dewa Halilintar’.
· 6. Friday - berasal dari perkataan ‘Day of Freya’ iaitu Dewa Hari Perkahwinan orang Rom yang bernama ‘Freya’.
· 7. Saturday - berasal dari perkataan ‘Saturnus’ yang bererti bintang ‘Saturnus’ mengikut kepercayaan orang Romawi.

Tuesday, November 9, 2010

PERIBADI SEBAGAI ANAK SOLEH DAN SOLEHAH.


Allah swt berfirman yang maksudnya:

“ Dan Rabb-mu telah memerintahkan supaya kamu jangan beribadah selain kepada-Nya, dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya berada di sisimu sampai umur lanjut (umur yang sangat tua) janganlah engkau mengatakan ke[padanya perkataan “cis”dan janganlah engkau mengertak kedua-duanya, dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang hormat. Dan turunkanlah sayap merendahkan diri (rendahkanlah diri) terhadap keduanya , dengan kasih saying . Dan katakanlah : Wahai Tuhanku! Kasihanilah keduanya, sebagaimana keduanya telah mengasuh aku ketika aku masih kecil.”

(Surah Al-Isra’:23&24)

Allah memerintahkan agar manusia berbakti kepada kedua ibu bapa mereka dan mentaati mereka . Menyakiti hati kedua mereka adalah merupakan dosa yang besar.

Ismail Ibnu Umayyah telah berkata:

Seorang lelaki meminta nasihat :“Wahai Rasulullah, berilah aku wasiat.” Rasulullah menjawab : “Janganlah engkau menyekutukan Allah dengan sesuatu pun, sekali pun engkau dibakar atau dibelah dua.” Ia berkata:”Wahai Rasulullah tambahkanlah.” Rasulullah menjawab : ”Berbaktilah kepada kedua ibu bapamu, jangan sekali-kali meninggikan suara di hadapan mereka. Jika keduanya memerintahkan engkau untuk mengeluarkan hartamu, maka keluarkanlah bagi keduanya.” Lelaki itu menyoal lagi: “ Wahai Rasulullah, tambah lagi selain itu.” Rasulullah menjawab: “ Jangan engkau meminum khamar (arak), sebab khamar itu adalah kunci segala kejahatan” Lelaki itu meminta lagi: “Wahai Rasulullah, tambahkanlah untukku selain itu.” Rasulullah menjawab ; “Didiklah keluargamu dan berilah mereka nafkah sesuai dengan kemampuanmu, dan janganlah engkau mengangkat tongkat(lisan)mu namun berbuatlah baik agar mereka takut kepada Allah.”

(Hadis Riwayat Ibn Majah)

Adab anak terhadap kedua ibu bapanya.

{ Berbuat baik dan berlemah-lembut terhadap mereka.

{ Mentaati perintah kedua mereka selagi tidak bertentangan dengan perintah Allah ( Melihat wajah mereka dengan kasih sayang merupakan ibadah).

{ Doakanlah mereka berdua dengan doa yang baik.

{ Menjaga hati dan menggembirakan mereka berdua.

{ Menjalinkan silaturrahim dengan sahabat-sahabat mereka.

{ Menziarahi kubur ibu bapa jika mereka telah meninggal dunia.


Batas2 Pergaulan




Lelaki dan perempuan memang diberikan nafsu oleh Allah. Jika seorang lelaki melihat seorang perempuan, lazimnya ia diiringi kecenderungan ke arah seks. Atas sebab itulah Islam memperkenalkan konsep aurat, menundukkan pandangan, melarang wanita berhias secara keterlaluan kerana ia boleh

menarik nafsu lelaki kepada perempuan. Oleh itu, jika ada lelaki yang
mengatakan bahawa dia berkawan dengan seseorang perempuan tanpa perasaan cinta, yang sebenarnya ia adalah kes yang jarang dan tidak termasuk dalam kes-kes biasa. Walaupun hubungan persahabatan ini lazimnya didakwa terjalin bukan atas dasar cinta atau seks, namun ia masih tertakluk kepada hukum yang sama, iaitu lelaki dan perempuan tidak boleh mempunyai hubungan yang akrab atau dengan kata lain bergaul bebas tanpa batasan. Kerana itu ada hadis menyebut, dan Amir bin Rabiah, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:

“Janganlah sesekali seorang lelaki menyendiri dengan perempuan yang tidak halal baginya, kerana yang ketiganya adalah syaitan, kecuali kalau ada mahramnya.”
(Riwayat Ahmad)

Yang sebenarnya tidak salah bercinta, tetapi cinta itu mestilah didasarkan di atas perjalanan syariat. Kita boleh lihat kebanyakan muda mudi hari ini, sebelum mendirikan rumahtangga akan bersumpah setia yang disaksikan oleh bulan dan bintang untuk sehidup semati atau pun kasih tidak akan bertukar ganti. Betulkah cara tersebut boleh diketagorikan sebagai sebuah cinta suci yang patut wujud di dalam rumahtangga Islam. Cinta suci di dalam istilah ialah cinta lelaki tidak boleh berbelah bagi kepada wanita yang dicintainya dan begitu juga sebaliknya. Rasa-rasanya bentuk cinta yang sedemikan adalah hipokrit. Wujud atas dasar kasih tidak mahu dibelah bagi. Kemungkinan jua cara kita menilai cinta banyak dipengaruhi filem-filem Hindustan yang begitu popular masa kini.. Atau pun kita menilai cinta banyak dipengaruhi oleh kisah cinta Romeo dan Juliet yang sanggup mati bersama.
Agaknya inilah bentuk cinta yang tinggi nilainya.