Sunday, October 31, 2010

TURUNNYA MALAIKAT DI 5 TEMPAT

Sabda Rasulullah s.a.w.; "Setiap hari akan turun malaikat ke bumi ini pada
5 buah tempat iaitu di ;
v  Makkah
v  Madinah
v  Baitul Maqdis
v  Perkuburan orang muslim
v  Majlis kaum muslimin

Kata malaikat yang turun di Makkah, "Ingatlah ! sesiapa yang meninggalkan kewajibannya terhadap Allah, sesungguhnya ia akan terlepas dari rahmatNya,"

Kata Malaikat yang turun di Madinah, "Ingatlah ! sesiapa yang meninggalkan Sunnatur Rasul, sesungguhnya mereka akan terlepas dari syafaatnya di akhirat kelak."

Kata malaikat yang turun di Baitul Maqdis, "Ingatlah ! sesiapa yang memakan harta haram, sesungguhnya segala amalan yang dikerjakannya tidak akan diterima."

Kata malaikat yang turun di kubur orang muslimin, "Wahai ahli kubur! apakah yang kamu inginkan dan apakah yang kamu sesalkan?" Jawab ahli kubur, "Kami menyesal kerana tidak dapat menambahkan amalan kami. Sesungguhnya kami telah mensia-siakan umur kami sewaktu di dunia dahulu. Kami merasa sungguh iri hati dengan orang yang tekun mengerjakan sembahyang berjamaah, membaca Al quran, membaca selawat dan beristighfar, sedangkan kami semua tidak boleh lagi berbuat demikian."

Kata malaikat yang turun di majlis orang muslimin, "Wahai orang yang 
beriman! bertenanglah kamu semua, sesungguhnya Allahlah yang memberi balasan. Sesiapa yang takut atas hukuman Allah maka hendaklah ia segera memperbaiki dirinya dan bertaubat di atas segala dosa-dosanya. Kalaulah tidak ada orang-orang yang khusyuk, bayi-bayi yang masih menetek, binatang perliharaan serta orang-orang tua yang bersembahyang nescaya telah ditimpakan ke atas kamu seksa yang pedih."



- diari islamiah 1997 -