Friday, January 14, 2011

bicara akan datang...^_^

lama dah cari penulisan ni kat laptop...bru jumpa semalam..
hihihi....sesuai untuk yang telah ada pasangan hidup....salam santai...

ADA APA DENGAN CINTA?


Perasaan cinta, kasih dan sayang ada dalam hati setiap
orang, tetapi cara mempamerkan cinta tidak sama antara
seorang dengan seorang yang lain.Dan berbeza juga antara
satubangsa dengan satu bangsa yang lain. Namun
sesuatu yang pasti-perasaan cinta dan sayang
selalunya terpamer melalui sikap dan kata-kata.

Sebuah syair arab
mengungkapkan," Tanda-tanda cinta tidak dapat
disembunyikan olehseseorang laksana pembawa kasturi
tidak dapat menyembunyikankeharumannya" Rasa sayang
seorang suami terhadap isteri akan terpamer pada sikap
dan kata-kata yang natural bersahaja.Begitu juga sebaliknya.

Inibermakna, pasangan suami isteri tidak perlu berlakon di
depan ramai untuk memperlihatkan perasaan saling menyayangi.
Mereka tidak perlu berjalan berpimpin tangan, berpelukan, atau
berkucupan di khalayak ramai untuk memberitahu orang bahawa
mereka adalah pasangan bahagia dan saling mencintai.
Cara itu bukan sahaja tidak sesuai dengan akhlak Islam,
malah menyalahi etika budaya timur.

Biarpun begitu, perasaan cinta suami isteri perlu
disuburkan. Demikianjuga perasaan sayang ibu bapa dan
anak-anak. Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya

“Sesiapa yang tidak menyayangi tidak akan disayangi"

Perasaan sayang letaknya di hati, tetapi ia boleh
disuburkan melalui tindakan zahir dan kata-kata.
Senyuman mesra isteri menyambut kepulangan
suami sudah cukupmengambarkan perasaan cinta dan
sayang yang tidak berbelah bahagi.Jika dijadikan amalan
harian,nescaya cinta akan subur seperti tanaman
yang disiram baja secara berterusan mengikut aturan.

Kucupan suami pada dahi isteri yang mengiringinya
ke pintu sebelum sisuami melangkah keluar ke tempat
kerja sudah memadai untuk mencerminkanrasa hormat dan
cinta yang bersemi dihati. Dan rasa hormat dan
cinta itu akan subur sekiranya dibajai selalu.

Ini bukti bahawa cinta itu terlalu seni. Tidak ada
perlakuan dankata-kata yang tepat untuk mengungkapkan
seluruh perasaan cinta seseorangterhadap orang yang
dicintainya.Lain orang lain caraungkapan dan
luahan rasa cintanya.

Walaupun ungkapan " Aku mencintaimu" ( I LOVE YOU )
selaludiungkapkan oleh pasangan kekasih atau suami
isteri di layar perak namun dalam realiti kehidupan,
pelbagai bentuk sikap dan ungkapan lain digunakan
untuk membawa maksud yang sama. Perhatikan
ungkapan-ungkapanini sekadar contoh:-

" Cantik Mas tengok abang pakai baju ni"

" Abang memang minat laksa, tapi kalau Ayu yang masak,
lagilah abang berseleramakan"

" Nah, abang bawa buah tangan ni untuk Mira

dan anak-anak"

" Hati-hati memandu ya, bang...."


Demikian antara ungkapan-ungkapan indirect yang mencerminkan
rasa kasih dan sayang antara suami isteri. Namun begitu,
jika mengungkapkan rasa cintasecara langsung dan
terus terang sudah menjadi budaya atau kemestian bagi
sesuatu bangsa, maka tidak salah ungkapan
"Aku mencintaimu:" menjadi basahan
bibir suami isteri. Dari mata turun ke hati.
Ini merupakanungkapan yang mengambarkan peranan
mata untuk jalinan cinta.

Justeru, jangan harapkan cinta akan subur jika
pasangan suami isteri selalu mengelak untuk
bertentang mata bila berbicara. Antara bukti cinta
ialah adanya ingatan pada orang yang dicinta. Dan tanda
seseorang itu ingat akan sesuatu atau seseorang
lain ialah dia selalu menyebut-nyebutnya.

Wednesday, January 12, 2011

hidayah


assalamualaikum pembaca laman INSAN...
lagi dan lagi marilah kita satukan hati-hati kita untuk berfikir sejenak,santai bersama laman INSAN dan menikmati halwa telingan pilihan laman INSAN insyaALLAH sedap didengar
bukan sahaja sedap di dengar tapi boleh meresap kedalam hati-hati kita untuk membuang segala kotoran dalam hati kita bersama...na itu yang penting....

mari kita panjatkan kesyukuran kpd tuhan sang pencipta segala yang ada dimuka bumi ini dan seisi-isinya serta seluruh cakrawala ini ALLAH s.w.t dan selawat dan salam atas junjungan besar nabi kita iaitu Rasulullah s.a.w....

entry kali ini ingin mengupas sedikit tentang hidayah ALLAH s.w.t....
yakinlah bahawa hidayah ada dimana sahaja walaupun negara itu bukan negara islam dan ALLAH berhak memberikan kepada siapa sahaja yang di kehendakiNYA tak kira bangsa,keturunan dan warna kulit...sedar tak sedar islam kini tersebar luar di seluruh pelusuk alam insyaALLAH...

europah kini menunjukkan peningkatan yang mendadak...usaha mereka disana kuat untuk menegakkan islam.....kenal yusuf islam?dulu dikenali sebagai cat stevens yang merupakan penyanyi popolar masyarakat barat yang dahulu terkenal dengan keunikan lagunya.setelah memeluk islam beliau mengubah lagunya kearah lagu islamic dan penuh dengan pengajaran disamping berdakwah dengan lagu yang beliau cipta...
kini telah ramai artis2,pelakon hollywood dan ahli sukan ternama barat telah memeluk islam...
pelakon-pelakon hollywood yang kita lihat di kaca televisyen ramai dah menerima hidayah
contohnya pelakon terkenal di bawah ni...

ha sapa yang tidak kenal pelakon ni...pelakon hollywood yang penuh dengan watak jenakanya apabila tampil dalam movie2 barat...kini beliau telah mendapat hidayah dan menunaikan haji lagi tu pada 2008 yang lalu...alhamdulillah....

pelakon bawah ni pun sama...sapa yang tidak kenal selalu sahaja muncul dalam movie2 hollywood yang baru...ice cube sekarang pun dah muslim...

bukan sekadar hollywood,ahli sukan barat pun ramai jugak yang mendapat hidayah contohnya hanry pemain bola,ribery,nicolas anelka dan ramai lagi...termasuk yang bawah ni...ha mike tyson peninju terkenal....juga telah memeluk islam.....

nampaknya sampai sini sahaja coretan yang mampu di buat pada kali ini...sekiranya ada pandangan tentang tajuk pada kali ini bolehlah komen....sambil bersantai sambil kongsi pandangan....insyaALLAH...
jumpa di entry yang akan datang....

Monday, January 10, 2011

koleksi lagu2 best

*sila off lagu tema laman INSAN(kat bawah)

satu hati-la khauf

ini langkah ku-shoutul harokah







doa senjata mu'min


Tidak kira sama ada doa itu dalam keadaan terdesak atau semata-mata menunaikan kewajipan, setiap doa pasti Allah beri perhatian. Allah berfirman yang bermaksud: “Berdoalah kepada-Ku nescaya aku (Allah) akan perkenankan.” (Surah Ghafir : 60 )

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Tuhanmu yang Maha Suci lagi Maha Tinggi itu pemalu lagi mulia. Dia malu terhadap hamba-hamba-Nya yang mengangkat tangan berdoa, tiba-tiba tidak diberi oleh-Nya akan permintaan itu.” (Riwayat al-Tirmizi no. 3556 dan Abu Daud no. 1448)

Lihat betapa hebatnya sifat Pemurah dan Pengasih Allah, Dia bukan sahaja memerintahkan kita berdoa, malah Dia mengajar apa yang patut kita doakan dan bagaimanakah caranya kita harus berdoa. Tidak cukup sekadar itu, Allah berjanji untuk mempertimbangkan doa-doa itu. Sebuah syair mengungkapkan hakikat ini dengan begitu indah sekali:
“Allah s.w.t. murka jika engkau tidak memohon kepada-Nya. Sebaliknya manusia murka apabila kau sering minta kepadanya.”

Berdoa itu satu langkah yang produktif. Bahkan menurut pandangan ulama tasawuf, apabila Allah telah ringankan lidah seseorang hamba-Nya untuk berdoa, itu petanda Allah telah memberi lampu hijau untuk memperkenankan doa itu. Kata Imam Ibn Ataillah: “Tatkala Allah membukakan mulut anda dengan bermohon kepada-Nya maka ketahuilah, sesungguhnya Allah berkehendakkan doa anda diperkenankan.”

Yakinlah bahawa apabila Allah mengilhamkan kepada hati kita untuk berdoa, maka sudah tentu Allah akan memperkenankan doa kita itu. Tetapi jika Allah tidak berkehendak memperkenankan sesuatu doa, maka sudah tentu Dia tidak mengilhamkan kepada hati kita ke arah itu.

Bukan mudah bagi seorang hamba Allah mengerakkan hati dan lidahnya untuk berdoa jika tidak kerana taufik dan hidayah Allah. Apabila hati dilembutkan untuk berdoa, bererti seseorang itu telah berasa kefakirannya di hadapan Allah. Apabila kita sudah benar-benar berhajat kepada-Nya, maka Allah pasti tidak akan mengecewakan hajat kita itu.

Sebenarnya doa itu sendiri merupakan satu kurnia daripada Allah. Malah doa itu adalah modal asas yang memungkinkan seseorang itu menerima kurnia-kurnia Allah selanjutnya. Malangnya, orang yang mengetahui hakikat ini tidak ramai dalam kalangan kita. Firman Allah yang bermaksud:
“Apakah ada siapakah yang memperkenankan doa orang yang dalam kesulitan apabila dia berdoa, dan menghilangkan keburukan dan menjadikan kamu sebagai khalifah di bumi? Apakah ada di samping Allah tuhan yang lain? Terlalu amat sedikit apa yang dapat kamu mengingati.” (Surah al-Naml 27: 62)

Hamba Allah yang benar-benar mengenal Allah (arif billah) dapat rasakan apabila seseorang itu diizinkan Allah untuk mengucapkan doa (ada sesetengah orang dikelukan lidah lalu tidak boleh berdoa) adalah lebih berharga daripada termakbulnya doa itu. Hal ini kerana seorang yang berdoa itu hakikatnya sedang berdialog dengan Allah. Bagi mereka, ini adalah satu anugerah Allah yang lebih bernilai berbanding apa yang diperoleh daripada doanya. Bukankah Pemberi hadiah itu lebih patut kita hormati dan kasihi daripada hadiah yang diberikan-Nya?

Mungkin ada yang bertanya apakah benar Allah akan memperkenankan setiap doa hamba-hamba-Nya? Jawabnya, ya jika apa yang kita ajukan itu doa yang benar dan elok. Dalam hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa antara kamu yang dibukakan pintu hatinya supaya berdoa, nescaya Allah bukakan padanya pintu-pintu rahmat. Dan tidak ada doa yang dipohon itu yang lebih disukai Allah selain daripada memohon kemaafan (keselamatan di dunia dan akhirat).” (Riwayat al-Tarmizi no 3548)

Jelas di sini, doa yang dimaksudkan itu mempunyai ciri-cirinya. Antara ciri-ciri doa yang baik ialah isinya mestilah ke arah memohon kemaafan dosa dan kesalahan terhadap Allah. Rentetan daripada itu mereka pasti berdoa akan keselamatan diri dan orang lain, bukan permusuhan dan kekacauan). Dan yang paling penting, berdoa dalam keadaan merendah diri dan penuh harapan.

Oleh sebab itu, janganlah berdoa dalam keadaan terlalu mendesak dan memaksa Allah. Itu bukan sifat seorang hamba yang baik. Untuk mengatasi sikap ini tanamkanlah ke dalam jiwa satu keyakinan bahawa nikmat yang telah Allah berikan adalah lebih banyak dan lebih bernilai daripada apa yang sedang kita minta dalam doa kita itu.