Sunday, November 4, 2012

Contoh Rancangan Perniagaan Fertigasi Tomato



1.0  BENTUK INDUSTRI
Bentuk industri yang dipilih dan terdapat di kawasan Tawau ialah tanaman tomato secara fertigasi di Kampung Kinabutan. Pemiliknya bernama Nofian Sali berumur 34 tahun dan seorang anak tempatan yang tidak memiliki sebarang pengetahuan asas dalam bidang pertanian tetapi disebabkan minat dan kesungguhannya dia menjadi peladang muda yang berjaya. Industri pertanian kini amat menguntungkan walaupun sesetengah pihak mendakwa bahawa pertanian merupakan pekerjaan golongan bawahan namun sebaliknya kebanyakan peladang atau petani merupakan usahawan yang banyak memberi manfaat kepada rakyat di sesuatu negara.

2.0 BARANGAN
Produk atau barangan yang dihasilkan ialah komoditi pertanian tomato yang segar ditanam secara fertigasi. Permulaan perniagaan ini hanya mampu menghantar tomato di sekitar Bandar Tawau sahaja untuk mendapatkan pelanggan tetap. Hasil titik peluh yang dikorbankan industri ini dapat mengembangkan sayapnya dan mengeksport tomato segar ini ke Sarawak dan Semenanjung Malaysia.

3.0 SISTEM FERTIGASI

Fertigasi adalah berasal dari cantuman dua perkataan ”fertilization” dan ”irrigation”. Proses pembajaan dan pengairan terhadap tanaman berjalan serentak. Fertigasi juga merujuk kepada sistem pengeluaran tanaman tanpa menggunakan tanah (soiless culture production system). Umumnya hanya beberapa jenis sayur dan buah sahaja seperti tomato, cili merah, timun, zukini, terung, melon dan strawberi sahaja yang sesuai menggunakan kaedah ini.

Tujuan asal kaedah ini adalah untuk mengelakkan tanaman daripada dijangkiti penyakit akar seperti penyakit Phytium, Fusarium, Rhizoctonia dan Penyakit Layu Bakteria yang kebanyakannya dibawah oleh tanah. Untuk membolehkan kaedah ini dilaksanakan, seseorang pengusaha itu mestilah mempunyai rumah tanaman, yang lebih dikenali sebagai Struktur Pelindung Hujan (SPH).
Pelbagai bentuk SPH yang dibina daripada pelbagai bahan yang terdapat di Malaysia. Bumbung SPH mestilah diperbuat daripada bahan yang lut sinar yakni telus cahaya. SPH diperlukan untuk mengelakkan tanaman yang ditanam agar tidak mudah dijangkiti oleh sebarang penyakit sama ada penyakit daun, pucuk atau buah yang disebabkan oleh percikan hujan. Antara penyakit yang paling dianggap berbahaya ialah penyakit Hawar Pucuk dan Antraknos.
Selain melindungi tanaman daripada dijangkiti penyakit, ia juga bertujuan untuk mengelakkan larutan baja yang diberikan kepada pokok menjadi terlalu cair (terkena air hujan) dan membuatkan pemberian baja tidak berkesan.
Medium tanaman yang paling banyak digunakan ialah ’coconut coir dust’ atau yang dikenali sebagai ’cocopeat’. Dalam bahasa mudah ia ialah habuk sabut kelapa. ’Cocopeat’ mudah diperolehi jika dibandingkan dengan medium tanaman komersil lain seperti ’perlite’, ’vermiculite’ dan ’maidenwell diatomite’. Medium tanpa tanah lain yang boleh digunakan ialah medium pasir sungai, pasir lombong atau batu kerikil granit (bukan batu kapur).
Fertigasi boleh mengurangkan kos operasi, dan inilah punca utama ia diminati ramai pengguna. Penggunaan sistem fertigasi secara ketara dapat mengurangkan penggunaan air dan baja berbanding dengan cara-cara lain. Kos tenaga kerja untuk mengendalikan sistem ini juga rendah. Penggunaan alat pengatur masa automatik menjamin keberkesanannya.

4.0 TANAMAN TOMATO

Tomato adalah sejenis sayuran jenis buah yang menjadi makanan kepada manusia di serata dunia. Ia berasal dari Amerika Selatan dan penanamannya kini meluas ke negara beriklim tropika. Nama saintifik bagi tomato ialah Lycopersicon cycopersicum dari family Solanaceae.
Pengeluaran utama tomato di Malaysia ialah di kawasan Cameron Highlands dan juga di negeri Johor. Sebahagian besar tanaman adalah untuk permintaan dalam negeri dan sedikit sahaja yang dieksport ke Singapura. Negara turut mengimport 4000 tan produk berasaskan tomato. Pengeluaran tempatan hanya mencukupi untuk kegunaan segar.

5.0 PENGURUSAN PROJEK
5.1 Pembangunan Infrastruktur
Sebelum projek ini dilaksanakan, keperluan infrastruktur kawasan perlu dibangunkan terlebih dahulu.

v      Penyediaan Kawasan

·         Kerja-kerja awal melibatkan pembersihan kawasan dari tumbuhan seperti semak samun, belukar, pokok-pokok kekal perlu dibuang dan dibersihkan.
·         Kawasan tapak untuk pembinaan Rumah Perlindungan Tanaman perlu diratakan terlebih dahulu.
·         Pembinaan sistem perparitan dan saliran untuk mengelakkan kawasan tapak projek ditenggelami aie apabila hujan.
·         Pemagaran kawasan untuk keselamatan dari haiwan perosak tanaman dan mengelakkan kecurian.
·         Penyediaan jalan ladang untuk memudahkan laluan untuk tujuan penyelenggaraan dan sebagainya.

v    Sumber Air dan Elektrik

·         Penyediaan sumber air bersih dan sumber elektrik adalah penting dalam operasi sistem fertigasi ini.

v    Bangunan
Bangunan yang perlu disediakan adalah untuk tujuan pengurusan tanaman.
·         Teduhan tempat meletak tangki nutrient.
·         Stor simpanan baja fertigasi dan peralatan ladang.
·         Pusat pengumpulan hasil ladang.
·         Pejabat pengurusan projek.

5.2 Penyediaan Sistem Fertigasi
Untuk membina sistem fertigasi,terdapat beberapa komponen yang diperlukan untuk menjayakan sistem ini.

v    Rumah Pelindung Tanaman
Keperluan bagi pembinaan struktur ini adalah :
BIL
KEPERLUAN
KETERANGAN
1
Besi G.I. ½ ”

Besi G.I ini mempunyai panjang 20 kaki untuk digunakan membentuk asas struktur. Besi ini juga digunakan sebagai sokongan kepada struktur Rumah Lindungan Tanaman. Setiap sokongan adalah berukuran 4 kaki penjang dan ditebuk ditengah dengan skru untuk memegang struktur utama.

2
Besi G.I. 1”

Besi ini berfungsi sebagai kaki pada tiang yang menyokong struktur yang diperbuat dari besi G.I 1/2  dan biasanya panjang adalah 4 kaki.

3
Klip PVC Hitam

Klip digunakan untuk memegang plastik lutsinar.

4
Klip Besi ½ ” (Long Hook)

Klip besi ini digunakan untuk memegang atau mengikat tiang besi

5
Plastik UV Lut Sinar

Plastik UV Lut Sinar ini digunakan sebagai bumbung pada struktur rumah pelindung tanaman.

6
Jaring Kalis Serangga

Jaring kalis serangga bersaiz 32 mesh dipasang disekeliling struktur pelindung tanaman sebagai penghalang kemasukan serangga perosak.



v    Sistem pengairan

Sistem pengairan yang digunakan dalan teknologi fertigasi ini adalah dari jenis titisan (drip irrigation) yang dikawal oleh alat pemasa yang akan berfungsi secara automatik mengikut sela masa yang telah ditetapkan. Bahan keperluan bagi sistem pengairan ini adalah :

BIL
BAHAN
1
Paip Utama (Polypipe HDPE 35mm)
2
Paip Sekunder (Polypipe HDPE 16mm)
3
Paip Tertier (Microtubing 6mm)
4
Penitis (Pen Dripper 6mm)
5
Elbow PVC 1”
6
Socket Valve 1 ½ ”
7
Socket Valve 16mm
8
Ball Valve 1 ½ ”
9
Ball Valve 1”
10
Nripper / Adapter
11
Rubber Gromet Set 16mm
12
Tangki Nutrient 200/600 gelen
13
Pam Air 1.5 HP
14
Timer (Pemasa)
15
PH Meter
16
EC Meter
17
Penapis Air

6.0 AKTIVITI PENGELUARAN
6.1 Peringkat Sebelum Penanaman

v    Penyediaan biji benih
Biji benih yang tulen dan berkualiti digunakan dalam proses penyediaan biji benih tomato dimana biji benih adalah bebas dari sebarang penyakit mahupun serangan serangga. Percambahan biji benih adalah tidak kurang 90 peratus, apabila tidak mencapai tahap tersebut biji benih perlu diganti dengan benih yang baru.

v    Semaian Anak Benih
Sekiranya dapat menyediakan anak benih tanaman dengan baik, secara tidak langsung boleh menjamin 50 peratus kejayaan. Dalam penyemaian anak benih, medium peat moss merupakan medium yang paling baik kerana dipercayai dapat memberi pertumbuhan anak benih yang baik. Penggunaan tray semaian plug (104 lubang) digunakan dalam menyemai anak benih tomato supaya anak benih mudah dikeluarkan tanpa menjejaskan anak pokok. Tray semaian diisi dengan peat moss dan pastikannya tidak terlalu padat atau longgar.
Buatkan lubang dengan menggunakan jari telunjuk sedalam ½ cm dan biji benih tomato yang dirawat dengan racun kulat thiram dengan kadar 3g/100g biji benih dan  dimasukkan ke dalam lubang-lubang ini. Satu biji benih bagi setiap satu plug dan lubang-lubnag biji benih dikambus tidak terlalu padat. Siram biji benih dengan air bersih menggunakan penyembur tangan kecil bagi memastikan biji-biji benih basah dan dapat bercambah.
Tray semaian ditutup dengan helaian plastik hitam dan diletakkan di bawah teduhan dan dibiarkan beberapa hari untuk biji benih bercambah, biasanya 4 – 6 hari. Plastik hitam dibuka selepas 4 hari dan didedahkan tray semaian pada cahaya matahari di dalam takung pembesaran di rumah semaian bagi memastikan anak-anak pokok tumbuh tegap .
Takungan pembersaran dilengkapi dengan sistem pengairan NFT dengan larutan bajanya berkitar dengan bantuan pam kecil akuarium dan naak benih diberikan larutan baja dengan kepekatan EC=1.6μS dan ditingkatkan kepekatannya seminggu kemudiansehingga EC=2.5μS. Anak-anak benih ini sedia diubah ke beg-beg tanaman setelah 15 – 25 hari. Masa menyulam anak pokok adalah dari 1 minggu selepas diubah kerana proses ini penting untuk mendapatkan keseragaman peringkat tumbesaran.

v    Membuat Larutan Stok
Larutan stok disediakan dengan kepekatan 100 kali ganda daripada yang diperlukan oleh pokok. Boleh juga disediakan dalam kepekatan 200 kali ganda untuk mengurangkan ruang menyimpan tangki larutan stok. Kalsium Nitrat, Ca(NO3)2 mestilah disediakan secara berasingan daripada sebatian yang mengandungi PO4 dan SO4 untuk mengelakan berlakunya tindak balas kimia dan terjadinya pemendakan.
Biasanya larutan Ca(NO3)2 dan zat ferum disatukan dan disediakan berasingan daripada 9 sebatian lain. Larutan stok ini, Ca(NO3)2 dan zat ferum dilabelkan dengan larutan ‘A’ manakala larutan yang mengandungi sebatian-sebatian lain (KNO3, KH2PO4, MgSO4, MnSO4, CuSO4, ZnSO4, asid boric, ammonium molibdat) dilabelkan dengan larutan ‘B’. Semasa membuat larutan baja, kedua-dua larutan stok tidak boleh dicampurkan seretak. Larutan stok hendaklah dituang satu persatu bagi mengelakan berlakunya sebarang tindak balas kimia yang tidak larut.

v    Penyediaan Beg Tanaman
Ukuran beg plastik (polibeg) yang biasa digunakan ialah 30 cm panjang dan 45 cm lebar. Sebaiknya plastic putih bagi mengurangkan peningkatan suhu didalam cocopeat. Beg-beg tanaman ini setelah diisi dengan cocopeat dicantum hujungnya dan disusun baring bagi membentuk bantal-bantal kecil. Untuk memudahkan kerja-kerja pengendalian (memunggah, mengangkat dan menyusun), gunakan satu bantal untuk satu pokok.
Cocopeat dibasahkan dan dituskan dahulu sebelum dimasukan ke dalam bantal-bantal plastik untuk mengelakkan masalah kepada mata dan hidung. Sebanyak 2-2.5 kg cocopeat diperlukan untuk setiap bantal tanaman. Sebanyak 3-4 lubang untuk keluar lebihan larutan baja dibiat di kiri dan kanan beg-beg tanaman menggunakan pisau kecil kurang 3.5 – 5 cm dari aras tanah. Kerja ini dilakukan pada hari atau sehari selepas menanam.
6.2 Peringkat Semasa Penanaman

v    Penanaman
Anak benih yang berumur 10-16 hari selepas cambah sedia untuk diubah ke atas bantal-bantal berisi cocopeat. Pada peringkat ini, ketinggian pokok antara 10-12 cm. Anak-anak pokok boleh juga diubah lebih awal lagi tanpa menjejaskan pertumbuhan pokok. Beg-beg tanaman ditebuk sama ada berbentuk tingkap atau bentuk X.
Anak-anak benih bersama plug peat moss dimasukkan kedalam lubang yang dikorek pada bantal tanaman dan dipadatkan pangkalnya. Tali lanjaran diikat ke pangkal pokok dan dililitkan ke pangkal pokok dan dililitkan ke batang pokok. Dawai penggantung ini biasanya direntang kemas sama ada memanjang atau melintangi sturktur pelindung tanaman mengikut pergerakan matahari. Dawai mestilah cukup tinggi (2.5) untuk mewujudkan pengudaraan yang baik.
Pastikan sistem pengairan titis berfungsi dan penitis dicucukkan ke pangkal pokok agar anak-anak pokok yang baru ditanam mendapat bekalan larutan baja setiap kali pam dihidupkan. Pemeriksaan sentiasa dilakukan pada setiap pokok untuk memeastikan kesemuanya menerima titisan larutan baja.

v    Pembajaan
Fertigasi menggunkan baja khusus yang bermutu tinggi yang dikenali sebagai ‘Glasshause Grade”. Baja-baja yang digunakan mengandungi unsur-unsur atau nutrient miro dan makro. Sebanyak 14 jenis unsure dalam bentuk sebatian diperlukan sebagai asas bagi mendapatkan satu formulasi baja yang lengkap untuk pertumbuhan pokok yang baik. Terdapat 2 formulasi baja yang sering digunakan iaitu:



·   Formulasi Larutan Wyne
SET A
SET B
1.                  Kalsium Nitrat
1.                  Kalsium Nitrat
2.                  Mono Kalium Fostat
3.                  Magnesium Sulfat
4.                  Ferum EDTA
5.                  Mangan Sulfat
6.                  Kuprum Sulfat
7.                  Zink Sulfat
8.                  Asid Borik
9.                  Natrium Molibdat

·   Formulasi Larutan Copper
SET A
SET B
1.                  Kalsium Nitrat
2.                  Ferum EDTA
1.                  Kalsium Nitrat
2.                  Mono Kalium Fostat
3.                  Magnesium Sulfat
4.                  Mangan Sulfat
5.                  Kuprum Sulfat
6.                  Zink Sulfat
7.                  Asid Borik
8.                  Natrium Molibdat

Formulasi baja tersebut kemudiannya dilarutkan mengikut kuantiti/kadar yang diperlukan oleh tanaman.
·         Kadar Baja Fertigasi Bagi Tanaman Tomato
Bagi bancuhan larutan 100 liter air:
Baja
Kadar (gram)
SET A
1.                  Kalsium Nitrat
2.                  Ferum EDTA

11,300
164
SET B
1.                  Kalium Nitrat
2.                  Mono Kalsium Fostat
3.                  Magnesium Sulfat
4.                  Mangan Sulfat
5.                  Kuprum Sulfat
6.                  Zink Sulfat
7.                  Asid Borik
8.                  Natrium Molibdat

11,100
1,750
5,640
15.4
0.78
2.2
30
0.18

v    Pengurusan Sistem Pengairan
Pembekalan larutan baja dilakukan mengikut masa yang ditetapkan dengan bantuan alat pengukur masa. Kekerapan dan tempoh masa setiap penitisan bergantung pada jenis tanaman dan peringkat umur tanaman.
Tempoh penitisan tidak terlalu panjang bagi menghalang pembaziran larutan baja. Dalam tempoh penitisan yang panjang, jumlah larutan baja yang diberikan akan melebihi kemampuan bagi cocopeat untuk menyerap dan menyimpannya. Penitisan selama 5-6 minit bagi setiap 2 jam pada siang hari adalah memandai untuk tanaman yang ditanam di tanah rendah. Dalam tempoh ini, setiap pokok menerima lebih kurang 100-150 ml larutan baja. Sistem pengairan titis memang mudah tersumbat akibat timbunan garam galian dan juga lumut. Pokok diperiksa setiap hari untuk mengesan mana-mana penitis yang tersumbat.
Pemeriksaan yang cekap boleh dilakukan antara pukul 10.00 pagi hingga 11.00 pagi. Pemeriksaanpada waktu petang mungkin terlalu lewat untuk memulihkan mana pokok yang telah layu akibat tidak mendapat larutan baja. Apabila penitis tersumbat, pokok akan layu. Biasanya pokok layu bermula dari daun muda atau pucuk. Cabut penitis dari tiub dan bersihkan.
Penggunaan penapis lazimnya boleh mengurangkan masalah ini dan penapis mesti sentiasa bersih dari semasa ke semasa untuk menjamin keberkesannya. Untuk mengelakan kejadian penimbunan sisa garam galian, medium tanaman disyorkan supaya dibilas dengan air bersih setiap kali pengisian semula tangki larutan baja dilakukan.

v    Membuat Cantasan
·   Membuang tunas air
Membuang tunar air (antar batang pokok dengan tangkai) perlu dilakukan untuk semua pokok sayuran jenis buah yang ditanam secara tanpa tanah. Kerja-kerja membuang tunas air merupakan kerja harian yang mesti dilakukan untuk mendapatkan satu batang utama. Dengan mengekalkan satu batang utama jangka hayat ekonomi tanaman dapat dipanjangkan dan menjamin buah yang lebih besar dan sekata. Kerja-kerja membuang tunas air perlu dilakukan seawall mungkin, bahkan dari peringkat pembesaran dai tapak semain.

·   Membuang daun tua
Daun-daun tua perlu dibuang kerana tidak berupaya lagi untuk membantu membuat makanan. Daun-daun tua kebanyakannya berpenyakit. Pembuangan daun-daun tua biasanya dilakukan selepas mengutip hasil.



v    Membentuk pokok
·   Melilit pokok mengikut tali lanjaran
Kerja-kerja melilit pucuk pokok mesti lakukan bagi memastikan pokok tnaman terus  tumbuh ke atas. Sekiranya tidak dilakukan, pucuk batang utama akan memanjang ke sisi dan mungkin patah. Kerja-kerja melilit pokok biasanya dilakukan serentak dengan kerja-kerja membuang tunas air.      

v    Kawalan serangga perosak dan penyakit
·   Kawalan Serangga Perosak
Oleh kerana sistem projek sistem fertigasi ini menggunakan jarring kawalan serangga, maka kawalan adalah dilakukan apabila perlu sahaja dimana apabila terdapat kebocoran pada jaring kalis serangga dan membolehkan serangga menyerang tanaman makan kawalan dilaksanakan mengikut pengesyoran yang ditetapkan.

v    Penyelenggaraan Tanaman
Penyelanggaraan tanaman adalah kerja-kerja yang dilaksanakan sepanjang masa proses penanaman tomato secara fertigasi. Kerja-kerja ini dijadualkan secara teratur mengikut perkembangan tanaman.

6.3 Peringkat Selepas Menanam (Penuaian)

v     Penuaian
Kebiasaanya pokok-pokok tomato yang ditanam secara fertigasi akan mula dikutip hasilnya dalam lingkungan 70 – 80 hari setelah disemai. Buah –buahan tomato yang dipetik mestilah mempunyai tangkai buah dan sepal. Tujuannya adalah untuk membezakan tomato yang ditanam tanpa tanah dengan tomato yang ditanam secara biasa di ladang. Memetik buah dilakukan dengan memegang tangkai buah pada gariasan hantu, manakala jari telunjuk pula menekan tangkai buah pada garisan tanggal ke bawah. Pada garisan tanggal ini buah-buah tomato akan mudah diasingkan dari ‘truss’nya. Buah-buah yang dipetik secara ini akan kelihatan lebih menarik. Semua hasil tanaman perlu dibuat pengredan dalam pengendalian tomato kerana jika dicampur adukkan boleh menyebabkan harga pasarannya  turun.

Purata Target Hasil / Pokok
Jenis Tanaman
Target Hasil (kutipan)
Hasil / kg
Tomato
5 -6 Bulan
4 – 8 kg / pk
Cili
5 – 6 Bulan
2 – 4 kg / pk
Melon
55 – 60 hari
3 – 5 kg / pk
Timun Jepun
70 – 90 hari
10 – 15 kg / pk

v    Pengendalian Lepas Tuai

Buah-buahan tomato yang telah dituai akan dikumpulkan di tempat pengumpulan sebelum dihantar ke rumah pembungkusan atau terus dipasarkan. Tiada sebarang proses dilakukan bagi mengubah buah tomato ke dalam bentuk produk yang lain. Ladang ini hanya akan membekalkan buahan tomato yang segar sahaja.

7.0 MASA OPERASI
Masa operasi ladang ini adalah seperti yang berikut, di mana hari bekerja adalah sepanjang minggu dari hari Isnin hingga Ahad.
Isnin hingga Ahad      : 8.00 a.m – 12.30 p.m
                                    : 1.30 a.m – 5.00 p.m
Manakala masa operasi bagi pejabat kami pula adalah dari hari Isnin hingga hari Sabtu dengan pengecualian untuk hari Jumaat dan Sabtu, masa bekerjanya hanyalah separuh hari. Pejabat tidak akan beroperasi pada hari Ahad.
Isnin hingga Khamis   : 8.00 a.m – 12.30 p.m
                                    : 1.30 a.m – 5.00 p.m
Jumaat dan Sabtu        : 8.00 a.m – 12.30 p.m
                                    : 2.30 a.m – 5.00 p.m
8.0  CARTA ALIRAN OPERASI DAN PENGELUARAN




Penyediaan tapak

Sistem fertigasi
Rumah Lindungan                                                                                    Sistem Pengairan

Sebelum penanaman


Semasa penanaman


Selepas penanaman (penuaian)


Pengguna / pengilang / pembeli





Jadual 9 :Contoh Pelaksanaan Operasi
Aktiviti Ladang
BULAN
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
1.      Pembersihan Kawasan
/





/





2.      Penyediaan Tapak
/





/





3.      Penyediaan Semaian
/





/





4.      Penanaman
/





/





5.      Pembajaan
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
6.      Kawalan Perosak
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
7.      Kawalan Penyakit
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
8.      Penyelenggaraan Tanaman
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
9.      Penuaian


/
/
/
/


/
/
/
/
10.  Aktiviti Lepas Tuai


/
/
/
/


/
/
/
/
11.  Jualan Dan Pemasaran


/
/
/
/


/
/
/
/


9.0 ANALISIS S.W.O.T

FAKTOR-FAKTOR DALAMAN
Kekuatan ( Strength )
Kelemahan ( Weakness )
1.      Mempunyai kemudahan infrastruktur untuk pengeluaran.
2.      Penggunaan dalam negeri bertambah.
3.      Mempunyai bantuan dari pihak kerajaan
4.      Kurang persaingan dikawasan pengeluaran.
1.   Benih perlu dibeli.
2.   Kurang pekerja mahir.
3.   Kos permulaan yang tinggi.
4.   Kurang maklumat pasaran.


Peluang ( Opportunities )
Ancaman ( Threats )
1.      Sasaran pasaran yang luas untuk hasil tanaman.
2.      Mendapat permintaan yang tinggi.
3.      Teknologi lepas tuai dan pemprosesan telah dibangunkan untuk mengurangkan ‘post harvest losses’ meningkatkan kualiti hasil tanaman, menambahkan ‘end-product’ and ‘by-product’ serta memaksimumkan pendapatan.
1.   Pesaing yang telah wujud dalam industri pengeluaran tomato.
2.    Persaingan daripada hasil import luar negara.




10.0 STRATEGI PEMASARAN
Penggunaan strategi campuran empat strategi pemasaran iaitu produk, harga, lokasi dan promosi dijadikan rujukan kepada pemasaran supaya aktiviti dan penjualan tomato berjalan dengan lancar. adalah Dalam strategi keluaran hasil, En. Nofian Sali mementingkan aspek kesegaran, kebersihan dan kualiti. Ini bertujuan untuk memberikan imej yang baik terhadap ladangnya dan untuk menarik orang ramai membeli hasil pengeluaran tomato tersebut. Khidmat penghantaran tomato kepada pelanggan yang hendak membeli juga disediakan.
v  Strategi Produk

a)            Pemilihan tomato untuk dituai

Pada peringkat ini, tomato yang hendak dituai akan dipilih dari segi kemasakkan dan saiz buah. Bagi buah tomato, kemasakan indeks ke-4 dipilih iaitu warna hijau akan dituai bagi pasaran jauh seperti pasaran Semenanjung Malaysia, Sarawak ataupun pasaran luar negara. Kematangan indeks ke-5 pula adalah untuk pasaran Sabah agar tomato tidak cepat buruk dan busuk.

b)            Penjenamaan dan Pembungkusan

·         Penjenamaan.
En. Nofian membuat jenama sendiri hasil dari komoditi yang dikeluarkannya. Jadi masyarakat Tawau atau pelanggan mengenali dengan lebih dekat lagi hasil keluaran ladangnya.

·         Pembungkusan
Cara pembungkusan tomato diubah dari menggunakan pembungkusan secara pukal kepada dalam bentuk yang lebih kecil. Contohnya menggunakkan bakul plastik, kotak kertas atau carton dalam kuantiti yang kecil yang mana mudah diuruskan dan diangkut yang dapat  untuk mengurangkan kerosakan buah bagi penghantaran tomato kepada industri awam. Disamping itu, plastik tersebut akan dilebelkan dengan logo, nama syarikat, nama produk, berat dan gred mengikut berat tomato. Peragaan produk untuk dihantar ke pasar-pasar menitikberatkan kebersihan buah, saiz buah dan varieti supaya buah tidak bercampur dengan varieti lain. Bagi pembelian dalam jumlah yang banyak, membungkus secara pukal menggunakan bakul yang sesuai agar buah tomato tidak cepat rosak.



v  Strategi Harga
Penentuan harga yang tealah dibuat adalah berdasarkan kos yang terlibat dalam pentadbiran, pemasaran, dan yang utama sekali dalam kos yang melibatkan operasi serta berdasarkan harga persaing. Harga yang berpatutan berdasarkan kemampuan pengguna dan kuantiti tomato yang dikeluarkan dibuat.

v  Strategi Promosi

a)            Papan tanda nama premis perniagaan
b)            Kad Perniagaan
Dalam kad perniagaan disertakan maklumat-maklumat penting seperti nama pengurus, alamat pentadbiran, nombor telefon, nombor faks, email, dan logo syarikat.
c)            Mencari pelanggan sendiri atau jualan terus
Mencari pelanggan sendiri atau menjual terus sekiranya ada pelanggan yang ingin membeli.

v  Strategi Lokasi
Lokasi ladang fertigasi tomato ini adalah berdekatan dengan Bandar. Jadi kawasannya amat strategik untuk penghantaran ke Bandar kerana tidak memerlukan banyak kos minyak untuk sampai ke destinasi penghantaran. Ladang ini juga berdekatan dengan lapangan terbang dan ianya adalah satu kebaikan yang dapat diperolehi apabilan pasaran hingga ke Semenanjung Malaysia.

11.0 KESIMPULAN
Tuntasnya rancangan operasi ini merupakan aktiviti utama yang perlu diambil perhatian penting kerana dengan kewujudannya semua aktiviti akan berjalan dengan lancar sekiranya disusun dengan baik. Setiap yang berlaku pasti ada kelemahan dan kekuatan. Jadi analisis SWOT adalah tunjang dalam membentuk sesuatu perusahaan agar ianya sentiasa menjadi rujukan kepada pemilik akan kekuatan dan kelemahan perniagaan dalam industry pertanian ini. Jadi strategi pemasaran adalah langkah kepada penyelesaian setiap masalah.


P/S : Rancangan perniagaan ini tidak lengkap.. Sekadar perkongsian bersama...

1 comments:

Nurulhazimah mat isa said...

mohon share... terima kasih atas perkongsian ilmu ini