Tuesday, December 4, 2012

tersusun dalam urusannya

wahai pemuda sibukkan dirimu dengan aktiviti yang berfaedah kerana apabila kamu merasa kosong pasti akan timbul aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah.
saidina Ali pernah berkata lebih kurang maksudnya 
"orang islam yang tidak tersusun akan disusun oleh jahiliah yang tersusun".
merujuk kepada 10 muwasafat tarbiyah iaitu tersusun dalam urusannya.


Merujuk kepada prospek pekerjaan,kerja-kerja yang teratur pasti membuahkan hasil yang memuaskan.
Rasulullah s.a.w dalam setiap peperangan pasti merancang dengan teliti dan penuh strategik bagi menghasilkan kemenangan untuk kaum muslimin pada ketika itu.Begitu juga dengan pemerintahan Baginda yang tersusun di setiap jabatan pada ketika itu sehinggalah dapat membina empayar keagungan Islam.Ianya berterusan dan disambung oleh para khalifah dan pemimpin-peminpin islam yang seterusnya.
Sehinggalah berlakunya kejatuhan islam akibat pemerintahan yang lemah dan kedengkian musuh-musuh islam yang menginginkan kejatuhannya.



0 comments: